IKLAN NUFFNANG

Thursday, May 8, 2014

BADAN KITA DOKTOR TERBAIK (SAMBUNGAN 1)

Kulit 

1. Peluh masin

Badan mengandungi lebihan asid urik.

2. Peluh berbau

Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

2. Ruam dan bisul

Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

3. Kulit gatal dengan ruam

Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

4. Kulit pecah dan berair

Proses buangan toksin yang larut dalam air. 


Rambut



Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


Sendi, tangan dan kaki

1. Sakit sendi

Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit gout.

2. Sakit di bahagian bahu

Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan metabolisme tidak seimbang.

3. Kebas tangan

Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

4. Kebas tangan kiri dan lengan

Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

5. Kebas kaki

Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

6. Sakit tapak kaki

Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

7. Sakit tumit kaki

Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

8. Rasa panas di tapak kaki

Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

9. Gatal di celah-celah jari

Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong foot).


Kepala



Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

1. Pening/sakit bahagian depan kepala

Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

2. Pening/sakit di bahagian belakang kepala

Bahagian atas menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
Bahagian bawah (tengkuk) menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

3. Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga

Menandakan penyakit migrain.

4. Bisul di kepala

Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

5. Rasa pening yang memusing

Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


Mulut/kerongkong/lidah loya/muntah

Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksin dari bahagian perut.

1. Muntah darah
Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong
Darah hitam : Pembuangan tisu yang telah rosak di bahagian perut, misalnya penyakit ulser

2. Lidah rasa tegang dan pendek

Tanda sakit jantung

3. Keluar air liur yang pekat

Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

No comments :

Post a Comment