IKLAN NUFFNANG

Monday, February 22, 2010

SEJARAH RINGKAS MUHAMMAD ABDUL WAHAB

Muhammad b. Abdul Wahab b. Sulaiman b. Ali b. Muhammad b. Ahmad b. Rashid b. Barid b. Musaraf an-Najdi at-Tamimi dilahirkan sekitar tahun (1115H @ 1703-1787M ) di daerah Najd. Ulama dan ahli sejarah berselisih pendapat tentang kelahiran Muhammad Abdul Wahab. Shaikh Ahmad Zaini Dahlan Mufti Syafie Mekah juga ahli sejarah Hijaz di dalam kitabnya menyatakan Muhamamd Abdul Wahab lahir pada tahun 1690M / 1111H. Sementara pada tahun 1694M / 1115H adalah pendapat segolongan Wahabi manakala pada 1703M / 1124H adalah ahli sejarah Barat. Muhammad Iqbal mengatakan beliau lahir pada 1700M / 1121H.

Jadi di sini ada 4 pendapat tentang kelahiran Muhammad Abdul Wahab iaitu :

1. 1111H / 1690 : Shaikh Ahmad Zaini Dahlan Mufti Syafie Mekah juga ahli sejarah Hijaz
2. 1115H / 1694 : Pendapat segolongan Wahabi
3. 1121H / 1700 : Muhammad Iqbal
4. 1124H / 1703 : Ahli sejarah Barat.

Jikalau kita perhatikan pendapat tersebut maka jarak antara keempat-empat pendapat tersebut adalah kira 13 tahun , antara pendapat Shaikh Ahmad Zaini Dahlan Mufti Syafie Mekah juga ahli sejarah Hijaz dan Pendapat segolongan Wahabi adalah 4 tahun manakala pendapat yang terbaru seperti Muhammad Iqbal dan Ahli sejarah Barat juga berbeza., jadi kita tinggalkan dulu tentang tarikh kelahirannya.

Sementara itu ayah beliau merupakan penentang kepadanaya anaknya sendiri juga seorang qadhi pada zaman pemerintahan Abdullah bin Muhamd bin Hamad bin Abdullah bin Mua'mar mashyur dengan gelaran 'Sohib Al-Uyainah', manakala datuknya pula adalah seorang mufti.

Muhammad Abdul Wahab sebelum berpindah ke Harimalah sebuah perkampungan di Najd, beliau telah belajar dengan ayahya di dalam mazhab Imam Ahmad bin Hambal ketika itu Muhammad Abdul Wahab masih remaja.

Segolongan wahabi berpendapat beliau dikatakan seorang yang cerdas, rajin membaca dan memutaalah kitab seperti tafsir, hadis, dan aqidah. Semasa beliau meninggalkan Al-Uyainah iaitu sebuah perkampungan di Najd beliau telah ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji dan seterusnya ke Madinah. Semasa di Madinah beliau bertemu dengan seorang alim iaitu Syeikh Abdullah bin Ibrahim bin Saif (dari keluarga Saif).

Sayid Mahmud Shukri Al-Alusi seorang penyokong wahabi di dalam kitabnaya : 'Tarikh Nadj' m/s 112 Maktabah Thaqafah Cairo , berkata : Muhammad Abdul Wahab mengingkar mereka yang beristighathah di maqam nabi .Kemudian dari Najd ke Basrah dan ke Syam. Ketika tiba di Basrah selama beberapa lama (tidak di sebutkan tempohnya) kemudian beliau bertemu dengan Syeikh Muhamamd Al-Majmu'i Semasa di Basrah Muhammad Abdul Wahab pun banyak mengingkari beberapa perkara , lalu masyarakat Basrah terasa dengan sikapnya dan kemudian beliau diusir dan dihalau keluar dari Basrah di waktu yang panas terik .Kemudian Muhamad Abdul Wabad diberi penempatan oleh Syeikhnya Muhamamd Al-Majmu'i.

