IKLAN NUFFNANG

Friday, February 10, 2012

NAK HIDUP DI DUNIA INI BERAPA LAMA? ANDA ADA IDEA? JOM KONGSIKAN!!

Salam ukhwah fillah...

Apa khabar? Moga kalian sentiasa berada di bawah naungan rahmat Tuhan. How's your life? Harap-harap semuanya berjalan lancar dan sentiasa menempuh hidup dengan penuh kesyukuran, redha dan ceria selalu.

Bagi saya hidup ini umpama perjuangan. Life is a struggle and life is about completing task..yeah completing the task! Sejak akhir-akhir ini, bila mana Universiti Malaya kian sepi, ramai pelajar pulang ke kampung halaman, keadaan ini memberi peluang untuk saya berfikir, merenung dan merancang betapa perlunya saya berubah dan mengubah rutin harian. Yes I need to change my lifestyle!

Banyak bendalah fikir...dosa, pahala, dunia, akhirat, diri sendiri, keluarga, sahabat-sahabat, kerjaya dan banyak lagi. Kadang-kadang rasa nak mati cepat tapi amalan tak cukup...huh. Pernah rasa macam tu tak? Kalau pernah sila kongsikan dengan saya...

Perkara pertama yang saya fikirkan adalah berkenaan HIDUP. Kalau sahabat-sahabat ditanya, berapa lama lagikah anda mahu hidup di dunia ini? Boleh jawab on the spot? Kalau/andaikata/sekiranya/jika diberi pilihan dan benda ni confirm makbul, minta terus dapat.....umur berapakah anda mahu mati? dalam bahasa sopan meninggal dunia? Berapa ramai yang boleh jawab on the spot?

Saya sebenarnya terkedu sebab soalan ini yang bermain dan berlegar-legar di benak fikiran saya sejak akhir-akhir ini...dan soalan ini yang sedikit sebanyak mengganggu rutin harian saya. 

Lagi satu soalan yang bermain di fikiran...untuk apa anda belajar selama ini? Bagi yang berhutang PTPTN/ tajaan JPA etc sila jawab soalan ini...untuk apa anda belajar, menuntut ilmu di universiti? Jika untuk mendapatkan kerja anda sebenarnya silap, sekarang bukan masanya untuk mencari kerja dan mendapatkan kerja...sekarang zaman mencipta peluang kerjaya!!! Tahun 90an dahulu graduan yang bekerja starting dengan rm1200++, sekarang tahun 2012 starting dengan rm1800++....harga barang makin naik. Kita seolah-olah telah diprogramkan untuk menjadi hamba kepada orang lain....to make it worse, graduan bekerja di company yang mana bosnya adalah orang yang tak pernah menjejaki kaki ke universiti. Can I say that the system today is a slavery system?? Sorry for the rude word....

Even saya pun tertanya-tanya dan masih tak boleh bagi jawapan lagi...kenapa aku sambung master? Bulan Mei ni insyaAllah akan terus sambung phD...untuk apa sambung phD? Nak dapat income besar? Sekarang pun dah lebih-lebih mencukupi..tapi kenapa ek nak sambung lagi? Kerana ilmu....huh tolong sikit.....aduyaiii tolong......honestly I have no idea.

Itu baru soalan kerjaya...sekarang nak tanya lagi, agak-agaknya bila hidup ini akan kita rasa satu kepuasan...puas dah hidup. Kita akan rasa tak atau memang takkan rasa puas?? Lepas satu, satu benda yang kita nak....boleh tak kalau saya kata hidup ini untuk memuaskan nafsu? Lepas pakai handphone biasa, dah mula teringin nak pakai iphone 4s...bila pakai kereta Honda, teringin pula nak rasa BMW 7series....bila income dah cecah beribu-ribu, teringin pula nak up sikit lagi berpuluh-puluh ribu.....salah tak berimpian macam ni?

