IKLAN NUFFNANG

Thursday, April 10, 2014

BUDAK PENJUAL KUIH


Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajanya.

"Tak apalah dik...Abang dah pesan makanan," jawab saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima.Sampai di situ, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pakcik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihmya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan tempat duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang," katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul pesanan kesian di hati. Lantas saya buka dompet dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.


"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi kepada pengemis itu? Duit tu abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawab pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat kepada saya. Kalau dia tahusaya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya ke dalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

cerita-tauladan.blogspot


Monday, April 7, 2014

AMANAT JUTAWAN MUSLIM

7 Amanat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Kepada Usahawan Muslim

1. Fokus Sebelum Pelbagaikan Perniagaan

Beliau menasihatkan agar para usahawan fokus kepada satu perniagaan terlebih dahulu sehingga stabil dan menguntungkan sebelum mempelbagaikan perniagaan. Beliau mempelbagaikan perniagaan pertama beliau setelah stabil dan menguntungkan.

Perniagaan pertama perlu kukuh sebelum anda mempelbagaikan perniagaan supaya jika perniagaan yang baru kita ceburi tidak maju, maka kita boleh kembali kepada perniagaan pertama yang kita usahakan.

"Saya sendiri kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya sekarang, saya akan balik buat perniagaan yang mula-mula saya usahakan dulu. Perniagaan pertama saya masih beroperasi, lori dan kedai masih ada lagi di Kedah," tambah beliau dengan nada cukup rendah diri.

2. Kejayaan Perlukan Masa

Beliau juga nasihatkan agar usahawan muda jangan cepat nak berjaya. Setiap usaha sememangnya perlu melalui fasa kesusahan, cabaran dan sebagainya.

Beliau mengambil contoh diri beliau sendiri yang bermula dari bawah dengan membantu ayahnya menjual lembu dan kerbau di kampung sebelum mencapai tahap sekarang. Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang.

Biasanya apabila memperolehi kejayaan yang singkat, mudah jugalah untuk perniagaan yang kita usahakan itu jatuh. Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan yang senang.

3. Jangan Putus Asa

Ini adalah fasa yang kerap keluar dari mulut beliau. Beliau menjelaskan setiap perniagaan sama ada kecil ataupun besar akan mempunyai masalah, cabaran dan kerenah yang tersendiri. Oleh itu, para usahawan tidak boleh mudah berputus asa dan tunduk dengan masalah.

Saya ini tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan.

Beliau ada berkongsi susah payah mengenai perniagaan pertama yang beliau usahakan bersama rakan kongsi bukan bumiputera. Bagaimana rakan kongsi tersebut menekan beliau sehingga terpaksa menggadaikan dua lot tanah milik keluarga untuk dijadikan modal tambahan bagi mengekalkan penguasaan share majoriti di dalam syarikat Bukhary Rice Sdn Bhd.

"Kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya masa itu, maka kami sekeluarga boleh kehilangan tempat tinggal," jelas beliau.

4. Jangan Sekadar Mengharap Dibantu

Beliau sering mengingatkan bahawa beliau hanyalah orang biasa yang diberi peluang oleh kerajaan Apabila diberi peluang, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh terhadap peluang tersebut.

Oleh itu, beliau berpesan kepada semua usahawan agar bukan sekadar berharap untuk dibantu tetapi bersedia dari segi fizikal dan mental untuk dibantu.

Ramai orang Melayu apabila kerajaan anugerahkan projek, mereka lebih cenderung untuk berikan projek tersebut kepada syarikat lain untuk usahakan kerana mengejar keuntungan jangka masa pendek. Majoriti syarikat Melayu akan berikan projek kepada syarikat bukan bumiputera untuk mengusahakannya sebagai sub company. Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti.

Saya diberikan 3 permit lori untuk membawa beras dan saya apply loan MARA untuk membeli lori. MARA berikan saya cukup-cukup RM110 000 untuk belikan sebuah lori. Ada usahawan cina datang nak beli atau sewa dua lagi permit saya, tetapi saya tak bagi Tak mengapa, biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti.

