IKLAN NUFFNANG

Monday, August 9, 2010

MAHLIGAI DAN ISTANA SYURGA

Mahligai dan istana syurga dibuat daripada emas dan mutiara terbaik yang disediakan bagi hamba-hambaNya yang beriman. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang yang beriman disediakan di syurga istana dari mutiara yang berongga. Panjangnya adalah 60 mil. Di dalamnya terdapat pelayan-pelayan."



Bangunannya dibuat daripada batu bata emas dan perak, adukannya sewangi kesturi yang sangat harum, batunya dibuat daripada mutiara lu'lu' dan yaquth dan tanahnya dibuat daripada za'faran, seperti tepung putih yang berbau kasturi. Di antara bentuk bangunannya adalah kubah-kubah indah yang dibuat daripada mutiara.

Rasulullah menjanjikan, barangsiapa yang solat sunat 12 rakaat sehari semalam, maka Allah akan membangunkan sebuah rumah untuknya di syurga.

Di dalam syurga terdapat lapan pintu, di antaranya adalah pintu Ar-Rayyan yang dikhususkan bagi orang yang berpuasa. Seorang wanita yang rajin solat lima waktu dan berpuasa, lalu meninggal dunia sedangkan suaminya redha, maka ia akan diberi kebebasan untuk masuk syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Pintu-pintu syurga berdasarkan hadith sohih riwayat Bukhari dan Muslim, sentiasa terbuka lebar. Orang yang solat akan masuk melalui pintu solat, yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad dan yang rajin bersedekah akan masuk dari pintu sedekah.

"Luas dan lebar pintu syurga seperti jarak pengendera tercepat selama 3 hari. Jarak antara satu pintu dengan pintu yang lainnya seperti antara Makkah dengan Basrah".