IKLAN NUFFNANG

Friday, January 10, 2014

The Secret Revealed

"Every thought of yours is a real thing - a force"

Why do you think that 1 percent of the population earns around 96 percent of all the money that's being earned? Do you think that's an accident? It's designed that way! They understand something. They understand The Secret, and now you are being introduced to The Secret.

1. The Great Secret of Life is the law of attraction.

2. The law of attraction says like attracts like, so when you think a thought, you are also attracting like thoughts to you.

3. Thoughts are magnetic, and thoughts have a frequency. As you think thoughts, they are sent out into the universe, and they magnetically attract all like things that are on the same frequency. Everything sent out returns to the source ----YOU!

4. You are like a human transmission tower, transmitting a frequency with your thoughts. If you want to change anything in your life, change the frequency by changing your thoughts.

5. Your current thoughts are creating your future life. What you think about the most or focus on the most will appear as your life.

6. The law of attraction doesn't care whether you perceive something to be good or bad, or whether you don't want it or whether you do want it. It's responding to your thoughts. So if you're looking at a mountain of debt, feeling terrible about it, that's the signal you're putting out into the Universe. "I feel really bad because of all this debt I've got". You're just affirming it to yourself. You feel it on every level of your being. That's what you're going to get more of.

7. Your thoughts become things.

Thursday, January 9, 2014

25 BISNES TANPA MODAL

Assalamualaikum, Salam sejahtera, Salam ceria!

Ramai di kalangan kita yang merungut, harga barang naik, harga minyak naik, kos sara hidup meningkat dan lain-lain. Kesempitan hidup dirasakan semakin menjadi-jadi dan kadang-kadang kita pun tak tahu apa lagi cara untuk tangani masalah ini. Anak semakin membesar perlukan duit, mak ayah di kampung semakin tua juga perlukan duit untuk menampung kos rawatan kesihatan mereka, dan lebih menyedihkan hutang semakin bertambah dan simpanan bulanan tak pernah ada!

"Pergi pagi balik petang, dapat gaji bayar hutang"

Inilah teori yang sering kita amalkan. Setiap hari kita sekadar MENJALANI kehidupan seperti biasa tanpa MENIKMATI kehidupan tersebut. Kadang-kadang kita rasakan diri kita ni macam robot, hanya bekerja mengikut arahan tanpa ada kuasa untuk membantah. Ye la kan....kalau membantah terjejas nanti periuk nasi kita!

Formula untuk keluar daripada kemelut di atas mudah saja dan ramai di antara kita sudah pun tahu.

Kurangkan perbelanjaan + tambahkan pendapatan = Bebas hutang + bebas kewangan

Bagaimana untuk tambahkan pendapatan?
Di sini saya akan kongsikan serba sedikit 25 jenis bisnes tanpa modal yang saya belajar dari Jihad Business School anjuran Iluvislam tempoh hari.

Antara bisnes tanpa modal yang boleh anda mulakan adalah :

1. Fotografi
2. Videografi
3. Grafik design
4. Menulis lirik lagu
5. Menulis skrip
6. Penterjemah sari kata rancangan televisyen
7. Menulis buku
8. Voice over (penyumbang suara)
9. Copy writing
10. Hometuition
11. Gold & silver trader
12. Printing
13. Agen property
14. Agen insurans/unit trust
15. Network marketing (MLM)
16. Agen pengedar produk syarikat lain
17. Mail order
18. Online marketing
19. Dropship
20. Affilliate
21. Reseller
22. Facebook manager
23. Blogger
24.Trainer (mesti ada pengalaman)
25. Consultancy (mesti ada ilmu)

BONUS : 26. Artis/selebriti

Semua di atas anda boleh cuba ceburi dengan syarat anda perlu mula terlebih dahulu. Kenali anda punya PASSION! Passion bermaksud ghairaah. Benda yang anda suka buat dan tak rasa jemu.

Macam saya, saya ada pengalaman buat hometuition (income pernah cecah rm4k sebulan dahulu) dan kini saya sedang fokus network marketing, property agent dan franchise.

Sekian, selamat mencuba!!

Friday, February 8, 2013

HIJRAH TERBESAR

Salamun'alaikum...

Masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru masihi...semoga tahun baru 2013 ini menjadi satu tahun yang bakal membuatkan hidup kita bahagia, ceria, barakah hendaknya. Yang pasti ramai di kalangan kita yang sudah membuat azam di tahun baru ini. Jadikan awal tahun ini sebagai batu loncatan terbaik untuk kita bina kehidupan yang lebih baik.