5. Yakin Dengan Diri Sendiri

Beliau juga mengharapkan agar para usahawan yakin dengan diri sendiri dan apa yang sedang diusahakan. Ramai usahawan bumiputera tidak boleh berjaya bukan kerana idea mereka tidak bagus, tetapi kerana tidak yakin dengan diri mereka.

Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. InsyaAllah bila yakin, Allah akan permudahkan urusan kita.

6. Berniaga Bukan Untuk DIri Sendiri

Beliau terkenal sebagai seorang usahawan yang banyak memberi kembali kepada masyarakat. Malah beliau mempunyai lebih kurang 260 000 pekerja yang berkait secara langsung ataupun tidak dengan semua syarikat milik beliau. 80% diperuntukkan untuk golongan bumiputera.

Apa yang lebih menarik, beliau tidak menjual perniagaan beliau kerana memikirkan nasib  golongan yang bergantung kepada syarikat beliau untuk mendapatkan sumber rezeki.

Jika saya menjual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan.

Kedai dan lori-lori untuk perniagaan pertama saya masih lagi di Kedah. Perniagaan itu masih berjalan seperti biasa. Setiap lori akan ada tiga orang pemandu, jika saya menjual lori maka secara tidak langsung keluarga Islam Melayu akan hilang sumber pendapatan.

7. Usahawan Islam Ada Akhirat

Beliau juga berpesa bahawa setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan bukan Islam. Usahawan Islam berniaga untuk mendapat manfaat di dunia akhirat tetapi usahawan bukan Islam berniaga untuk dunia sahaja.

Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur juga. Paling penting kita terus berusaha.

Jadi jangan risau kalau kita tengok kenapa bangsa lain yang bukan Islam lebih berjaya di dalam perniagaan kerana Allah dah janjikan dunia buat mereka.



Sunday, April 6, 2014

NIKMAT

Nikmat ialah setiap apa yang dikurniakan yang bersifat sementara jika ditarik balik akan terasa kehilangannya (Junaidi, 2014).

Malangnya kita hanya memandang nikmat dari sudut materialistik.

Mata itu nikmat...jika buta?
Telinga itu nikmat...jika pekak?
Lidah itu nikmat...jika bisu?
Ibu ayah itu nikmat...jika tiada?
Kawan itu nikmat
Ilmu itu nikmat
Kereta itu nikmat

Hanya sedikit yang mensyukuri nikmat.
Nikmat itulah yang dipanggil REZEKI

Rezeki = setiap perkara yang memberi manfaat

Jom jadi orang yang bersyukur!
Bagaimana???

Salurkan segala nikmat/rezeki yang dikurniakan ke jalan kebaikan dan diredhaiNya.

"Jika kamu bersyukur, aku akan tambahkan lagi nikmat padamu, jika kamu kufur sesungguhnya azabKu amat pedih"


Saturday, March 29, 2014

PERCUTIAN PALING LAMA

Bismillah...

Hai...apa khabar semua? Minggu ni ramai yang sibuk bercuti di kampung sempena cuti sekolah. Aku pun tak terlepas ambil kesempatan tu untuk bercuti bersama family bermula Isnin-Jumaat (5 hari). Sebenarnya sangat jarang aku bercuti di kampung terlalu lama pada cuti-cuti biasa macam ni melainkan hari raya. Tapi entah la, sejak akhir-akhir ni aku rasa lost giler....jiwa rasa kosong... hati rasa nak memberontak...kepala stress giler...aku banyak mendiamkan diri...tak nak cakap dengan sesiapa so ubatnya ialah BACK HOME!

Itulah ubatnya dari dulu. Kalau aku balik rumah tu dan ambil masa yang lama maknanya ada la yang tak kena. Kalau aku balik rumah pun selalunya paling lama pun 2-3 hari untuk ziarah mak abah aku tapi kali ni terlajak sampai 5 hari. Maklumlah, freelance bisnes macam aku mana boleh bercuti terlalu lama dan kalau duduk rumah pun aku tak boleh duduk diam, ada saja aktiviti yang aku buat...biasanya aku akan habiskan masa di pondok jumpa Tuk Guru aku, tapi sekarang Tuk Guru aku dah meninggal dan sorang lagi dah balik ke Tapah.

