IKLAN NUFFNANG

Saturday, February 27, 2010

JANGAN KETAWA

Cerita ini berlaku beberapa tahun lepas...

Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari tempat kerja (shift malam). Tayar motor pancit pulak tu. Jadi kena lah tolak motor. Rumah jauh lagi. Sampai di satu simpang, Dol dan Man pun ambil la 'short-cut'. Nak cepat sampai sebab dah mengantuk sangat.

Tapi 'short-cut' tu lalu kubur cina. Seram juga dua orang tu tapi buat-buat berani sambil buat-buat lawak... tak nak tunjuk takut la tu. Tiba-tiba dengar macam bunyi orang mengetuk batu. Bulu roma Dol dan Man dah tegak...

Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu pada satu kubur. Rupa-rupanya seorang apek sedang memahat batu kubur.

"Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam...bikin orang suspen saja...esok siang buat laa...", kata si Dol (marah-marah).
"Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis..",kata apek tu...