Sekarang jam menunjukkan pukul 2.16 pagi..Sebenarnya saya tengah menghabiskan masa yang ada sementara menunggu untuk ke airport KLIA ke Kota Kinabalu, Sabah atas urusan perniagaan sehingga hari Isnin. Departure time pukul 7.30 pagi, so perlu bertolak dari sini seawal jam 5 pagi bagi mengelak sebarang kemungkinan yang berlaku. Untuk hindar dari tertidur baik habiskan masa dengan blogging...kalau tidur ni alamatnya terlepas flight la gamaknya, dah la flight ticket ke sana mahal...RM604 tu yup! akibat beli last minute....

Bila tiba tahun baru kita mesti tidak lepaskan peluang untuk cipta azam baru dan sememangnya ini lumrah manusia, menjadikan sesuatu itu sebagai turning point kita.

Bagi saya pula, alhamdulillah ada 13 matlamat/impian yang ingin dicapai...mohon doakan yang terbaik.


Untuk merealisasikan segala impian ini, perlu ada satu hijrah yang besar yang perlu dibuat. Perkara ini sudah saya fikir masak-masak, sedalam-dalamnya dan istikharah serta solat hajat yang berterusan. Antara hijrah yang paling besar ialah :

1. Menghentikan serta merta kelas tuisyen

Sudah 3 tahun saya lakukan private tuition dari rumah ke rumah. Pelbagai subjek yang diajar. Daripada mengajar AlQuran, Bahasa Arab, Fardhu ain sehinggalah UPSR, PMR dan SPM. Ada di antara anak murid yang sudah mencapai target yang diajar iaitu 5A UPSR, 9A SPM dan yang mengaji pula daripada tak kenal huruf sehingga mampu baca Al Quran...daripada merangkak sehingga mampu menghafal surah-surah lazim. Berat hendak tinggalkan tapi bila difikirkan balik sampai bila hendak berterusan begini?

Untuk itu, saya buat keputusan untuk hentikan serta merta. Namun, sikap tanggungjawab perlu juga ada dengan mencari pengganti yang sesuai dan terbaik untuk anak murid itu tadi. Alhamdulillah syukur segalanya sudah selesai. Setidak-tidaknya saham akhirat hasil mengajar mengaji sedikit sebanyak menyumbang kepada pahala jariah.

2. Meletakkan jawatan selaku pembantu felo kolej kediaman

Ini perkara yang paling berat yang pernah saya lakukan. Dah hampir 7 tahun menetap di Kolej Kediaman Keempat, UM dan sudah hampir 4 tahun jadi pembantu felo. Kalau orang temuramah lah, saya boleh cerita dari A sampai Z apa perubahan yang berlaku dalam kolej...dari segi landskap, makcik-makcik staf yang silih berganti pergi dan banyak lagi. Rasa sedih sebenarnya nak tinggalkan tapi apakan daya, jika diteruskan kehidupan seperti tu for the next few years, alamatnya tak berkembang la minda ni, hanya bergelumang dengan pelajar-pelajar dan typical activities. Agak bosan jugak. Nak jugak merasa kehidupan yang baru demi mematangkan lagi diri dengan dunia sebenar.

Jadi, saya sudah tekad memberi notis 24 jam letak jawatan sehingga mengejutkan ramai staf. Ramai yang tak menyangka tapi itulah hakikatnya....insyaAllah, paling lewat hujung bulan ini selesai angkat barang dan terus meninggalkan bumi Bestari yang tercinta.

Tahun 2013 ini berazam untuk memikirkan secara serius perihal masa depan baik diri sendiri mahupun keluarga.  Umur pun dah nak masuk 26 Oktober nanti, jadi soal kewangan, kematangan, jodoh, kepuasan hidup perlu mula difikirkan secara mendalam.

InsyaAllah, 22 Mac ini saya bakal mengerjakan ziarah-umrah dengan melawat 2 buah negara terlebih dahulu; Singapura dan Istanbul, Turki kemudian terus mengerjakan umrah. Di sana, hajat besar akan dibawa. Nak mohon petunjuk dari Allah berkaitan jodoh dan masa depan. Sekiranya istikharah menunjukkan seperti apa yang dirancang, Alhamdulillah...itulah yang terbaik. Hajat ingin melangsungkan pertunangan tahun ini tetapi rancang untuk kahwin mungkin ambil masa 2-3 tahun lagi.

Plan tahun ini jugak sangat besar...nak melancong ke seluruh dunia. Bermula dengan Zhangjiajie, China, kemudian ke Korea dan Spain. Nak bawak mak dan abah.

Akhir sekali, renunglah kata-kata ini :

Dengan wang kita dapat beli rumah tetapi tidak dapat membeli kehidupan

Dengan duit kita dapat beli jam tetapi tidak mampu membeli masa


Salam sayang!











Monday, January 21, 2013

IMAN JATUH DAN NAIK

Bismillah...segala puji bagi Allah.