Setelah itu Muhammad Abdul Wahab meninggalkan Basrah dan semasa di pertengahan jalan antara Basrah dan negeri Az-Zubair di waktu yang sangat panas dengan keadaan beliau yang berjalan kaki, haus dan dahaga, beliau pun bertemu dengan seorang lelaki dari negeri Az-Zubair yang bernama Aba Humaidan , yang merupakan seorang ahli ilmu lalu memberikanya minuman dan seterusnya membawanya dengan menunggang himar menuju ke negeri Az-Zubair .

Kemudian Muhammad Abdul Wahab pun berhasrat menuju ke Syam akan tetapi beliau kesempitan wang, lalu membatalkan hasratnya ke sana, dan seterusnya beliau ke Al-Ahsaei dan bertemu dengan Syeikh Abdullah Bin Muhamamd Ibnu Abdull Latif As-Sayfe Al-Ahsaei. Kemudian beliau pun meninggalkan Al-Ahsaei dan menuju ke Harimalah di Najd. Sementera itu ayah beliau Syeikh Abdul Wahab meninggalkan perkampungan Al-Uyainah pada tahun 1139 selepas kewafatan Abdullah bin Mua'mar. Kemudian Muhamd bin Hamad dilantik mengantikan ayahnya dengan menggunakan gelaran 'Khorfaash.'


Sementara itu Muhamad bin Hamad dan Syeikh Abdul Wahab berlaku sedikit perselisihan , lalu Syeikh Abdul Wahab (ayah Muhammad Abdul Wahab) pun meletakan jawatan qadhi di Al-Uyainah lalu menuju ke Harimalah dan menjadi qadhi di sana, kemudian tempatnya digantikan oleh Ahmad bin Abdullah bin Abdul Wahab bin Abdulllah.

Setelah Muhammad Abdul Wahab tiba di negeri Harimalah beliau sentiasa bersama dan belajar dengan ayahnya sehinggalah pada satu ketika ahli Nadj menolak secara terang-terangan ajaranya, lalu berlalulah perbalahan, perjidalan antara Muhammad Abdul Wahab dengan ayahnya sendiri. Begitulah juga berlalu banyak pertentangan dan perdebatan yang amat teruk antara beliau dengan penduduk Harimlah di Nadj sehinggalah di akhir dengan kewafatan ayahanya pada tahun 1253H. Setelah kewafatan ayahnya maka Muhammad Abdul Wahab pun mengistiharkan ajaranya maka ramai di kalangan penduduk kampung yang menolaknya dan tidak sedikit juga yang mengikutnya .

Pada masa itu negeri Harimalah mempunyai 2 qabilah, pada asalnya merupakan satu qabilah sahaja tetapi masing -masing mahu mengaku mereka adalah ketua.Salah satu di antara qabilah tersebut adalah abid (hamba) yang di katakan namanya Al-Humayan adalah seorang yang jahat, lalu Muhammad Abdul Wahab pun ingin melarangnya dan mencegahnya dari melakukan kejahatan dan menyerunya melakukan berbuat kebaikan .

Kemudian pada satu malam dalam diam-diam abid tersebut ingin membunuh Muhmmad Abdul Wahab.........................

Kemudian Muhammad Abdul Wahab pun melarikan diri ke negeri Al-Uyainah yang pada masa itu di ketuai oleh Usman bin Hamad bin Mu'amar lalu keduanya pun bertemu maka Muhammad Abdul Wahab berkata; Aku berharap agar engkau dapat membantu kalimah ( la ilaha illah ) nanti Allah akan memberikan engkau dan menganugerahkan engkau kawasan Najd dan penduduknya.

Maka pemimpin Al-Uyainah iaitu Usman bin Hamad bin Mu'amar pun membantu Muhammad Abdul Wahab bersama pengikutnya serta menghapuskan kemungkaran dengan ganas. Muhammad Abdul Wahab bersama pengikutnya menebang pokok dan menghancurkan qubah di perkuburan seperti Qubah Zaid bin Al-Khattab di Jabilah .

