IKLAN NUFFNANG

Thursday, May 1, 2014

13 PANTANG LARANG ORANG MELAYU

Bismillah...

Orang Melayu memang terkenal dengan pantang larangnya dan akan disampaikan pada generasinya turun temurun. Tapi, sejauh manakah pantang larang tersebut kekal relevan?

Jom kita tengok...adakah anda masih mengamalkannya atau tidak.

1. Anak dara jangan menyanyi di dapur nanti dapat suami tua



2. Budak-budak jangan duduk atas bantal nanti punggung berbisul



3. Jangan angkat kaki masa meniarap nanti mak mati



4. Orang perempuan jangan letak pinggan atas tangan ketika makan, nanti takut rampas suami orang

5. Jangan intai orang mandi, nanti mata kena ketumbit

6. Jangan buka payung dalam rumah, nanti ular masuk



7. Makan jangan berubah-ubah tempat, nanti kahwin ramai

8. Jangan duduk tepi tangga, nanti susah nak dapat jodoh

9. Jangan potong kuku waktu malam, nanti dapat sial

10. Jangan tinggalkan pinggan atas meja selepas makan, nanti lambat dapat menantu

11. Kalau nampak pelangi, jangan tunjuk dengan jari nanti jari kudung

12. Jangan asah pensil sampai jadi lebih pendek dari jari kelingking, nanti mak cepat mati



13. Waktu maghrib budak-budak jangan main di luar rumah, nanti disorok hantu


Hehe..apa-apa pun ada yang masih relevan ada yang tak boleh pakai langsung. Pokoknya, semua ini tak boleh dijadikan hujah kerana segalanya bergantung pada takdir.

Wallahualam..