IKLAN NUFFNANG

Thursday, February 18, 2010

GEDIK-GEDIK SANTAI

Salam ukhwah buat semua pembaca blog yang setia.

Tiba-tiba rasa nak coretkan sesuatu yang dah lama terpendam di hati. Kebiasaannya, pada ruangan yang sebelum ini kita berbicara berkenaan ilmu tapi kali ini saya nak mengajak sahabat-sahabat merenung sedikit jauh kehadapan tentang kehidupan kita ini.

Emm..banyak benda yang terbuku di hati tapi hanya mampu terpendam al maklumlah kalau dah namanya lelaki, apa yang terbuku mana mungkin mudah diluahkan.

Sahabat yang dirahmati, dalam seharian hidup kita, rata-ratanya kita asyik sibuk dengan urusan seharian. Kalau saya, sekarang ini saya lakukan 4 kerja dalam satu masa. Kerja sebagai seorang pelajar master yang sibuk dengan 'research' yang perlukan perhatian yang sepenuhnya, terlalai je sedikit alamat tak 'grad' lah aku..pelajar 'postgrad' seperti saya yang buat 'full time research' tiada kuliah perlukan selalu mencari dan membuat bahan bacaan melalui pencarian jurnal-jurnal yang terbaru untuk dijadikan bahan rujukan supaya dalam thesis yang akan saya bentangkan nanti ada kajian yang boleh menyokong hujah dan penemuan saya. Rumitkan?? Tapi sampai sekarang tak sedar-sedar lagi yang kerja semakin menimbun.

Kedua, kerjaya sebagai seorang pembantu penyelidik (research assistant) yang kerja taklah banyak sangat hanya membantu pensyarah merangkap 'supervisor' master saya melakukan kerja-kerja seperti tolong pelajar 'undergrad' di bawahnya, mencari 'quotation' untuk kajian dan sebagainya. Kerja hampir sama seperti seorang pelajar master.

Ketiga, kerjaya selaku pembantu penyelia di kolej kediaman. Kerjanya mungkin sahabat-sahabat tak nampak, mungkin nampak remeh tapi hakikatnya boleh dikatakan sibuk jugalah jika ada projek atau aktiviti yang perlu dipantau dan diuruskan. Macam saya, saya kena uruskan latihan pembantu mahasiswa di Sabah seperti segala makan minum, penginapan dan pengangkutan mereka di sana kelak. Segala gerak kerja perlu dipantau supaya nanti tak di'zasss' dalam mesyuarat pihak pengurusan. Kerja ni 'enjoy' je sebab dikelilingi oleh pelajar-pelajar merangkap sahabat yang banyak ragam kerenahnya. Walau tak ada gaji tapi terhibur.

Keempat, kerja ni paling membebankan iaitu seorang guru tuisyen. Kerjaya ni paling memenatkan kerana perlu ke hulu ke hilir mengajar dari rumah ke rumah. Pelikkan? Kalau dulu murid mencari guru tetapi hari ini guru mencari murid. Tapi tidak mengapa, penat dan berbaloi kerana 'income' masuk mengalahkan pensyarah yang dah ada master..hehe. Ini semua rezeki dari Tuhan.

Persoalannya di sini, di dalam hati saya masih merasa kekurangan. Entah apa yang kurang. Bila diselidik dikaji satu persatu (bukan nak riak nak kata diri ni hebat) ada unsur rohani yang kurang.

Bulan lepas, ustaz saya dari pondok datang tidur semalam di bilik saya, ada menegur " Junaidi, suka ke keadaan macam ni? Sibuk je..tak ada masa untuk diri sendiri". Saya faham maksud tu...dan akui memang tak ada masa untuk diri sendiri.

Dalam kitab tasawuf (sama ada Hikam atau Penawar Bagi Hati..dah lupa) ada menyebut 4 perkara mendatangkan kebaikan; 1)Bertahajud 2)Berpuasa 3)Bersendirian 4)Diam.

Bila diselidik dikaji semua benda ni tiada satu pun yang saya amalkan. Tahajud pun sekarang kurang, puasa jangan ceritalah, bersendirian jarang sebab sentiasa dikelilingi oleh pelajar yang perlu bersembang,bergelak ketawa, dan akhir sekali diam, kadang-kadang saja bila ada masalah atau penat atau marah selalu berdiam, bila tiada hidup kembali meriah.

