IKLAN NUFFNANG

Wednesday, July 20, 2011

TATOO DAN HUKUMNYA

Bismillah dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, berkesempatan juga akhirnya aku menatap blog yang sekian lama ditinggalkan. Maaf, terlalu sibuk sejak akhir-akhir ini tak ada masa langsung nak update blog. Ni pun selesai kelas di Damansara jam 9.30 malam terus rushing balik UM untuk hadiri satu mesyuarat bersama student.

Anyway, entri ini dibuat just for the purpose of fulfiling a request from one of my friend who ask me about tatoo.

Masalah : Seorang hamba Allah mualaf (saudara baru) yang sering ke masjid untuk menjalani ibadah fardhu umat Islam, solat 5 waktu. Nak diceritakan, hamba Allah ini di badannya masih terdapat tatu yang sukar untuk ditanggalkan. Untuk menanggalkan tatu tersebut hanya dengan cara yang amat menyakitkan dan memedihkan, adapun melibatkan kos yang agak tinggi.

Hamba ini selalu ke masjid akan tetapi dek kerana masih terdapat kesan tatu di badannya, dia dipandang hina oleh jemaah yang hadir dan rata-ratanya mencemuh, mengkeji dan mengutuk hamba tersebut. Disebabkan kejian dan kutukan yang diterima, si hamba ini merasakan dirinya tidak mendapat layanan yang sepatutnya diberi kepada seorang saudara baru yang bergelar mualaf dan di hatinya terbit satu perasaan bahawa agama Islam ini satu agama yang zalim dan menindas serta tidak adil walaupun jauh di sudut hati hamba ini menafikan. Rentetan daripada itu, si hamba ini tidak berkunjung lagi ke masjid dan tidak lagi mengamalkan kehidupan sebagai umat Islam seperti mana sewaktu mula-mula menerima Islam dahulu.

Persoalannya yang ingin ditimbulkan di sini, siapakah yang bersalah?

Jawapan penulis : Pada pandangan peribadi saya selaku orang sains yang turut juga belajar selok belok hukum agama, tindakan yang dilakukan oleh jemaah masjid tersebut adalah sama sekali tidak wajar.

Pertama : Hukum bertatu adalah haram kerana sekiranya berhadas besar, tidak sah mandi wajib seterusnya akan memberi kesan kepada ibadah lain dari segi sah dan batal. Tetapi dalam masalah ini, hukum mualaf ini bertatu dimaafkan kerana bertatunya hamba ini sebelum memeluk Islam..dan ketika itu tiada hukum  syarak baginya sama haram atau halal, dosa atau pahala. Hukum syarak dijatuhkan pada orang mukallaf (Islam, baligh, berakal) dan hamba ini ketika itu masih belum Islam.

Kedua : Sekiranya dia sudah memeluk Islam dia wajib menanggalkan tatunya untuk menjalani ibadah. Menanggalkan tatu pula sekiranya memudaratkan kepada tuan punya badan dimaafkan. Memudaratkan di sini bermaksud menyakitkan atau melukakan seperti mengikis menggunakan sesuatu yang tajam. Namun, dimaafkan di sini tidak semestinya hamba tersebut boleh terlepas daripada hukum haram. Dia kena berazam untuk menghilangkan tatunya tersebut sedikit demi sedikit sehingga hilang. Pendek kata, kena ada satu usaha, tindakan dan azam yang kuat untuk menghilangkan tatu tersebut sebagai memenuhi tuntutan syarak.

Ketiga : Pandangan saya terhadap jemaah masjid pula adalah jemaah tersebut sangat kurang ilmu dan tiada pendekatan dakwah bil hikmah digunakan. Mereka hanya mengundang fitnah bagi Islam  itu sendiri. Sepatutnya, mereka perlu bimbing, perlu ajar si hamba ini kerana dia tidak tahu apa-apa berkenaan hukum hakam. If I were them, I will guide him, teach him, love him, show him the truth, lead him to the right path because this kind of people memeluk Islam dengan cara rela tanpa paksaan. Meaning that there is something  precious in his heart yang menyebabkan dia peluk Islam.

Buat hamba mualaf tersebut, banyakkan doa. Dalam dunia ramai manusia yang boleh dianggap sebagai ustaz, mursyid dan pembimbing yang hebat. Pendakwah yang hebat mengajar manusia bukan dengan cara kata-kata tetapi dengan menggunakan SELURUH KEHIDUPANnya dalam memberi tunjuk ajar dan nasihat yang baik.

Kembalilah....Islam itu satu agama yang sempurna dan menyeluruh dan Islam dikurniakan untuk sekelian alam.

If any inquiry, please do contact me 013-666 0473

No comments :

Post a Comment