IKLAN NUFFNANG

Saturday, March 29, 2014

PERCUTIAN PALING LAMA

Bismillah...

Hai...apa khabar semua? Minggu ni ramai yang sibuk bercuti di kampung sempena cuti sekolah. Aku pun tak terlepas ambil kesempatan tu untuk bercuti bersama family bermula Isnin-Jumaat (5 hari). Sebenarnya sangat jarang aku bercuti di kampung terlalu lama pada cuti-cuti biasa macam ni melainkan hari raya. Tapi entah la, sejak akhir-akhir ni aku rasa lost giler....jiwa rasa kosong... hati rasa nak memberontak...kepala stress giler...aku banyak mendiamkan diri...tak nak cakap dengan sesiapa so ubatnya ialah BACK HOME!

Itulah ubatnya dari dulu. Kalau aku balik rumah tu dan ambil masa yang lama maknanya ada la yang tak kena. Kalau aku balik rumah pun selalunya paling lama pun 2-3 hari untuk ziarah mak abah aku tapi kali ni terlajak sampai 5 hari. Maklumlah, freelance bisnes macam aku mana boleh bercuti terlalu lama dan kalau duduk rumah pun aku tak boleh duduk diam, ada saja aktiviti yang aku buat...biasanya aku akan habiskan masa di pondok jumpa Tuk Guru aku, tapi sekarang Tuk Guru aku dah meninggal dan sorang lagi dah balik ke Tapah.

So baru-baru ni, hari Isnin yang lepas aku plan dengan family aku untuk pergi melawat abang dan kakak ipar aku di Kuala Lipis. Dari KL aku naik train ETS ke Ipoh then family aku pick up dari Ipoh straight ke Kuala Lipis melalui jalan Cameron Highland. Aku bergilir drive dengan abah aku. Sampai Cameron Highland kami singgah sekejap beli buah tangan untuk abang aku. Lebih kurang malam la kami baru sampai K.Lipis. Terubat betul rindu aku pada anak buah aku tu...sorang berumur 4 tahun yang aku panggil Didi (boy) dan sorang lagi nak masuk 1 tahun (girl). Heaven giler rasa waktu tu....hilang semua masalah aku bila dapat bermain dengan diorang ni. Itu baru anak buah belum lagi anak sendiri...

Kami stay sana sampai Rabu...dan pagi Rabu tu terus kami shoot sekali lagi ke Cameron Highland. Walaupun aku dah bosan jalan-jalan CH (kali ke-4) ni tapi berjalan dengan family lain rasanya. Dulu aku ke CH ikut rombongan universiti dan menginap di hotel sana. Aku bawak family aku melawat ladang teh boh, Mardi dan lain-lain. Petangnya terus kami ke Ipoh untuk shopping barangan adik aku yang ada trip di Singapore katanya. Lepas balik dari Ipoh kami terus balik rumah di Pengkalan Hulu, Perak.

Cuti kali ni aku banyak baca buku dan ikut abah aku ke masjid. Ada 2 buku yang aku baca. Sebuah buku yang aku dah habis baca, Mudahnya Menjemput Rezeki karangan Ustaz Fathuri. Sangat menarik kupasan beliau mengenai rezeki. Aku syorkan korang baca buku ni. Buku ni membezakan bagaimana kita selaku muslim 'menjemput' rezeki dengan non muslim 'mencari rezeki'. Penulis banyak mengajak kita supaya melakukan apa yang Pemberi Rezeki suka. Ibarat meletakkan gula di suatu tempat kemudia selang berapa lama semut akan datang. Itulah analogi mudah menjemput rezeki berbanding kita mencari di mana semut berada. Aku akan cuba sedaya upaya mengamalkan apa yang diajar dalam buku tersebut. Beruntungnya aku dapat baca buku tu!

Buku kedua yang aku sedang habiskan ialah The Success Principles by Jack Canfield. Buku ni setebal hampir 500 page. Aku rasa this is the best book I ever read! Very interesting points to be implemented in our life. Aku baru baca sehingga principle yang ke-10. Kupasan yang sangat mendalam. Try la cari buku ni...rasanya terjemahan dalam bahasa Melayu pun ada kot tapi lagi puas baca dalam English.

Sambil baca buku di rumah, sambil habiskan masa bantu mak aku memasak. Bantu abah aku tangkap ayam di reban belakang rumah. Petang semalam abah aku bawak aku ke tanah pusakanya supaya aku ada idea untuk buat sesuatu. Aku dah decide nak buat rumah berkembar 2 tingkat 4 pintu semua...2 bawah 2 atas untuk disewakan. But it needs money....long term investment.

Begitulah kisahnya cuti aku kali ni. Secara keseluruhannya, persoalan yang bermain di minda aku, kosongnya jiwa aku, buntunya aku selama ni dah terjawab melalui pembacaan. Next topic nanti aku nak share dengan korang berkaitan apa itu yang dimaksudkan dengan Rezeki yang akan membuatkan korang rasa sangat sangat sangat bersyukur dan nak teruskan perjuangan hidup dengan penuh semangat dan harapan. Aku akan share sikit apa yang diajar dalam buku itu bahawa apa yang terjadi dalam hidup kita ini semuanya dah dicatur dan diatur dengan baik dan teliti yang memberi kita hikmah dan kebaikan cuma cara kita menilai saja yang menentukan kita di tahap mana. Teruskan membaca!

Jam dah pukul 7.15...jom maghrib berjemaah di masjid!

Wallahualam...


No comments :

Post a Comment