IKLAN NUFFNANG

Thursday, February 27, 2014

GIRLFRIEND

Bismillah....

Assalamualaikum....salam ceria!

Sementara nak tunggu pukul 5.30pm (ada appoinment)...sempat lepak jap sambil blogging.

Ruangan kali ni aku nak berbicara soal PEREMPUAN. Tak pernah dan jarang aku sembang pasal perempuan ni sebenarnya.....tapi kali ni aku nak cerita sikit santai-santai ek jangan serius sangat ;)

Dulu waktu aku sekolah rendah, kawan-kawan aku seimbang la lelaki dan perempuan. Dulu waktu kecik-kecik memang social sikit...sangat social dan tak tau malu. Kalau dengan lelaki aku selalu main bola sepak, rounders (macam softball) dan guli. Kadang-kadang main polis sentry dan selalunya kalau aku jadi pencuri tu susah jugakla orang nak dapat kejar aku (sebab aku dulu atlet olahraga...hehe bangga skit!).

Kalau perempuan pulak suka ajak aku main lompat getah....haha. Dan aku selalu champion dalam lompat getah ni! Perempuan mesti kalah....Emm tapi yang aku pelik sampai sekarang tak dapat cari jawapan...kawan-kawan perempuan dulu selalu belanja aku...pernah sampai diorang bagi duit kat aku. Aku ingat lagi ada seorang perempuan ni dia bagi aku RM2 for no reason.....aku masih ingat nama dia dan even dia ada dalam friend list fb aku, tapi aku segan nak tegur. Bayangkan bagitau aku kata nak jumpa dekat taman permainan then terus hulur kat aku RM2. Aku pun terpinga-pinga...maklumlah dulu mana tau erti macho nak tolak pemberian perempuan so aku terima je la. Waktu dulu nilai RM2 pada tahun 1997 (darjah 4) besar tu....bila aku cerita kat mak aku dia pun senyum je. Hadiah waktu birthday aku jangan cerita la....

Pernah jugak waktu aku darjah 6, ada budak darjah 4 perempuan ni dia panggil aku di kantin kemudian dia hulurkan aku 30 sen...hahaha. Aku Tanya untuk apa? Dia kata saja-saja. Tapi kali ni aku tak ambil sebab aku tau dia pun susah. Time ni aku jadi Ketua Pengawas kat sekolah jadi semua murid sekolah tu kenal aku..mungkin sebab tu kot..cewah!!

Time aku sekolah rendah aku ada 4 orang kakak angkat...hehe. Best giler! Aku pun tak tau kakak angkat tu apa fungsi dia sebab aku tak ada kakak dan tak ada adik perempuan. Keluarga aku semua lelaki so aku rasa macam awkward giler tapi aku tak menolak. Aku ok je waktu tu...kesannya diorang selalu belanja aku makan dan selalu call aku kat rumah. Dan selalunya bila call kat rumah mak aku yang akan angkat. Dia akan tapis dulu....dia tak bagi aku bercintan cintun ni.

Time sekolah menegah pulak, aku dah jadi pemalu, penyegan dengan perempuan. Waktu tingkatan 1 aku ada seorang kakak angkat dan seorang abang angkat....diorang banyak jaga aku dari dibuli! Maklumlah sekolah asrama ni banyak kes buli so aku terselamat la sebab aku ada well protection..hehe. Dan ramai abang-abang main pipi aku sebab diorang kata aku comel (diorang yang kata bukan aku kata so jgn marah aku ;).

Aku jugak ada kumpul surat-surat yang setiap pagi ada orang yang letak bawah meja tempat duduk aku dalam kelas. Surat tu pulak dari orang yang berbeza. Ada yang umur sebaya dan ada dari senior. Isi kandungan dalamnya pulak tak ada la mesej-mesej cinta tapi banyak kata hikmah.

Tingkatan 2 aku dah pindah sekolah...dari SMKA Slim River ke SMKA Baling. Waktu di SMKA Baling aku dah start serius. Memang tak tegur perempuan langsung. Aku pulak jadi malu yang teramat tak tau apa punca. So communication aku dengan perempuan jadi breakdown. Pernah aku dapat surat laying dari seorang perempuan yang aku tak kenali (sebab gaya bahasa macam perempuan), dalam surat tu dia kata aku sombong, berlagak.....aduhhh sedih aku.

Lepas saja tingkatan 3 aku ditawar masuk ke Kolej Islam Klang, lagi la teruk komunikasi antara laki dan perempuan. Breakdown habis! Kami nak cakap pun sampai tunduk-tunduk muka. Tak berpeluang langsung nak borak-borak.

Bila masuk university memang ada sedikit rasa kurang selesa bila susasana yang agak social dan aku tau yang aku perlu berubah. Bukan untuk jadi social tapi perlu mix around supaya memudahkan kerja aku. Bila jadi student leader then baru la aku mula bergaul dengan perempuan.

Last thing sampai ke tahap jodoh pun aku masih malu......mak aku selalu tanya aku ada tak kawan perempuan tapi aku cakap dengan nada gurau.."ramai....berselerak!". Aku kalau boleh nak elak dari orang Tanya pasal jodoh lebih-lebih lagi mak aku. Rasa kurang selesa...sebab tu la bab jodoh ni aku bertawakal je...tapi Alhamdulillah...itu dulu...sekarang situasi dah berbeza. Tak perlulah nak hurai lebih-lebih...it's my privacy.

Ada lebih 10 orang perempuan yang aku boleh kategorikan sebagai wanita solehah yang approach aku secara personal tapi............

Bagi aku Saiditina Khadijah pun melamar Rasulullah dengan cara perantaraan Maisarah, so aku prefer cara tu. Perigi cari timba tak ada masalah tapi mesti ada orang yang tolong cedokkan bukan timba tu jalan sendiri!

Kat sini aku nak mintak maaf pada perempuan especially yang mungkin ada aku sakiti hati diorang...tapi aku tak ada niat. Sebenarnya ramai lelaki kat luar sana yang lebih baik dari aku. Aku ni tak ada la baik sangat...luaran je nampak baik tapi biasa je. Semua orang ada kelemahan sendiri dan semua orang dalam usaha memperbaiki kelemahan itu.

So aku nak stop setakat ni jela...jam dah nak pukul5.30. Perkongsian kali ni mungkin Nampak macam bosan giler tapi sekadar nak share cerita berkaitan makhluk Allah yang bernama perempuan.

Perempuan darjatnya tinggi di sisi Allah jika solehah.....
Perempuan perhiasan dunia jika dijaga maruah....
Perempuan cintanya dengan lelaki soleh sampai ke jannah....




1 comment :

  1. Assalammua'laikum.. Thanks for sharing such a beautiful yet funny written story of your life about 'girlfriend'.. Wishing u the best and happy journey through life ya.. Happy always..

    ReplyDelete