IKLAN NUFFNANG

Wednesday, March 23, 2011

HATI YANG TERLALU KOTOR

Salam...

Selamat pagi semua..moga anda ceria di pagi hari. Jam menunjukkan pukul 7.10 am. Sebelum saya nak mulakan kerja pada hari ini yang sudah pun dirancang pada malam semalam sebelum tidur, saya nak ambil kesempatan untuk keluarkan satu entri berkenaan HATI.

Sangat sedih hari ini dan hari-hari yang lepas, bila jumlah jemaah yang datang subuh di surau tak sampai 5 orang...itu hanyalah lelaki manakala perempuan tiada langsung. Emm...itu pun yang datang kebanyakan student foreigner..mana perginya local student?

Sebenarnya benda ni dah lama nak sentuh tapi biarlah diam dulu, nak tengok apa reaksi ajk yang bertanggungjawab. Komen daripada saya, tak perlulah adakan aktiviti yang gempak-gempak. Jemput penceramah yang hebat-hebat tapi surau tak diisi dengan solat berjemaah, for me it's nothing!

Bila turun dari surau ikut jalan raya menuju ke gelanggang basket ball, rata-rata bilik gelap. Boleh kira tak sampai 10 bilik yang bercahaya. Ini bermakna penghuninya masih belum bangun dari tidur. Agaknya bila subuh mereka? Aduyai sedih betul....dulu waktu jadi Pengerusi Balai dan Presiden bolehlah juga nak kerahkan ajk dan seangkatan dengannya turun ke surau tapi bila dah jadi pihak pengurusan susah juga....ingat ke lagi berada di atas lagi senang nak gerak tapi sebaliknya.....fikir-fikirkanlah.

Itulah sebabnya, tak ramai yang cemerlang dalam study...mungkin ini merupakan satu bala yang tidak disedari...

Hati bila terlalu kotor nak buat apa pun jadi malas..kita dah tak nampak malah tak sedar yang mati itu hampir dan pasti! Tuhan dah remind melalui Tsunami, cuaca yang tidak menentu (asyik hujan walau bukan musimnya) sejak akhir-akhir ini, fitnah berleluasa terutamanya politik di Malaysia baik kerajaan mahupun pembangkang dan lain-lain lagi tetapi kita masih leka....

Ingin saya berkongsi beberapa ilmu yang tidak seberapa berkenaan ubat untuk bersihkan hati. Sama-samalah kita amalkan..

1. Baca Quran

Berapa ramai di kalangan kita yang baca quran setiap hari? cuba angkat tangan macam saya........=)
Wah begitu TAK ramai!!!!!

Kita baca quran ni mestilah setiap hari. Tergamakkah kita surat khabar, berita boleh dibaca setiap hari tetapi quran diabaikan. Jadikanlah quran ni bahan pembacaan wajib setiap hari. Lepas subuh terus buka dan baca. Sikit pun jadilah.

2. Solat Malam

Ni jangan cerita la....subuh pun tak settle jangan nak masuk isu ini pulak....
Memang nak amal sangat susah kena ada azam dan tekad. Sekarang ni kan subuh jam 6.06 am..apa lah salahnya kalau bangun awal sikit jam 5 am or 5.30 am ke....then terus solat 2 rakaat tahajud. Tapi tu la....bila time bola boleh je bersengkang mata tapi bila time bangun malam........

Ini maknanya apa??? Sengaja Tuhan tak pilih kita untuk mengadapnya....dia benarkan hati kita leka dengan bola, leka dengan borak kosong di kafe sampai lewat malam dan sengaja dia lelapkan kita sampai kekenyangan sehingga subuh pun terlajak.....Yes ini semua ketentuan Tuhan. Benarlah dikatakan Bangun malam ni bukan satu ibadah tetapi satu anugerah yang tak ramai miliki. Kena ada azam dan tekad seperti tidur awal barulah Tuhan pilih sebab kita dah pasang niat untuk bangun. Emm....

3. Bergaul dengan orang soleh

Ini memang susah juga sebab ramai di universiti orangnya tak berapa nak soleh..ni saya akui. Susah nak cari sahabat yang mana bila tengok dia teringat nak solat, bila bergaul dengan dia hati jadi sejuk, bila berbual dengan dia ilmu kita peroleh. Yang ada hanyalah kawan yang boleh bagi kita ketawa berdekah-dekah yang hanya mampu mengundang titik hitam di hati....

Tak salah nak bergurau tapi jangan berlebihan sehinggakan jumpa saja, pasti ada topik kelakar untuk diceritakan. Kawan macam ni kurang bagus...memang dia menceriakan keadaan pada masa yang sama menggelapkan hati.

4. Berpuasa

Ini lagi susah. Kalau macam saya susah jugaklah sebab kelas sampai malam...kalau puasa tak ada masa nak berbuka...makan malam selalu skip. Tapi tak mengapa, dah pasang niat...kena slowly2....

5. Zikir malam

Zikir malam ketika melakukan qiamullail memang berkesan untuk cuci hati. Tapi tulah bila subuh pun tak bangun apatah lagi nak berzikir.

Cuba try test satu hari...bangun awal pagi terus bersih diri pergi ke surau. Bukak satu lampu je....lepas solat duduk berzikir....fuhh!!!! memang nikmat. Kita akan rasa diri kita ni betul-betul hampir dengan Tuhan, betul-betul Tuhan sayang....kalau amalkan ni, insyaAllah banyak rezeki yang tak tahu datang dari mana akan muncul depan kita dalam masa terdekat. Ini saya cakap berdasarkan pengalaman peribadi bukan rekaan...Jangan percaya!!! tapi buat dulu kemudian tengok hasilnya!

Itu saja lah entri kali ini..banyak kerja nak buat hari ini. Memang sangat teruja nak siapkan kerja! Yess come on...let's do it!!!!!!