Memang benar kata ulamak 'Al Buka' huwa Syifa'" - tangisan itu penawar. Dalam hidup kita tidak boleh terlalu meriah sangat. Kadang-kadang kita perlu menangis kerana asal manusia memang menangis. Nabi Adam turun ke bumi dalam keadaan menangis dipisahkan daripada Hawa, ditarik nikmat syurga.

Pagi tadi sempat bangun awal pagi..buat apa yang patut sebagai muslim, dalam pukul 5.30 pagi panaskan enjin terus ke masjid Rahman, harap-harap ada kuliah subuh maklumlah nak jadi baik tapi tiada (cis..potong stim je).

Begitulah, rupa-rupanya yang rasa kurang itu adalah kurang masa kita untuk diri sendiri maksudnya kita dengan Tuhan. Perlu selalu bangun malam sebab di situ tempat kita mengadu, merintih..tak mengadu padaNya nak mengadu pada siapa lagi?? Di situ letaknya sumber kekuatan..percayalah.

Dhuha jangan tinggal..rugi, tambah-tambah sebagai seorang pelajar. Buktinya, rezeki saya tak pernah putus-putus, sentiasa ada. Bukan nak riak tapi realiti Tuhan tunjuk. Dalam kesibukan menuntut ilmu, Tuhan masih bagi rezeki. Tengok kawan-kawan yang lain, dah 'grad' terus kerja kononnya nak cari duit dulu baru sambung belajar. Dah kerja dah ada duit, fikir nak pakai kereta pulak. Dah ada kereta fikir nak kahwin pulak. Gaji baru seribu lebih dah banyak beban. Kan..dah rugi.

Saya lebih selesa jadi saya. Hidup sederhana, pakai motor je..tak fikir lagi nak kahwin (calon pun tak ada lagi). Kalau nak ikutkan boleh je nak beli kereta sekarang. Setiap bulan setelah ditolak KWSP, bagi mak, bagi abah, bayar ansuran motor, belanja harian masih mampu menyimpan RMxxxx++ sebulan bersih...suci...halal. Tapi jangan ingat saya kaya ye..sebab gaji ni tak tetap, bila-bila masa Tuhan boleh tarik.

Dalam kepala hanya ingat 4 perkara saja. Pertama, nak tunaikan umrah dalam tahun ni juga. Kedua, nak beli rumah untuk buat sewa. Ketiga, nak siapkan master secepat mungkin lepas tu terus sambung phD dan akhir sekali tanggung mak, abah dan adik selagi bujang. Dah kahwin nanti belum tentu....betul tak??

Itulah kehidupan manusia. Sekarang ni saya minta sahabat-sahabat doakan saya moga tercapai hajat yang disebutkan itu. Saya juga sedang mengarang buku 'Dilema Seorang Wanita- Merungkai Permasalahan Haid' yang dipetik daripada kitab Sabilal Muhtadin. Buku ini saya alihkan kepada bahasa yang mudah difahami berserta teori yang ustaz saya reka. Setakat ini tiada lagi di pasaran buku yang lengkap menceritakan perihal haid wanita yang saya rasa amat penting buat masa ini. Harap Tuhan tunjukkan jalan dan diberikan ruang dan waktu untuk terus menulis walau dalam kesibukan menyiapkan thesis.

Akhirul kalam..berazamlah untuk menjadi seorang Muslim/muslimah yang taat. Belajar sesuatu ilmu bermula dari ASAS dahulu. Jangan terus nak menegakkan daulah tanpa disempurnakan perkara yang asas.

Kena ingat, tertegaknya Islam dengan AQIDAH dan Aqidah itu perlulah aqidah yang sahih, ahlul sunnah wal jama'ah. Nak faham aqidah perlu belajar bertalaqi dari seorang murobbi bukan sekadar beli buku kat kedai lepas tu baca dan faham sendiri kemudian ajar pada orang lain. Jadilah ilmu itu sesat kerana belajar tanpa guru umpama belajar dengan syaitan. Kita perlukan ulamak dan guru yang boleh membimbing.

Cukuplah sekadar ini coretan saya dan inilah yang dinamakan Gedik-gedik Santai..

Wallahua'lam