Sekadar tazkirah bagi mengisi waktu kosong sementara menunggu waktu Subuh masuk..

Kadang-kadang dalam seharian hidup kita, pernah tak kita merasakan bahawa masih ada sesuatu yang kurang? Masih ada sesuatu yang tak cukup? Kadang-kadang hati kita berasa tak tenang, keluh kesah dan minda sentiasa berfikir mencari sesuatu tapi tak jumpa...pernah tak rasa begitu?

Sebenarnya itu tandanya iman semakin berkurang dan menjunam turunnya. Iman semakin berkurangan disebabkan solat tak dijaga...mata tak dijaga...hati sentiasa menduga...pergaulan tak dibatas...mulut cakap lepas...telinga sentiasa mendengar benda yang tak sepatutnya. Bila semua ni kita buat, pasti hati rasa tak tenang.

Perbezaan orang mukmin dan kafir letaknya pada hati. Hati orang mukmin sentiasa tenang dan sentiasa rasa mencukupi ditambah dengan syukur. Tapi tak beerti bila dah rasa cukup, kita berhenti melakukan sesuatu sebaliknya kita berusaha ke arah yang lebih baik malah semakin baik.

Manakala hati orang kafir pula mereka sentiasa tamak dan tak pernah cukup dan sentiasa mencari namun tak ketemui. Rupa-rupanya yang dicari mereka itu adalah ketenangan dan ketenangan hati itu datangnya dari Sang Pencipta..tak boleh dibuat-buat.

Oleh itu, pesan pada diri sendiri dan juga sahabat-sahabat, ayuh jagalah hati kita. Bergaullah dengan orang yang dapat membimbing kita ke arah yang lebih baik.

Cukup sekadar itu...azan dah berkumandang.

Wallahualam

Monday, November 19, 2012

MASA OH MASA

Salam ukhwah...

Lama dah tak berceloteh di ruangan blog. 
Hajat nak lelapkan mata, tapi baru teringat ada tender yang belum dibida....lantas bergegas mengadap komputer. Sebenarnya due date untuk bida hari ni (seperti yang dimaklumkan) sebab tu rushing cepat-cepat on komputer sebelum jam 12 tengah malam tapi bila on sistem rupa-rupanya esok sebelum jam 12 tengahari...huh tarik nafas lega!

Nak dijadikan cerita, selesai bida satu tender, rupanya ada lagi satu tender yang ditawarkan. Tak tau la berapa anggaran bajet, so aku letak je la sebutharga aku total sekali rm20k lebih jugak la...nasib la kalau ada rezeki approve...tak mengharap.

Hari ni suasana di Universiti Malaya especially Kolej Empat dah bertukar ceria, gamat dan bising.....suasana yang aku tak suka. Aku lebih suka sunyi...tenang...tak nak diganggu....(mungkin faktor usia yang semakin meningkat...hahh). Malam ni sepatutnya banyak kerja yang nak diselesaikan memandangkan esok adalah closing date untuk bisnes aku.....tawakal je la berapa bonus yang bakal di bank in. Esok agak sibuk needs me rushing here and there.

Sebenarnya tak sabar-sabar nak tunggu hari esok. Malam esok bakal bertemu dengan sifu/mentor bisnes aku...kami akan diajar cara nak main property. It sounds interesting...I look forward to knowing what is it all about! Sekarang ni zaman serba moden. People struggling to improve their economy. Those who put much effort will earn more. Sekarang zaman no money no talk. Bukan lagi zaman belajar shoot resume then waiting for offer. But now zaman where people compete each other. Those who are stronger will survive...to make a better life!

Since Im aware of that scenario, aku bergelut dengan masa! Aku sedang alami sindrom tak cukup masa! Kata sifu aku, everyone has 24 hours in their life. It's not the way you act, but it's about the way you think! Beza orang miskin dan orang kaya adalah pemikiran. Dari pemikiranlah tercetusnya tindakan.  

 

Suka sekali aku petik satu statement dalam salah satu kitab tasauf dan Tuk Guru pondok aku pun pernah berkata....

'Orang kaya yang bersyukur itu jauh lebih mulia daripada orang miskin yang sabar'

Ini bermakna, agama sendiri tak menghalang umat Islam menjadi kaya asalkan dia bersyukur atas nikmat yang diberi. No wonder la dalam Al Quran pun ada menyebut 

'Jika kamu bersyukur, nescaya aku akan tambahkan lagi (rezeki) pada kamu, tetapi jika kamu kufur, bagiKu azab yang amat pedih'

Aku pun tak ingat surah apa tapi pandai-pandailah cari sendiri ye sebab aku bukan ustaz...Im a scientist ever!