So baru-baru ni, hari Isnin yang lepas aku plan dengan family aku untuk pergi melawat abang dan kakak ipar aku di Kuala Lipis. Dari KL aku naik train ETS ke Ipoh then family aku pick up dari Ipoh straight ke Kuala Lipis melalui jalan Cameron Highland. Aku bergilir drive dengan abah aku. Sampai Cameron Highland kami singgah sekejap beli buah tangan untuk abang aku. Lebih kurang malam la kami baru sampai K.Lipis. Terubat betul rindu aku pada anak buah aku tu...sorang berumur 4 tahun yang aku panggil Didi (boy) dan sorang lagi nak masuk 1 tahun (girl). Heaven giler rasa waktu tu....hilang semua masalah aku bila dapat bermain dengan diorang ni. Itu baru anak buah belum lagi anak sendiri...

Kami stay sana sampai Rabu...dan pagi Rabu tu terus kami shoot sekali lagi ke Cameron Highland. Walaupun aku dah bosan jalan-jalan CH (kali ke-4) ni tapi berjalan dengan family lain rasanya. Dulu aku ke CH ikut rombongan universiti dan menginap di hotel sana. Aku bawak family aku melawat ladang teh boh, Mardi dan lain-lain. Petangnya terus kami ke Ipoh untuk shopping barangan adik aku yang ada trip di Singapore katanya. Lepas balik dari Ipoh kami terus balik rumah di Pengkalan Hulu, Perak.

Cuti kali ni aku banyak baca buku dan ikut abah aku ke masjid. Ada 2 buku yang aku baca. Sebuah buku yang aku dah habis baca, Mudahnya Menjemput Rezeki karangan Ustaz Fathuri. Sangat menarik kupasan beliau mengenai rezeki. Aku syorkan korang baca buku ni. Buku ni membezakan bagaimana kita selaku muslim 'menjemput' rezeki dengan non muslim 'mencari rezeki'. Penulis banyak mengajak kita supaya melakukan apa yang Pemberi Rezeki suka. Ibarat meletakkan gula di suatu tempat kemudia selang berapa lama semut akan datang. Itulah analogi mudah menjemput rezeki berbanding kita mencari di mana semut berada. Aku akan cuba sedaya upaya mengamalkan apa yang diajar dalam buku tersebut. Beruntungnya aku dapat baca buku tu!

Buku kedua yang aku sedang habiskan ialah The Success Principles by Jack Canfield. Buku ni setebal hampir 500 page. Aku rasa this is the best book I ever read! Very interesting points to be implemented in our life. Aku baru baca sehingga principle yang ke-10. Kupasan yang sangat mendalam. Try la cari buku ni...rasanya terjemahan dalam bahasa Melayu pun ada kot tapi lagi puas baca dalam English.

Sambil baca buku di rumah, sambil habiskan masa bantu mak aku memasak. Bantu abah aku tangkap ayam di reban belakang rumah. Petang semalam abah aku bawak aku ke tanah pusakanya supaya aku ada idea untuk buat sesuatu. Aku dah decide nak buat rumah berkembar 2 tingkat 4 pintu semua...2 bawah 2 atas untuk disewakan. But it needs money....long term investment.

Begitulah kisahnya cuti aku kali ni. Secara keseluruhannya, persoalan yang bermain di minda aku, kosongnya jiwa aku, buntunya aku selama ni dah terjawab melalui pembacaan. Next topic nanti aku nak share dengan korang berkaitan apa itu yang dimaksudkan dengan Rezeki yang akan membuatkan korang rasa sangat sangat sangat bersyukur dan nak teruskan perjuangan hidup dengan penuh semangat dan harapan. Aku akan share sikit apa yang diajar dalam buku itu bahawa apa yang terjadi dalam hidup kita ini semuanya dah dicatur dan diatur dengan baik dan teliti yang memberi kita hikmah dan kebaikan cuma cara kita menilai saja yang menentukan kita di tahap mana. Teruskan membaca!

Jam dah pukul 7.15...jom maghrib berjemaah di masjid!

