IKLAN NUFFNANG

Friday, April 8, 2011

LANGKAH PERTAMA...HERE WE GO!!

Alhamdulillah...setelah bertungkus lumus, berhempas pulas hampir 2 bulan, website perniagaan rasmi saya akhirnya berjaya disiapkan..




Website ini merupakan salah satu langkah yang pertama dalam kerjaya yang saya ceburi untuk jangka masa panjang bagi menjana pendapatan pasif.

Dengan tertubuhnya website ini sedikit sebanyak dapat membantu pesakit-pesakit diabetes di Malaysia yang menjadi pembunuh nombor satu. Kita semua sedia maklum, ramai di kalangan pesakit diabetes yang merana dan berakhir dengan kudung tangan dan kaki tetapi dengan adanya produk yang menakjubkan ini, ramai yang telah sembuh sehingga timbul persoalan di kalangan pakar perubatan bagaimana boleh sembuh seperti sedia kala tanpa ada mana-mana anggota badan terkorban...

DR. XENIJI jawapannya...



Di dalam website ini juga terkandung pelbagai testimonial pengguna yang telah mencuba produk tersebut. Untuk maklumat lebih lanjut, dalam ruangan blog akan dipaparkan lebih banyak lagi testimonial untuk keyakinan dan kepuasan hati pelanggan untuk mencuba produk ini.

Akhir kata, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru yang mengajar saya secara maya tidak lain tidak bukan Dr. Irfan Khairi di atas tunjuk ajar 'Cara membina laman web' dan '101 kaedah promosi perniagaan'.



Juga kepada para Jutawan Malaysia ; Dr. Azman Ching, Chef Ismail, Datuk Dr. Maznah Hamid, Norman KRU, Abang Abu dan Billi Lim...suntikan semangat, motivasi dan tip-tip perniagaan yang berharga yang kalian curahkan sewaktu di Konvensyen Dari 0 Sampai Jutawan tidak pernah dilupakan.









Tidak lupa juga kepada En. Husz yang banyak membantu dalam memperbaiki mutu dan design laman web sedia ada. Bantuan kalian amat dihargai, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Ini hanya merupakan langkah pertama dalam perniagaan maya...umpama sebuah kedai tidak akan lengkap tanpa mengetahui produk yang dijual begitu juga sebuah laman web menjadi tidak lengkap tanpa publisiti. InsyaAllah, usaha seterusnya bakal menyusul.



Mudah-mudahan berkat doa semua, saya berjaya dalam bidang yang dibawa...akademik, pendidikan, perniagaan dan penulisan.

Wallahualam


1 comment :

  1. Here we go~ I can survive in this world
    Here we go~ Here we go! Here we go!
    Here we go~ Here we go! Here we go!
    What more could I hope for, I can survive in this world

    ReplyDelete