IKLAN NUFFNANG

Monday, May 30, 2016

JADUAL WAKTU SISTEM BADAN MANUSIA

Peparu (3.00 am - 5.00 pm)

Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertafakur.

Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas. Bertepatan dengan ajaran Islam, kita digalakkan bangun tahajud ketika ini.


Usus Besar (5.00 am - 7.00 am)

Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan mengalami masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindari. Bertepatan juga dengan ajaran Islam, beruntunglah orang yang menunaikan solat Subuh dalam waktu ini.


Perut (7.00 am - 9.00 am)

Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.


Limpa (9.00 am - 11.00 am)

Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. 

Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigihan dan mengantuk. Selari dengan ajaran Islam, kita dianjurkan untuk solat Dhuha.


Jantung (11.00 am - 1.00 pm)

Hanya air saja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur pada masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkatkan kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan.

Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.


Usus Kecil (1.00 pm - 3.00 pm)

Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk dan tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur. Selaras dengan apa yang diajar Islam untuk tidur seketika (qailulah).


Pundi Kencing (3.00 pm - 5.00 pm)

Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.


Buah Pinggang (5.00 pm - 7.00 pm)

Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.


Dinding Jantung (7.00 pm - 9.00 pm)

Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.


Semua Organ (9.00 pm - 11.00 pm)

 Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu, sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.


Hempedu (11.00 pm - 1.00 am)

Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja pada hari esoknya.


Hati (1.00 am - 3.00 am)

Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.


Itulah ringkasan jadual waktu badan. Kalau diperdalam huraian susah pasti semuanya bersesuaian dengan tuntutan agama Islam.

Jika terdapat sebarang persoalan dan ingin mendapatkan khidmat consultation boleh berhubung dengan



Junaidi << 013-666 0473 >>