Tapi kalau orang kata itu semua dunia, nafsu semata....bila fikir balik tak juga. "Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir". Pernah seorang sahabat Nabi kalau tak silap Saidina Ali (correct me if I'm wrong) menunggang kuda dan memakai baju yang agak cantik lalu di hadapan seorang yahudi miskin yang sedang duduk meratap nasib. Lalu yahudi tersebut menegur Saidina Ali.."Wahai Ali, mana yang dikatakan dunia ini penjara bagi orang mukmin..kau pakai pakaian yang cantik dan menunggang kuda sedangkan aku miskin papa menagih simpati". Jawab Ali "Kalau di penjara pun aku dah pakai sebegini rupa, apatah lagi di syurga...".Lebih kurang macam nilah ceritanya..

Berbalik kepada persoalan tadi, kadang-kadang timbul persoalan di hati, aku ni sibuk dengan dunia ke atau akhirat? Emm....boleh jawab? Kalau jawapan saya, saya mengejar dunia untuk akhirat..jujur tak jawapan tu? Atau bersalut dusta? Entah la...

Cuba kita muhasabah ye dengan mengambil contoh hidup saya dan alasan kenapa buat begitu. Saya sibuk mengajar tuisyen. Pernah juga tanya pada diri kenapa ajar tuisyen? Nak duit atau nak pahala? Tapi jawapannya dua-dua saya nak. Saya mengajar mengaji, fardhu ain, bahasa Arab dan akademik. Bila mengajar mengaji, anak murid dari tak kenal huruf tapi sekarang ni dah mula kenal hukum tajwid...dapat pahala tak? Sebab pada masa yang sama kita charge parent tu rm50/rm30 sejam. Bila ajar subjek akademik, saya mengajar dengan niat nak bagi anak-anak Melayu Islam ni pandai dan cerdik sikit. Pernah juga orang tanya, kalau niat mengajar kerana Allah kenapa kenakan bayaran? Tapi jawapan saya, kenapa pensyarah di universiti even pensyarah Akademi Pengajian Islam kenakan yuran pada student dan kenapa terima gaji bulanan kalau niat mengajar kerana Allah? Boleh tak jawab macam ni?

Lagi satu, kita ni banyak sibuk mencari duit sedar tak? Kata orang cari duit banyak mana pun takkan cukup punya. Aduhh....kadang-kadang betul juga tapi kadang-kadang tak juga. Jawapan yang saya selalu bagi pada diri sendiri, kalau kita hulur pada mak ayah kita Rm600 sebulan, takkan kita tak nak up lagi RM1000 sebulan. Kalau kita dah pergi umrah dua tiga kali, takkan kita tak nak pergi berkali-kali. Takkan tak nak belanja mak ayah tunaikan haji. Kalau kita biasa sedekah di tabung masjid berpuluh-puluh ringgit sebulan, takkan tak nak up lagi beratus-ratus, beribu-ribu. Berapa ramai di kalangan kita, kalau ada pihak dari sekolah tahfiz yang perlukan misalnya RM50k untuk bina surau baru, siapa yang boleh bagi on the spot? Kalau tak boleh bagi sebab apa? Semuanya sebab duit...duit ni dunia atau akhirat? Ada idea?

Dan terakhir, kita sering leka dan cuai dengan nikmat dunia. Betul tak? Kalau tak betul, bagi saya betul buktinya ada pada diri sendiri yang sering leka mengejar dunia. Kadang-kadang kita lupa masa kita banyak dihabiskan untuk orang lain. Mulut kita banyak berbicara dengan orang lain tapi sangat kurang mengadu dan bercerita-cerita pada Pencipta kita. Kalau solat 1 waktu ambil masa paling lama 10 minit darab dengan 5 waktu bersamaan dengan 50 minit....hanya 50 minit sahajalah yang kita spend dengan Pencipta kita....kurang ajar tak? Biadap namanya tu....kita baca Quran paling banyak pun boleh hayun 4-5 muka surat je tap bila tatap facebook....bermuka-muka, bila baca surat khabar boleh pula berbelas muka surat tanpa hirau orang disekeliling....kurang ajar tak? Any idea on that?