Wallahualam...


Saturday, March 22, 2014

URUTAN OKSIGEN

Tingkatkan pengambilan oksigen dengan Guasa

Guasa merupakan terapi purba yang telah digunakan lebih dari 3000 tahun untuk meningkatkan peredaran darah. Peredaran darah yang lebih baik meningkatkan pengangkutan oksigen dan nutrien ke sel-sel sambil menyingkirkan sisa-sisa metabolik dan toksik dari tubuh.



Guasa menggunakan teknik 'mengikis' ke atas bahagian-bahagian tertentu tubuh, terutamanya 12 laluan meridien tubuh kita, dengan papan Guasa dan minyak atau krim untuk membuang toksin yang menyebabkan gangguan kepada peredaran darah.. Toksin-toksin ini, bersama-sama dengan sel-sel tua dan mati pada permukaan kulit, akan terkumpul pada tompok merah yang dipanggil "Sha". Kekerapan melakukan guasa akan membantu mengenal pasti masalah kesihatan seseorang dan melajukan peredaran darah, lantas menghasilkan :

1. Peningkatan dalam 'qi' positif (kandungan oksigen) dalam tubuh

2. Pengurangan 'yang qi' yang berlebihan (kepanasan dan kekeringan patogenik)

3. Meningkatkan metabolisme

4. Meningkatkan kecergasan dalaman dan tahap tenaga

5. Mengurangkan sakit kepala dan meningkatkan kepekaan mental

6. Melegakan otot-otot yang bengkak, sakit sendi dan keletihan

7. Sistem imun yang lebih kuat

Papan Guasa




Diperbuat daripada tanduk seladang, ia mempunyai keupayaan luar biasa untuk menyingkirkan kepanasan patogenik dan toksin dalam tubuh tanpa melukakan kulit atau menyebabkan kesakitan

Minyak Aro Guasa




Mengandungi ekstrak beri juniper, rosemary, thyme, halia dan lada hitam untuk meningkatkan peredaran 'qi' dan darah, menggalakkan kesihatan keseluruhan dan menyahtoksinkan tubuh

Untuk info lanjut mengenai perkhidmatan guasa, 

Sila KLIK >>>>  GUASA VIA FB




Wednesday, March 19, 2014

11 TANDA ORANG BAHAGIA

Bismillah...

Pernah anda rasa bahagia? Jom sama-sama kita muhasabah diri kita, adakah kita benar-benar bahagia.

Yang dikatakan bahagia itu ada 11 tanda menurut pendapat Ustaz Dato' Ismail Kamus.

1. Kurang bercakap, melainkan yang perlu

2. Sentiasa merendah diri (tawaduk)

3. Berkasih sayang sesama makhluk

4. Bersahabat dengan orang soleh

5. Menjauhi daripada yang haram

6. Berguna kepada masyarakat

7. Tidak rakus dengan dunia

8. Memelihara solat 5 waktu

9. Sentiasa mengingati mati

10. Pemurah dan baik hati

11. Sibuk dengan ibadah

Anda ada kesemua ciri-ciri di atas?

Jika masih kurang, jom sama-sama kita perbaiki diri. Mana yang kurang kita tampung-tampung.
Moga kita dipilih oleh Allah menjadi insan yang bahagia di dunia mahupun di akhirat. Amin ya Rabb


MY DREAM HOUSE

Bismillah...

Ruangan kali ni aku nak tunjuk pada kamu semua Rumah Impian aku...hehe. Aku ni kalau berimpian memang giler2 macam mustahil, macam di awangan gitu...

Sebenarnya design Rumah Idaman aku telah direka tahun 2012 lagi. Ketika tu aku masih melakukan hometuition dari rumah ke rumah dan kesemua rumah tersebut besar-besar belaka. Ada yang 3 tingkat, 5 tingkat...ada yang dikelilingi kolam renang. Kereta mewah jangan cakap la....maklumlah aku mengajar anak kerabat di raja, ahli politik dan lain-lain. Ini menjadikan aku berimpian besar untuk jadi seperti mereka tapi in my own style!

