IKLAN NUFFNANG

Friday, June 10, 2011

PUISI GILA BABI

Duit Oh Duit

Kerana duit serba tak kena
Mengingati duit fikiran berkelana
Mungkin satu bahana
Atau satu fenomena

Duit Oh Duit

Segalanya perlukan duit
Makan minum kena duit
Manusia mati perlukan duit
Haji umrah bayar duit
Belajar guna duit
Apa lagi tak guna duit?

Ohoiii...oi

Semua benda kena duit
Bukannya sedikit
Manusia boleh sakit
mencari duit...
Kerana duit nafsu bangkit
Hilang duit hati sakit


Alahai Duit

Kerana duit masalah datang
Kerana duit mata rambang
Bagai melihat jembalang
Iman taqwa terus hilang
Nafsu duit bukan kepalang


Duit..

Kenapa kau wujud
Buat aku terkejut
Selagi nadi berdenyut
Fikiran buntu dan serabut
Manusia boleh hanyut
Otak boleh nyut nyut..
Opps apa yang aku melalut =)


Duit Oh Duit

Jangan kita mudah lupa
Duit buat kita alpa
walau seketika..
Bukannya apa
Sekadar nasihat tidak mengapa


Inilah nukilan dari hati
Buat teman di universiti
Berpuisi bukannya hobi
Sebab tu nama 'Puisi Gila Babi'

~Junaidi~