IKLAN NUFFNANG

Friday, June 3, 2011

TUHAN, MAKBULKAN DOAKU..PERMUDAHKAN URUSANKU..KEPADAMU AKU MENGADU



Alhamdulillah...syukur pada yang Esa, ini merupakan matlamat aku yang ke-13 daripada 26 matlamat yang aku set untuk dicapai tahun ini, 2011.

Sudah lama aku idam-idamkan kereta Honda City buatan Jepun. Sesuai dengan umur aku dan status aku yang masih single, aku selalu berangan untuk memiliki kereta ini setelah diperkenalkan oleh En Syed Abdul Razak suatu ketika dahulu....kini hampir menjadi kenyataan.

Segalanya berlaku tanpa diduga..mungkin sudah suratan takdir, kau milikku.






Sempat aku test drive tadi sekitar seksyen 13, PJ...memang menakjubkan. Gayanya yang sporty menarik minat aku. Bukan untuk berbangga apatah lagi nak menunjuk, sebaliknya aku suka melakukan sesuatu untuk jangka masa panjang. Tak perlu tukar-tukar kereta. Selagi bujang, selagi mampu, redah je...at least kesusahan akan datang biar aku yang menanggung bukan anak isteriku nanti......

Banyak juga kereta yang menarik minatku...











Tetapi...ini juga yang menjadi pilihan hati.....





Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Kak Maza dan Kak Longnya yang sanggup menemani aku dan mempermudah segala urusan. Seriously, aku memang tak tahu apa-apa berkenaan jual beli kereta ni...begitu jahil. Dengan adanya kedua-dua orang akak ini, dapatlah aku serba sedikit nasihat untuk memudahkan lagi segala urusan. Thanks alot...you both are my good advisors! 



Aku berharap, aku dapat memandu kereta idamanku ini untuk menyambut ketibaan hari pertama bulan Ramadhan di kampung halamanku....tunggu angah mak, abah!

Akhir kata, syukur sekali lagi tak terhingga kepada Ya Rabb atas segala nikmat yang dikurniakan. Banyak lagi impian yang perlu aku achieve untuk tahun 2011 ni....aku harap aku mampu untuk masa hadapan...

This means that, aku kena bekerja dengan lebih keras dan keras lagi..........

Wallahualam...