IKLAN NUFFNANG

Thursday, June 9, 2011

MURAH REZEKI ADA CARANYA

Salam..alhamdulillah diberi kesempatan untuk terus hidup dan terus membuat kebaikan. Semalam badan tak sihat tapi hari ni kembali segar dan kembali bersemangat!

Entri kali ni cukup ringkas sekadar memberi tip atau cara bagaimana nak murah rezeki. Ni betul-betul punya tip..praktikal yup bukan sekadar teori, gimik dan retorik semata tapi yang benar-benar....

Rezeki ni ada banyak jenis antaranya Tuhan bagi dalam bentuk harta (duit, rumah, barangan dsb), kebahagiaan, ketenangan, anak, isteri, ibubapa dan sebagainya. Ini semua rezeki untuk kita terus hidup. Ilmu itu juga satu bentuk rezeki.

Cara mudah untuk kita dimurahkan rezeki bukan hanya kerja, kerja dan kerja lagi. Semua orang salah faham. Bukan semua rezeki diperoleh dengan cara bekerja...haa ni yang saya nak bagi tip ni. Tip, cara dan amalan :

1. Elakkan berhutang dan langsaikan hutang

Memang hutang merupakan salah satu faktor TERBESAR yang menyebabkan rezeki menjadi sempit. Ramai yang tak sedar. Termasuklah hutang PTPTN. Ramai yang ingat hutang PTPTN itu adalah duit kerajaan, dan duit kerajaan adalah duit rakyat. Yes, memang benar...so kalau begitu anda kena minta izin seluruh rakyat Malaysia tak terkecuali untuk halalkan duit yang anda telah guna barulah tak perlu bayar hutang. 

Hutang ini wajib dibayar. Secara logiknya, setiap bulan kalau kita kena bayar RM400 untuk hutang ansuran motor katakan, dan income kita setiap bulan RM1000 jadi baki RM600 adalah hak kita. Katakan kalau kita langsaikan kesemua baki hutang motor, bulan seterusnya income kita menjadi RM1000 full bersih. Bukankah ini dinamakan rezeki kita bertambah? Ini kalau difikir secara logik...sebab tu la orang yang berhutang ni, hati sentiasa gelisah, hidup tidak tenteram, fikiran asyik tertumpu pada hutang. Dari situ kita dah nampak, rezeki dari segi kebahagiaan, ketenangan dan kegembiraan ditarik.

Jadi, bayarlah hutang, kalau tak mampu ansur-ansurlah, sedikit demi sedikit asalkan bayar. Sila KLIK HUTANG

2. Tunaikan hak orang lain

Tunaikan dahulu hak orang lain, baru Allah akan tunaikan hak kita. Apa yang dimaksudkan dengan hak orang lain. Sahabat sekalian, gaji yang kita terima bukan semuanya milik kita. Kita perlu bahagikan kepada 3. 1/3 untuk kegunaan kita sendiri, makan minum kita, pakaian kita, bayar kereta, bayar rumah dan sebagainya. Semuanya untuk diri kita.

1/3 lagi adalah untuk diri orang lain. Termasuklah anak isteri, ibubapa, sedekah anak yatim, orang miskin, belanja kawan-kawan dan sebagainya. Bererti segalanya untuk orang lain termasuklah adik-beradik kita.

1/3 lagi adalah untuk simpanan masa hadapan. Kita kena simpan dan menabung untuk simpanan masa hadapan. Ini bukan saya cakap tapi ini berpandukan sebuah kitab sewaktu saya belajar di pondok dulu. Cuba amalkan, insyaAllah pendapatan yang kita dapat akan lebih berkat kerana kita dan memenuhi hak orang lain untuk Allah penuhi hak kita di masa hadapan.

3. Amalkan ayat Seribu Dinar 3 kali selesai saja solat

Ini jarang orang buat. Ini adalah amalan yang saya sentiasa lakukan untuk memastikan rezeki sentiasa bertambah, walau tak banyak tapi cukuplah untuk menampung kehidupan bergelar bujang....bujang senang tu yup!

Selesai saja solat, jangan berkata-kata dan jangan bersembang. Baca ayat seribu dinar sebanyak 3 kali. Ayat dia dalam surah At-Thalaq kalau tak silap. Bermula dengan Wa man yattaqillaha yaj'allahu makhroja, wa yarzuqhu min haithula yahtasib....' InsyaAllah ada saja rezeki yang masuk selepas itu. Kena yakin.....sebab ini ayat Allah bukan jampi serapah.

4. Baca Al-Quran setiap pagi

Ini lagi lagilah orang jarang amalkan. Baca Quran ikut mood...mana boleh yup. Ko bukak facebook baca komen orang setiap hari, baca Quran setahun sekali..itu pun tadarus Quran bulan Ramadhan...kalau buatla...

Baca Quran ni kena setiap hari...kena amalkan sebab ini kalam Tuhan. Banyak baca Quran, hati makin tenang, bila hati tenang minda rasa segar, bila minda ok banyak ilham yang mencurah-curah akan masuk. Saya setiap hari ada idea bagaimana nak jana pendapatan yang lebih. Tapi tu la, idea banyak tapi tak terlaksana, tak berkesempatan sebab terlalu sibuk. Kena fokus satu-satu.

5. Cuci pinggan mangkuk yang digunakan selepas makan tanpa bertangguh

Ini dengar mungkin orang rasa pelik tapi inilah yang diajar oleh nabi dalam kitab Penawar Bagi Hati atau dalam arabnya Ta'lim mul Muta'allim.

