IKLAN NUFFNANG

Monday, April 25, 2011

SOALAN DARIPADA PENGUNJUNG BLOG

Salam..

Soalan : Bagaimana jika ketika sedang duduk tahyat akhir, lutut terangkat (tidak cecah lantai). Adakah sah solat?

Jawapan : Solat SAH walaupun lutut terangkat. Duduk bagi tahyat akhir dan selawat salam adalah rukun solat yang ke-11. Duduk pada ketika ini dipanggil duduk tawarruk (duduk memeha). Perkataan tawarruk berasal daripada warkun (peha). Adapun duduk ketika tahyat awal dan duduk antara dua sujud dipanggil duduk Iftirasyi.

Hukum duduk tawarruk dan iftirasyi hanya SUNAT sahaja. Duduk bagaimana sekalipun masih sah solatnya kecuali bertenggong kerana keadaan ini tidak dinamakan duduk.

Rujukan : Kitab Feqah Mathla'ul Badroin