IKLAN NUFFNANG

Friday, February 26, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL

Hari ini Jumaat bersamaan dengan 12 Rabiul Awal merupakan hari yang cukup bermakna dalam sejarah umat Islam di mana junjungan besar Nabi saw telah diputerakan (dilahirkan).

Menyingkap kembali bagaimana sejarah nabi diputerakan, memang sungguh menusuk kalbu bagi sesiapa yang mendengarnya.

Nabi dilahirkan dalam keadaan yatim tidak berayah. Aminah, ibu nabi melahirkan nabi dalam keadaan sungguh mudah tiada kesakitan langsung bahkan tiada petanda sakit yang kebiasaannya dirasai oleh ibu-ibu mengandung sebelum melahirkan anak mereka. Ketika itu waktu awal pagi yang damai lagi tenang, seluruh alam seolah-olah merasai ada seseorang pemimpin besar bakal dilahirkan kedunia, api yang besar lagi marak sembahan orang majusi terpadam dengan sendiri, bintang jelas kelihatan di langit, suasanan cukup tenang..di kala itu insan yang paling gembira menantikan kelahiran baginda adalah Abu Jahal, bapa saudara nabi di mana beliau telah bernazar akan mengorbankan unta setelah nabi dilahirkan.

Ketika Aminah sedang melahirkan Baginda, terbit cahaya pada faraj Aminah dan disaksikan oleh mak bidan. Baginda Nabi saw keluar dalam keadaan sudah berkhatan, bersih tidak diselaputi darah, dan dalam keadaan meniarap dengan kepala mendongak ke langit dan jari telunjuk sebelah kanan terangkat sedikit ke atas. Ramai yang menyaksikan itu berasa sungguh kagum dan merasai bahawa insan yang bakal dilahirkan ini bukan daripada golongan kebanyakan tetapi insan yang bekal merubahi dunia seisinya.

Begitulah serba sedikit kisah kelahiran Baginda. Justeru, saya mengajak sahabat-sahabat sekalian mengambil peluang pada hari yang penuh barakah ini untuk sama-sama memperbanyak selawat ke atas Rasulullah saw. Barangsiapa yang berselawat ke atas Nabi sekali, maka Allah akan berselawat (memberi rahmat) keatasnya sebanyak sepuluh kali ganda. Maka, perbanyaklah selawat moga kita menjadi umatnya yang mendapat syafaat di hari akhirat kelak.

Wallahua'lam