Lagi satu, kita banyak bersembang perihal peribadi orang lain., Orang tu tak bagus, orang ni tak bagus...aku saja yang bagus...hehe. Kau bagus? Perasan!! Cuba lepas ni kita sama-sama termasuk diri saya lah, kita puji orang...orang ni baguslah tolong aku...orang itu baiklah belanja aku....boleh? huhu......tu tak termasuk mengumpat lagi.

Sebagai penutup, sebenarnya apa yang diperkatakan di atas sekadar renungan bukan untuk anda sebaliknya dituju pada diri saya sendiri yang serba hina lagi dhaif betapa kerdilnya di sisi Pencipta tapi sering lupa, lalai dan alpa.

Pokok pangkalnya, setiap sesuatu perkara selepas ini kita buat cuba seboleh-bolehnya kita bersandarkan pada Islam. 

1. Nak berniaga, nak bekerja nak cari duit untuk bersedekah lebih, untuk tingkatkan ekonomi umat Islam,  nak bagi mak ayah lebih, nak bantu umat Islam yang memerlukan...jadikan setiap pencarian duit sebagai satu jihad ekonomi bukan nak menunjuk.

2. Nak bermewah berpada-pada jangan sampai lupa tujuan hidup di dunia ini. Sebelum punyai sesuatu kena tanya pada diri, kenapa aku nak itu? Nak pakai kereta mewah kena ada alasan, supaya perjalanan yang jauh lancar, nak elak dari selalu rosak, ramai penumpang boleh turut tumpang. Dato' Fadzilah Kamsah pakai kereta mewah, ok je tengok, tetap rendah diri, baik hati....boleh dicontohi. Nak pakai handphone canggih kena ada alasan..supaya boleh ambil gambar banyak-banyak tak perlu beli kamera, nak rakam sesuatu cth ustaz mengajar lagi senang. Contoh lah.....

3. Kena banyakkan amalan. Selalu mengadu pada Tuhan setiap masalah supaya Tuhan guide dan beri petunjuk. Mulai sekarang kena selalu mengadu dan bermanja-manja..banyak berbicara dengan Yang Mencipta kita....

4. Kena banyak berfikir bagaimana boleh bantu saudara seIslam yang lain dari segi ekonomi, pendidikan, etc...jangan terlalu memikirkan diri sendiri. Imam Shafie pernah sengaja meninggalkan amalan tahajud yang tak pernah diabaikan sebelum ini ketika berkunjung ke rumah Imam Malik..tetapi pada hakikatnya Beliau sedang berfikir beratus-ratus masalah umat beserta penyelesaian! Hebat bukan? Kita? Memberi beratus-ratus masalah peribadi kepada orang lain untuk difikirkan? Setan bukan? hahaha....gurau je.

5. Kena sentiasa tambahkan ilmu dengan mengunjungi tempat-tempat yang mengajar ilmu agama feqah, Tauhid, Tasawuf etc menggunakan kitab-kitab karangan ulamak. Ini azam saya untuk saat ini...I will do it seriously! Makin lama rasa diri ni makin jahil, biul, bodoh....anda ada idea di mana tempat yang menyediakan ilmu-ilmu seperti ini?

6. Yang terakhir, carilah seorang sahabat, cukup sekadar seorang yang boleh saling menegur dan membimbing. Kau tegur aku, aku tegur kau....ini lah yang sukar dicari selama ini...huh. Entah la...ada idea?

Pada satu ketika nanti, Islam akan kembali tertegak dan Islam pasti dan pasti akan menang...cumanya siapakah yang memenangkannya? Adakah kita tergolong dalam golongan orang yang menegakkan agama Islam....jawapan di tangan anda. 

Sekiranya ada penambahan idea, boleh kongsikan dengan menaip ke dalam ruangan komen....idea anda dinanti-nantikan. Ayuh kita berbicara ilmiah!
Salam...

1 comment :

  1. Salam,saya ingin abang wat entri berkaitan Alkohol la...b4 ad wt tazkirah sal alkohol kn kt balai islam..skrg sy da lupa la..
    "ALCOHOL DENAT is denatured to make it inedible as it is used in cosmetics and perfumes so it is not drinkable alcohol therefore it is HALAL"- btol ke statement ni??

    ReplyDelete