Tuesday, February 7, 2012

KESAN BANYAK MAKAN

Salam...

Dalam kita tak sedari, banyak perkara dalam kehidupan seharian kita menjadi seakan-akan kurang sempurna. Ada saja yang kita rasa tidak berpuas hati baik dari segi ibadah, kerja mahupun menuntut ilmu...betul tak?

Dari segi ibadah, mungkin ada di kalangan kita yang nekad nak bangun solat tahajud di awal pagi ataupun subuh berjemaah di surau namun terkandas dek kerana bangun lewat.

Dari segi aspek kerja pun begitu, kita dah berazam nak siapkan kerja kita pada hari tersebut tapi tak siap dan tertangguh akhirnya. Apa kurangnya dengan study (jika student), kita dah nekad nak habiskan study sesuatu bab atau nak siapkan assignment, tapi apakan daya benda yang kita nak lakukan sering tertangguh.

Pernahkah anda terfikir apakah yang menyebabkan perkara seumpama ini sering terjadi? Dalam kitab Penawar Bagi Hati karangan Sheikh Abdul Qadir Bin Abdul Mutolib AL Indonisi Al Mandilii, ada menerangkan punca kejadian seperti ini berlaku adalah disebabkan terlalu kenyangnya PERUT.

10 perkara bahana kekenyangan :

  1. Banyak makan itu menyebabkan hati menjadi keras
  2. Banyak makan itu mendorong anggota ke arah melakukan sesuatu yang sia-sia dan melakukan sesuatu kejahatan
  3. Banyak makan itu mengurangkan kecerdikan dan kepintaran. Ia juga punca sukarnya memahami ilmu dan pengetahuan
  4. Banyak makan itu menjadi sebab kurangnya beribadah. Ini keranan apabila seseorang itu banyak makan, sudah pasti badannya bertambah berat dan matanya semakin mengantuk
  5. Banyak makan itu menjadi faktor hilangnya kelazatan beribadah
  6. Banyak makan itu dikhuatiri terambil makanan yang haram atau syubhah
  7. Banyak makan itu menyebabkan susah hati dan memenatkan badan untuk mendapatkannya, menyediakannya, memakannya dan sukar untuk melepaskan kesan sampingannya (mudarat)
  8. Banyak makan itu menyakitkan ketika ajal maut tiba. Ini kerana kesakitan dan susahnya mati itu hanyalah disebabkan suka dengan keenakan dunia.
  9. Banyak makan itu mengurangkan pahala di akhirat
  10. Banyak makan itu memberi kesan ketika Hari Perhitungan 
10 perkara ini juga telah disebutkan oleh Imam Al Ghazali di dalam Kitab Minhaj Al Abidin.
Dalam hadith Nabi, Nabi ada mencela orang yang kenyang perut :

"Orang yang beriman akan makan dengan satu perut, manakala orang kafir akan makan dengan tujuh perut. Memadai bagi seorang anak Adam itu beberapa suap sahaja untuk membetulkan tulang belakangnya. Sekiranya ia masih ingin menambah makanannya atau perlu untuk menambah, maka yang sepatutnya ialah satu pertiga daripada perutnya diisi dengan makanan, satu pertiga lagi diidi dengan minuman dan satu pertiga lagi dijadikan ruang untuk bernafas"
 
Justeru, ayuh sama-sama kita kurangkan makan.

No comments :

Post a Comment