IKLAN NUFFNANG

Monday, September 22, 2014

NUTRISI PEMAKANAN

1. Barli

Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma

Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah tin

Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur

Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

5. Madu

Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai

Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakan dan wajahnya.

7. Susu

Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan

Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak zaitun

Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima

Membersihkan tubuh dari bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air

Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.