Aku check balik design yang aku buat dulu dan kemudian aku matching dengan gambar-gambar yang aku upload dari internet. Aku buat kerja ni dari pukul 12-5 pagi! Semalaman tak tidur hanya berimaginasi...memang giler kan? 

Ramai orang cakap aku giler termasuk mak aku...hehe. Bila aku cakap pasal impian aku, mak aku sendiri pun macam tak percaya. Tapi tak apa...memang aku giler pun and I like to be crazy! Asalkan aku happy...haha.

Aku nak anak ramai dan kalau boleh semua lelaki =) kalau boleh aku nak mak abah aku duduk dengan aku. So rumah kena besar...3 tingkat dan mempunyai surau untuk jemaah luar supaya rumah itu nanti sentiasa 'hidup' dan tidak sunyi.

Jom explore....ini hanya imaginasi aku ok ;)



Ruang tamu utama yang berada di first floor.




Ini pulak ruang tamu kedua (first floor) yang berada bersebelahan surau untuk 
sembang2 santai jemaah surau.




Ini ruang tamu ketiga (first floor) untuk tetamu2 kecil a.k.a kawan anak-anak

Ruangan santai untuk 2nd floor pulak ada beberapa design.....


Design pertama - nampak sangat santai



Design kedua - santai yang agak formal


Design ketiga - haa yang ni mungkin menjadi pilihan pertama!


Di bawah ni pulak ruang rehat yang mengadap view kolam renang dari tingkat 2



Design pertama


Design kedua - nampak terlalu besar but looks elegant!

Then, ini pulak ruang 3rd floor yang menempatkan mini library dan bilik tetamu


Ruangan santai 3rd floor


Design pertama mini library



Design kedua



Design ketiga


Design keempat


Design kelima ni rasanya yang paling sesuai


Now, aku nak tunjuk imaginasi aku dengan view belakang rumah


Haaa...yang ni yang aku nak cerita! Actually, aku dah design dan dah terbayang macam mana kawasan belakang rumah aku will look like..dan bila aku search internet suddenly keluar yang ni..wah!!!!! this is exactly what I did imagine before! Sebijik sejibik!

Dan mungkin design nya boleh dikombinasikan dengan beberapa design yang lain seperti di bawah ni :



 Cantikkan? Macam fairy tale gitu....berendam malam bersama isteri dan anak-anak dengan pantulan cahaya bulan.....perghhhhhh!!!



Close view


Ruang tingkat bawah mengadap kolam renang




Mungkin boleh ditambahkan lagi seni bina seperti yang ini.



dan juga yang ini....ruangan santai untuk menyedut angin malam di belakang rumah


Sekarang pulak bagaimana bentuk dapur yang aku impikan. Dapur terdiri daripada 3. Dapur ringkas (dapur kering), dapur basah (main kitchen) dan juga dapur untuk makanan ringan (light dish).



Ini dapur utama..a.k.a dapur basah tapi nampak macam crowded maybe because of colour



Design yang ni pun cantik jugak...dan menenangkan



atau yang ini?





yang ni pun ok...nampak teratur

 

Yang ni boleh dijadikan dapur kering



Ruangan santai di dapur


Dapur untuk serve light dish/beverage/snack...huh curlass btul!


Gambaran keseluruhan berkaitan rumah sampai sekarang aku tak dapat imagine how it looks like! Tapi lebih kurang macam ni la walaupun nampak sangat tak tepat



Tapi ni nampak agak sempit sikit


Yang ni pulak nampak macam tahyul khurafat.....baik pergi sunway lagoon je!

So, aku pun tak tau....nak kena imagine kuat lagi. Selalunya aku dapat dalam mimpi!

Begitulah hasil impian aku....aku rasa kalau betul2 nak buat seperti mana yang diimpikan, total price rasanya RM10-20 juta...Ini target impian ketika umurku mencecah 40 tahun. Now 27....so aku bagi masa pada diri aku 13 tahun lagi. 

Jika impian tak perlu dibayar dengan wang ringgit, jadi mengapa tidak untuk berimpian?

Mimpi je la....bukan susah pun!

Well, sekian presentation aku untuk ruangan kali ini. Harap terhibur