IKLAN NUFFNANG

Saturday, May 8, 2010

BADAN INI TAK PERNAH REHAT

Salam ukhwah...

Hari ini hari yang paling syahdu, sunyi sepi..very silent day...tanggal 8 Mei 2010....

Kolej Kediaman Keempat kembali sunyi apabila ramai penghuninya beransur pulang ke kampung masing-masing. Ibarat patah tumbuh hilang berganti, final year student akan membawa haluan masing-masing..some will graduate, some will further their study and some will be unemployed...bulan Julai nanti akan hadir pula pelajar baru menggantikan tempat mereka, sedangkan aku masih di sini meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu dan bekerja.

Rumah terbuka En Syed


Begitulah kehidupan di kampus..

Teringat sewaktu bergelar pelajar dahulu, masa seperti ini aku tak berpeluang langsung bercuti, kalau bercuti pun hanya sehari dua manakan tidak, cuti padat dengan program...kursus kepimpinanlah, kursus pembantu mahasiswalah dan macam-macam lagi. Sampai ke hari ini pun masih tidak berpeluang bercuti di kampung.



12-20 Mei 2010  ke Sabah (Kursus Pembantu Mahasiswa), 9-11 Jun 2010 ke Langkawi (Kursus Kepimpinan Bestari), 12 Jun 2010 ke Bukit Tinggi (Research) dan 13-15 Jun 2010 ke Terengganu (Program Staf Kolej)...aduh, penat rasanya badan. Sepupu aku kahwin 13 Jun 2010 ni pun aku tak boleh balik..sebab 12 Jun aku kena ambil data untuk research aku....yang akan memakan masa sehari suntuk dari pagi sampai malam then kena rush ke kolej semula untuk ke Terengganu keesokan harinya......sedihnya.

Di LCCT bersama Anuar


Bersama Presiden di pantai UMS


Bersama Master di puncak Kinabalu


Siang weekday sibuk dengan writing journal dan draf thesis, ada pun awal pagi 8-9 am mengajar mengaji, fardhu ain dan Bahasa Arab..malam pula mengajar...
Sabtu dan Ahad orang lain berehat, tapi aku mengajar lagi..........
Kehidupan yang padat dengan aktiviti.

Lepas ni kolej akan jadi sunyi dan aku cukup fobia pada tempat sunyi...tanpa kedengaran suara. Tapi bagus juga sibuk, hilang sikit rasa sunyi..

Banyak memori sebenarnya yang akan bermain di fikiran kalau duduk di tempat sunyi ni. Ingatan aku akan kembali terkenang ketika zaman bergelar student dulu..dari first year sampai third year...dari Pengerusi Balai Islam, Presiden sehingga Pembantu Penyelia. Terlalu cepat masa berlalu, terlalu cepat transformasi aku.

Barisan Presiden Kolej Kediaman di Vietnam


Semester depan dah masuk tahun kelima aku di Kolej Keempat dan masuk tahun keenam aku di Universiti Malaya. Tak tau sampai bila akan berada di sini.....

Rakan seperjuangan


Saja luahkan apa yang terbuku di hati...tiada niat untuk merungut sebaliknya bersyukur dengan apa yang ada. Hidup ini memang begitu. Sekejap ketawa sekejap berduka, sekejap riang sekejap hiba, sekejap di bawah sekejap di atas...ibarat roda. Yang penting kena ambil pengajaran, belajar dan terus belajar.....

Geng2 Balai Islam


Balai Islam zaman aku..junior dan senior kita bersatu di Sungai Congkak


Inilah aku yang kekal di sini...

Sekian..

2 comments :

  1. assalamualaikum ustaz,

    saya kagum dengan ustaz, atas semangat dan kerajinan yang ustaz tunjukkan di UM. Ustaz ni boleh dikatakan all-rounder dan untuk menjadi all rounder, bukan semua mampu buat cuma mereka yang beriltizam, rajin, berkeyakinan seperti ustaz sahaja. keep up the good work ustaz.

    ReplyDelete
  2. Begitulah yang dikatakan kehidupan...hidup untuk bekerja. Kita berehat hanya di liang kubur....

    ReplyDelete