Lepas kita makan, jangan biarkan pinggan mangkuk, cawan yang telah digunakan tidak berbasuh sehari semalam. makan saja terus basuh. Sebab apa rezeki sempit? Wallahualam, secara logiknya saya pun tak tau sebab apa tapi inilah apa yang diajar dalam kitab. Balik nanti tolong bagitau pada mak ayah. Saya kat rumah, kalau adik makan tak basuh memang kenalah....mulut akan jadi lazer. "Ko ingat ada orang gaji nak tolong basuh untuk kau!...Ko basuh sekarang!...huhu"

6. Jangan pergi ke pasar di awal pagi

Ini juga salah satu ilmu yang diajar dalam kitab. Jangan pergi pasar di awal pagi...habis tu nak pergi pukul 12? Bukan....pergilah dalam pukul 9-10 lebih. Jangan pergi terlalu awal. Ni pukul 7 dah terpacak di pasar. Secara logiknya kita boleh fikir, lagi awal kita datang lagi banyak benda kita nak beli termasuk benda yang tak tersenarai dalam list.

7. Jangan pakai seluar ketika berdiri

Ini lagi satu untuk lelaki khasnya termasuk sayalah. Elakkan pakai seluar dengan cara berdiri. Duduklah bila pakai seluar. Ini pun ada dalam kitab. Sebab apa pun tak tau. 

8. Mulakan kerja di awal pagi

Ini pun jarang orang buat. Mulakanlah kerja di awal pagi. Bangunlah dalam pukul 5 lebih sebab Donald Trump pun bangun pukul 5 yup...dia bukan tahajud pun tapi just nak buat kerja. Sebab tu lah dia boleh jadi jutawan yang hartawan. Kita?? 

9. Amalkan Surah Al-Waqi'ah

Surah ini adalah surah untuk elak menjadi miskin. Cuba baca dan amalkan setiap hari. Jangan tanya kenapa, saya pun tak tau tapi ini ilmu.

10. Selalu bersedekah

Haa....ini kalau guna logik akal memang tak boleh dapat jawapan. Sepatutnya bersedekah, bila kita keluar duit lagi lagilah banyak duit kita akan hilang dan miskin la kita macam mana nak kaya. Tapi baru-baru ini saya dapat jawapan. Kenapa orang yang selalu bersedekah sangat murah rezekinya.

Begini, kalau nak difikir secara halus dan detail...orang yang bersedekah, dapat pahala. Allah nak tolong manusia dengan cara memberi sesuatu rezeki melalui perantaraan. Si A suka bersedekah jadi Allah bagi banyak rezeki padanya supaya dia boleh agihkan pada orang lain. Jadi, si A ni dah jadi perantaraan antara Allah dan orang lain. Logik bukan?

Jadi, banyakkanlah bersedekah tetapi bukan banyak minta sedekah. Ni bila tengok orang tu berduit sikit, belanja weh...belanja.....ni la ayat yang selalu aku dengar. Tapi ok gak la, bila belanja orang, duit tak pernah kering pun....bertambah lagi ada. Jadi, selalulah bersedekah. Mulai hari ini, kena amalkan dan kena disiplinkan diri, setiap kali ke masjid untuk solat Jumaat bagi yang laki, bawa duit rm1, lagi lebih lagi bagus. Jadi bila sebulan dah jadi RM4, setahun RM48...ok la tu. Tu adalah sedekah yang ikhlas dan istiqamah. Setiap RM1, Tuhan akan balas RM10 di masa akan datang. Betul....tak tipu. Dah ada pengalaman........tak percaya cuba buat!

Sebenarnya banyak lagi, tapi nak mandi ni....nak siap untuk bekerja. Kita bekerja sambil berdoa, untuk menjamin hari esok yang makmur damai dan sejahtera...

Go..go...go...semangat!

17 comments :

  1. terima kasih entry yang sangat menarik

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah...sejak saya amal ayat Seribu dinar...rezeki saya sentiasa ada...terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.... terima kasih atas perkongsian ilmu ini...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah... terima kasih atas perkongsian ilmu ini...

    ReplyDelete
  5. terimakasih,ilmu ni sgt brguna,rezeki sya slalu putus-putus, xpernah x putus,setiap hujung bln hati brdebar,hutang makin brtambah

    ReplyDelete
  6. subhanallah. ada pun insan yang sebegini. yg memberikan tips dgn senang dan gembira..menyenangkan manusia seperti saya yang hina lagi bodoh untuk mempertikaikan apakah kesilapan yang dilakukan hingga menjadi susah walau bergaji besar. sungguh menghiburkan dan telah menambat hati saya..espcially donald trump pon bgn tapi bukan nak tahajud..hahaha
    dan yang memakai seluar harus duduk...woah baru saya tahu.
    alhamdullillah dan terima kasih

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...pgalaman saya betul...jika kita tidak LUPA pada diri NYA..insyaALLAH DIA juga tidak lupa akan umatnya...amin ya rabbal al amin. terima kasih sahabat berkongsi ilmu..

    ReplyDelete
  8. terima kasih untuk ilmunya ...

    ReplyDelete
  9. Saya sedih bab hutang. Orang lain guna atas nama saya. Bil telekom, bil celcom. Saya potong line telefon tu. Org yg guna tak nak byr. Saya jadi cukup buntu bila d fikir2kan. Apa patut saya buat. Tolong saya

    ReplyDelete
  10. entry yang menarik..terima kasih

    ReplyDelete
  11. terima kasih banyak banyak! tuan rumah sebar ilmu macam ni. saya doakan Allah bagi rahmat dan murah rezeki kat Tuan. Tq!!

    ReplyDelete
  12. ilmu yg sgt berguna..terima kasih

    ReplyDelete
  13. Boleh juga baca buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI.. : )
    http://muslimchoices.com/?p=menjemput_rezeki

    ReplyDelete