Dan dalam kitab tasauf yang aku belajar juga ada menyatakan bahawa orang yang sibuk (masyghul) ni susah hendak berbuat dosa disebabkan ketiadaan masa dan kelapangan untuk melakukan dosa. 

Sibuk ni jugak menyebabkan kita waras....pemikiran serta minda kita sentiasa berjalan. Orang sibuk jarang nyanyuk. Orang sibuk susah nak sakit.

 

Tapi sibuk pun jangan sampai lupa nak seimbangkan kehidupan dunia dan akhirat (pesan untuk diri sendiri).

Haish....bila sebut dunia pun dah nampak masih jauh perjalanan untuk berjaya. Bila sebut akhirat lebih-lebih lagi la.....jadi apa boleh buat?

Kata orang nak berjaya dalam sesuatu cabang sesuatu bidang perlu duduk dan berada di kalangan orang dalam bidang itu. Jadi, sama-sama la kita muhasabah diri dengan siapa selama ni kita berkawan. Adakah orang di sekeliling kita ni mendorong kita ke arah kejayaan dalam bidang yang kita kehendaki.

Emm...aku rasa cukuplah celoteh kosong aku setakat ini...sama-samalah kita doakan kejayaan sesama kita. Doakan juga saudara mara kita di Palestin yang sedang bergelut dengan musuh Allah. Mohon dari Allah agar mereka mendapat syahid di sisiNya. Allahu Rabbi....


Sunday, November 18, 2012

PELBAGAI MACAM ORANG

Manusia hari ini suka bersangka-sangka

Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...

Orang beribadah disangka riak

Orang yang relax disangka malas


Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk

Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sikit disangka diet

Orang baik disangka buruk

Orang buruk disangka baik

Orang senyum disangka mengejek

Orang masam disangka merajuk

Orang bermuzakarah disangka mengumpat

Orang diam disangka menyendiri

Orang menawan disangka pakai susuk

Orang nampak ceria disangka membela

mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa

mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Inilah sebenarnya apa yang ramai lakukan atau amalkan. Prasangka baik tak menjadi masalah tetapi majoritinya jarang mengamalkan prasangka baik. Kenapa?

Ramai antara kita didunia ini lebih focus keluar (diri orang lain) daripada focus kedalam (diri kita sendiri).

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api..

Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Tuhan tahu setiap niat di hati…
Manusia Belum Tentu!
Datuk Maznah

Saturday, November 3, 2012

HANYA SECEBIS DUGAAN DARI ALLAH UNTUK HAMBANYA

 

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa
kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).(2:214)

Kehidupan tidak pernah lekang dengan perkataan “dugaan”.Apabila datang dugaan dalam kehidupan,manusia sering kali mengeluh,tertekan dan sehingga sampai satu tahap hilang kawalan diri. Ketahuilah kalian bahawa seandainya dugaan itu kita terima dengan hati yang redha terlalu banyak hikmah dan manfaatnya disebalik dugaan yang menimpa diri.Seringkali diri ini juga lupa akan hakikat dan hikmah dugaaan itu sendiri.

Firman ALLAH SWT dalam kitab hikmahNya:
“ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”(2:286)

Jadi,sangat jelaslah disini bahawa ALLAH SWT tidak pernah menimpakan suatu ujian,dugaan mahupun cabaran diluar batas kemampuan hamba ciptaanNYA. Siapa kita utk mengatakan ujian,dugaan dan cabaran itu diluar kemampuan kita kerana sesungguhnya yang menciptakan kita itu bukannya diri kita sendiri akan tetapi Tuhan sekalian alam iaitu ALLAH SWT. Sungguh DIA lebih mengenali diri kita daripada diri kita sendiri.

Jadi,tanamkanlah dalam diri mulai saat ini bahawa ujian ALLAH itu tanda kasih dan sayang dari ALLAH kerana itu bermakna ALLAH ambil tahu dan peduli dengan diri kita. ALLAH menguji kita sebenarnya adalah utk mengukur sejauh mana tahap iman kita sebenarnya. Hadapilah ujian dan dugaan dari ALLAH dengan keimanan,ketakwaan dan kesabaran. Moga-moga kita sentiasa berada dibawah payung rahmat,redha dan kasih sayangNYA. 
Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.
Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

YA ALLAH ..ILHAMKANLAH DAKU SUPAYA AKU BERSYUKUR AKAN NIKMAT MU YG ENGKAU KURNIAKAN KPDA KU DAN KEDUA IBU BAPAKU, DAN SUPAYA AKU TETAP BERAMAL SOLEH YG ENGKAU REDHAI DAN MASUKKANLAH DAKU DGN LIMPAH RAHMATMU DLM KUMPULAN HAMBA2 MU YG SOLEH..

Amin..Amin.Amin!
- Datuk Maznah Hamid -