IKLAN NUFFNANG

Thursday, July 21, 2011

OKSIGEN NYAWA MANUSIA

Salam buat pembaca sekalian. Lama sudah tidak update blog kerana kekangan masa sejak akhir-akhir ini. Alhamdulillah, hari ini berpeluang mencuri masa yang ada untuk menulis serba sedikit berkenaan produk kesihatan.

Pernahkah anda atau sesiapa sahaja yang anda kenali mengalami sesak nafas, sakit bronkitis bunyi nafas berdehit), pembentukan kahak, batuk kering yang berterusan, kesukaran bernafas dan bibir dan kulit kebiru-biruan, sering mengantuk? Jika ya, anda sedang mengalami masalah yang berkaitan dengan sistem pernafasan.

Organ utamanya terdiri daripada kaviti nasal, farinks (tekak), trakea dan peparu. Ia bertindak selari dengan sistem peredaran untuk menghantar oksigen dan gas dari tisu ke tisu tubuh.



Oksigen terdapat dalam udara yang kita bernafas, bertanggungjawab untuk melaraskan semua fungsi badan. Ia seerti dengan kehidupan kerana nyawa seseorang akan tamat dalam tempoh 5 minit tanpa oksigen.
Molekul udara yang berharga ini juga memainkan peranan penting dalam memetabolismekan makanan kepada tenaga dan menguatkan sistem keimunan. Oksigen juga merupakan komponen yang penting dalam fungsi kognitif kerana ia digunakan oleh otak untuk memproses maklumat. Sebagai contoh, lihatlah bagaimana strok menjejaskan para pesakit. Hanya beberapa saat tanpa oksigen sudah mencukupi untuk merosak dan membunuh sel-sel otak dan menyebabkan pesakit kehilangan fungsi-fungsi badan asas.



Mengikut ahli-ahli sains, seorang manusia bernafas 20 000 kali sehari. Masalahnya, udara yang anda ambil bukanlah 100% oksigen. Dengan aktiviti-aktiviti perindustrian, udara yang anda sedut hari ini cuma mengandungi 19-21% paras oksigen, berbanding dengan 38% pada 10 000 tahun yang lalu. Paras oksigen dikurangkan lagi kepada 12-15% di kawasan bandar dan selalunya dicemari dengan jerebu, gas-gas perindustrian, sistem pengalihan udara yang buruk dan asap ekzos dari kenderaan.



Faktor-faktor persekitaran hanyalah sebahagian daripada punca masalahnya. Gaya hidup moden juga merupakan penyebab utama kekurangan oksigen. Faktor gaya hidup seperti tabiat pemakanan yang buruk, tekanan, kekurangan senaman dan kekurangan tidur menyebabkan pernafasan lemah yang menghalang pengambilan oksigen.

Ini boleh mengakibatkan beberapa masalah kesihatan seperti daya tumpuan yang lemah, ingatan yang lemah dan kesesakan nafas. Ramai orang yang kekurangan oksigen sering mengalami keletihan yang kerap dan kronik serta kekejangan bahu. Walaupun kesemua masalah ini tidak mengancam nyawa, ia menjejaskan kualiti kehidupan kita.

Jangan risau!!! 

Memperkenalkan

AO2




LEBIH OKSIGEN, LEBIH KEHIDUPAN.

Meningkatkan paras oksigen di dalam badan kita tidaklah susah. Ini boleh dicapai secara mudah dengan AO2. AO2 merupakan suplemen oksigen proprietari dengan molekul-molekul oksigen stabil yang dicas negatif yang akan meningkatkan kandungan oksigen di dalam darah kita.

Paras oksigen yang lebih tinggi di dalam badan akan menjadikan anda lebih peka sementara mencekapkan pengangkutan nutrien dalam badan anda.




Dengan adanya lebih tenaga dan fokus, prestasi anda akan meningkat dan anda boleh melakukan lebih banyak tugas dalam sehari. Dengan hanya beberapa titisan AO2 ke dalam air anda setiap hari akan membantu mencegah jangkitan, menggalakkan peredaran darah dan meningkatkan imuniti anda, dan dengan itu, meningkatkan kesihatan keseluruhan dan prestasi anda dalam fungsi-fungsi harian.



Lagi fakta yang menarik tentang AO2...nantikan entri seterusnya...