IKLAN NUFFNANG

Monday, April 4, 2011

SELAMAT MALAM SEMUA

Selamat malam kawan, selamat malam bintang, selamat malam bulan, selamat malam semua....moga tidurku menjadi nyenyak dan mimpi indah.

Go to fullsize image


Sebelum aku nak tidur ni, aku nak coret serba sedikit ilmu yang tidak seberapa.


Tidur kita merupakan mati sementara. Sebab apa aku kata begitu? Sebab kita tidak tahu sama ada kita akan bangkit keesokan harinya atau tidak. Dengan tidur juga kita akan lupa segalanya buat sementara waktu. Kerana itu, jika sesiapa yang mempunyai masalah, kalau boleh menangis, menangis sepuas-puasnya dulu (perempuan tiada masalah, kalau lelaki disarankan selubung kepala dengan selimut kemudian menangis...takut kawan tau la katakan)..bila dah menangis kemudian tidur sambil berdoa. InsyaAllah, anda akan bangkit dalam keadaan segar dan bersemangat...kerana tidur anda adalah tidur yang dirahmati hasil doa dan mohon pertolongan Allah tadi.

Bila bangun dari tidur, pertama sekali anda hendaklah senyum....even waktu tu masih sedih, tak mengapa pura-pura senyum, pura-pura gembira, pura-pura ceria......buat macam bersemangat nak lakukan kerja. InsyaAllah dengan kepura-puraan anda tadi, sebenarnya anda dah bentuk satu pemikiran yang positif dalam minda anda dan anda telah menyedarkan subconcious minda (minda separuh sedar) anda bahawa hidup anda bukan untuk bersedih sebaliknya untuk ceria sepanjang masa.

Jangan tunggu dan mengharapkan orang lain menceriakan hidup anda sebaliknya ANDA SENDIRI perlu ceriakan diri anda!!

Mulakan hari dengan bersemangat dan teruja. Caranya, jumpa orang lain senyum, dan tegur...buat2lah lawak sikit...gembirakan orang lain dahulu, nescaya anda akan gembira.

Saya dulu cukup susah nak senyum kat orang..sampai orang kata Junaidi tu sombong, berlagak...padahal mereka tak kenal siapa saya sebenar..tapi sekarang bila amalkan setiap hari, alhamdulillah semuanya baik. Selesai saja kerja-kerja di lab, terus ke pejabat borak-borak dan berlawak dengan staf-staf pejabat. Serba sedikit dapat menceriakan hari. Mujur ada adik-adik junior yang baik dan prihatin....ada apa-apa mereka lah tempat bercerita....

Saya nak bagi satu tip pada anda. Pernah tak anda rasa, kita ada banyak kerja tapi tak tau nak buat mana satu dulu dan akhirnya kerja tu tertangguh disebabkan kerja-kerja yang tak berfaedah lain yang kita buat seperti facebook dan sebagainya??? Mesti pernah kan? Ngaku je....

Sebenarnya, cara yang paling berkesan yang rata-ratanya diamalkan oleh ramai orang yang berjaya adalah dengan merancang apa yang hendak dilakukan esok, pada malam sebelum tidur. Kita catat segala-galanya dalam diari. Perlu diingat, catatan tersebut mestilah spesifik dan hendaklah ditulis masanya sekali.

Contoh :

5.00 - 6.00am           ~ Tahajud
6.00 - 7.00am           ~ Solat subuh, baca Quran
7.00 - 8.00am           ~ Baca berita online
8.00 - 9.00am           ~ Hemat diri, solat dhuha
9.00 - 11.00am         ~ Jumpa supervisor, ke IPS
                                 ~ Ke Karnival di KPS
11.00 am - 12.00pm ~ Masuk pejabat siapkan kerja-kerja, check surat
12.00 - 1.30pm         ~ Lunch, Qailulah
1.30 - 3.30pm           ~ Solat zuhur, writing journal
                                 ~ prepare materials for tuition
4.00 - 5.00pm           ~ Tuition @ SS2
5.00 - 6.00pm           ~ Rehat, facebook...=)
6.30 - 7.30pm           ~ Tuition @ Bandar Sri Damansara (kelas 1)
8.00 - 9.00pm           ~ Tuition @ Bandar Sri Damansara (kelas 2)
9.30 - 11.30pm         ~ Meeting @ bilik VIP
11.30 - 1.00am         ~ Writing thesis, tidur.....

Ini adalah contoh jadual yang diajar oleh sifu saya....Irfan Khairi. Katanya, setiap hari kita kena tulis matlamat yang ingin dicapai dan kita kena baca matlamat tersebut. Setelah anda siapkan kerja yang anda tulis di atas, potonglah dengan menggunakan highlighter dan terus buat kerja seterusnya.

Bila anda amalkan apa yang saya ajar tadi, anda akan dapati bahawa...

" Life is about completing tasks "

Memang akan penat tapi hasilnya sangat berbaloi.. Jangan percaya...tapi cuba dulu!!!

Ok lah..mata dah nak off ni. Selamat Malam Semua!!! =) I luv u!