IKLAN NUFFNANG

Wednesday, December 1, 2010

AIR TIN HARAM

Alhamdulillah...banyak syukur pada Allah diberi kesempatan untuk meletakkan entry seterusnya dalam blog ini.

Pada pagi ini, 1 Disember 2010, jam 6.30 pagi sebaik pulang dari surau mengerjakan solat subuh, saya terjumpa beberapa tin minuman di tong sampah, lebih kurang 4 tin yang berjenama ANGLIA.


Bila teliti kandungannya, saya dapati bahawa minuman ini haram diminum. Dihadapannya tertera perkataan Campuran LEMONED Bir Dan Perisa Anggur Yang Menyegarkan.



Perkataan 'bir' sendiri secara terang lagi bersuluh membawa kepada haram bagi yang membeli, mengangkut apatah lagi yang meminum. Nanti saya akan terangkan dengan lebih jelas.

Ditepi tin tersebut juga tertera perkataan 'Tidak Lebih 1% 1/1 Alkohol. Mengandungi barli'. Astaghfirullah...terkejut saya. Timbul di fikiran saya, siapa yang meminumnya? Jika non-muslim...alhamdulillah, jika yang minumnya orang Islam kita, nauzubillah......


Hairan juga saya, kalau yang meminumnya adalah orang Melayu Islam, bagaimana dia boleh minum sedangkan tiada langsung cop halalnya.

Di sini suka saya ingin menerangkan persoalan arak yang saya petik daripada kitab Mathla'ul badroin karangan Sheikh Muhammad Bin Ismail Daud Fathoni dalam mazhab Syafie.

Bermula orang yang meminum akan khamar (arak) atau minuman yang memabukkan seperti anggur jikalau SEDIKIT dan jikalau TIADA MEMABUKKAN kerana SEDIKITNYA sekalipun maka ianya haram....(m/s 192)

Khamar (arak) yang dimaksudkan di sini adalah peraman anggur atau barli yang mana peraman itu memabukkan adalah haram diminum walaupun sedikit, walaupun jika minum tidak mabuk kerana asalnya peraman itu memabukkan.

Mungkin yang meminum (jika Islam) tidak tahu atau terlepas pandang kerana  di situ tertera ayat Tidak Melebihi 1% alkohol. Mungkin ada yang beranggapan..'Eh, memang ada alkohol, tapi sikit je, bukan mabuk pun kalau minum..'. Ya betul tidak mabuk, tapi apabila dikatakan arak (peraman anggur atau barli yang memabukkan) maka hukumnya adalah haram walaupun sedikit dan walaupun tidak memabukkan.

Sekiranya masih ada keraguan, boleh datang berjumpa saya. Yang sudah terminum, hendaklah bertaubat dan tidak mengulanginya lagi.

Wallahualam.


5 comments :

  1. salam... em tnya skit blh... alcohol dlm produk muka kra hrm jg?

    ReplyDelete
  2. alcohol jenis mcm mane tu? kalo alcohol made by synthetic process, it's ok.. yg dikatakan haram HANYA alkohol yg dibuat dr peraman anggur saje walaupun sedikit dan walaupun x memabukkan atau alcohol yg dibuat dr sebarang proses penapaian yg memabukkan cth : air tapai (kalo mabuk haram, x mabuk x haram), air ganja dll.wallahualam.

    ReplyDelete
  3. jns sya tk tw la...tp prnh trbca.... skjp tpi 2 x mabuk x hrm ye oh... bru sya tw n tk prnh dngr pn tpi x memabuk kn.... tq bnyk2...

    ReplyDelete
  4. Salam
    Suka coretan yg benar sebegini.. panduan kepada semua insan yg beriman..

    ReplyDelete
  5. saya baru je ternampak gambar seorang budak remaja islam di facebook menunjukkan dia sedang meminum air anglia tersebut. terkejut saya selepas membaca post psl air tin ni. rupanya air ni adalah haram.. Astaghfirullahalazim...

    ReplyDelete