IKLAN NUFFNANG

Tuesday, February 9, 2010

4 PERKARA KAU PERLU TAHU

Salam ukhwah buat pembaca blog sekalian. Kali ini saya akan berkongsi sedikit tips berkenaan dengan 4 perkara. Tips ini mungkin tidak secara totalnya tepat tetapi kita boleh mengambil serba sedikit pengajaran daripadanya.

4 ALAMAT ORANG CERDIK

1. berani menempuh bahaya
2. pandai bermanis muka dengan musuh
3. pandai melihat kesempatan, dan
4. dapat menimbang pertimbangan orang lain

4 ALAMAT ORANG BERIMAN

1. meninggalkan maki
2. menjauhi menyakiti hati orang
3. lekas memberi ampun, dan
4. teliti menjatuhkan hukuman

4 TANDA ORANG BERAKAL

1. Cinta pada ilmu
2. tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. bagus jawabnya
4. banyak benarnya

4 ALAMAT ORANG RENDAH

1. Membuka rahsia
2. pendendam
3. penggunjing
4. memburukkan kawan

4 YANG MENIMBULKAN CINTA

1. muka jernih
2. sudi menolong
3. sudi menghindarkan selisih
4. menjauhi munafik

4 SOAL YANG MEMBAWA KEUNTUNGAN HIDUP

1. Benar perbicaraannya
2. malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
3. baik budinya
4. suka berterima kasih

4 SEMPURNA DENGAN 4

1. ilmu dengan larangan
2. agama dengan takwa
3. amal dengan niat
4. kemuliaan dengan kelebihan

4 MESTI DIJAGA

1. teguh menjaga kehormatan
2. redha menerima sedikit
3. berbuat kebaikan setiap hari
4. memelihara lidah

4 MACAM PERCARIAN

1. pertama akal,ialah orang yang hidup dengan bertani
2. pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
3. penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
4. kehilangan akal, mencari dengan tidak halal