Setelah itu Muhammad Abdul Wahab pun menyampaikan berita tersebut kepada Sulaiman bin Muhammd bin Azizi Al-Hamiri iaitu Sohib Al-Ahsaei dan kawasan di sekitarnya , kemudian Sulaiman bin Muhammd bin Azizi Al-Hamiri pun menulis surat kepada Usman bin Hamad bin Mu'amar katanya;

.............sesungguhnya lakukan apa yang dilakukan katakanlah apa yang dikatakan, maka apabila sampai surat ini kepada engkau maka peranginya, apabila engkau tidak membunuhnya maka kami akan membunuhnya ,engkau .............. kami di sini Al-Ahsaei

Setelah itu keluarlah lebih kurang 200 ribu pengikut Muhamamd Abdul Wahab bersama makan dan pakain

Apabila surat itu sampai kepada Usman bin Hamad, dan didapati surat itu tidak ada sebarang percangahan, lalu beliau pun serahkan kepada Muhammad Abdul Wahab dan menceritakan bahawa surat ini datangnya dari Sulaiman bin Muhammd bin Azizi Al-Hamiri iaitu Sohib Al-Ahsaei.

Maka ia memerintah seorang penuggang kuda dikatakan namanya adalah Al-Farid Az-Zofiri untuk membawa keluar Muhamamd Abdul Wahab dari negerinya. Maka penunggang kuda tersebut pun ..manakala Muhamad Abdul Wahab berjalan kaki di hadapannya , pada masa itu tiada sesiapa pun bersamanya dengan keadan cuaca yang panas terik.

Maka penunggung kuda tersebut berhasrat untuk membunuh Muhamad Abdul Wahab di pertengahan jalan, akan tetapi tidak berjaya.

Dikatakan bahawa Usman bin Mu'amarlah yang telah menyuruh penunggang kuda tersebut untuk membunuh Muhammad Abdul Wahab, walau bagaimana pun ada sebilanganya tidak mempercayainya.

Ada yang menyebutkan bahawa setelah itu Muhammad Abdul Wahab pun ke Iraq dan berbincang dengan beberapa ulama' fuqaha' lalu memberikan dan menyatukan beberapa pandangan baru dan lama., akan tetapi beliau dimarahi dan diusir, kemudian beliau terus pulang ke Najd, dan melahirkan pandangan baru yang mengakibatkan penduduk Najd terbahagi kepada 2 puak, mereka yang memerangi dan mereka yang menuruti. Kemudian Muhammad Abdul Wahab melarikan diri ke Al-Uyainah lalu bersahabat dengan Amir al-Uyainah sehingga di akhiri dengan perkahwinan dengan anak perempuannya (Amir Al-Uyainah).

Ini secara tidak langsung memberi laluan kepada beliau untuk menyebarkan ajarannya. Setelah menetap di Al-Uyainah kira-kira 8 bulan beliau akhirnya diusir keluar. Apabila mengetahui kedudukannya terancam, maka beliau cuba menemui beberapa ketua-ketua kabilah dan pemimpin tertinggi untuk mendapat perlindungan dan sokongan sehinggalah ke Ad-dar'iyah, lalu menemui Muhammad b. Saud. Pertemuan yang membawa mala petaka pada umat Islam ini, telah menjalinkan persepakatan dan persetujuan bagi membentuk agama baru secara rasmi, di dalam kekuatan politik, ketenteraan dan peperangan pada tahun 1165H / 1744M.

Ayahnya Abdul Wahab yang merupakan seorang qadhi pada ketika itu telah mendapat firasat bahawa Muhammad Abdul Wahab akan menyesatkan umat Islam, kita sendiri telah sedia maklum hadis nabi yang berbunyi " Takutilah kamu akan firasat orang-orang mukminin sesungguhnya mereka melihat dengan Nur Allah (pandangan mata hati)". Banyak hadis-hadis lain yang menyentuh tentang firasat dan mimpi yang baik merupakan sebahagian daripada kenabian, perstiwa tersebut terbukti benar apabila berlakunya pertentangan antara beliau dengan ayahnya sehingga, membuatkan Muhammad Abdul Wahab menyampikan dakyahnya secara tersembunyi. Kejahilan masyarakat dan kekuatan politk, adalah antara faktor dakyah Muhamaad ,meresap di kalangan masyarakat Badwi Najd.