IKLAN NUFFNANG

Monday, March 8, 2010

PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI

Disebut dalam Nasaeh Diniah manusia itu terbahagi kepada tiga:

1. Puak Terdahulu dari kalangan Mursalin, Anbiak dan Siddiqqin. Mereka tidak memasang cita-cita untuk sebarang habuan dunia, sentiasa merasakan mati itu semakin hampir dan bersedia untuknya dengan mengadap tuhan dan lari dari kesibukan dunia secara keseluruhannya.

2. Puak pertengahan dari kalangan orang baik-baik,bagi mereka ini ada sedikit cita-cita tetapi tidaklah sehingga melalaikan mereka dari mengigati Allah dan Hari Akhirat, mereka sentiasa bersedia menghadapi mati dengan beribadah kepada Allah Taala. Mereka tidak pernah dilalai kan dengan urusan membangunkan dunia dan perhiasannya.

3. Puak Tertipu dan Dungu dari kalangan orang-orang yang panjang cita-citanya sehingga melalaikan segala perintah tuhan dan mengingati akhirat.Mereka terlalu kasih dan loba mengadap dunia dan perhiasannya.

Bahawasanya banyak mengingatkan mati ini satu perkara yang mustahab dan sangat digalakkan. Ia memendekkan cita-cita, melahirkan sifat zahid kepada dunia, menyerap sifat qanaah lalu sentiasa bersedikit pada dunia. Lantas mudahlah seorang hamba itu mengadap tuhannya setiap saat dan setiap ketika.

Suatu ketika nabi pernah ditanya tentang siapakah manusia yang paling bijak,lalu nabi menjawab “Mereka ialah orang yang banyak mengingatkan mati dan sangat baik pada menyediakan bekalan menghadapinya. Merekalah orang yang paling bijak dari kalangan manusia”

Bukanlah mengingati mati itu dengan menyebut”……Mati…..,mati……..”Tetapi ianya dengan memikirkan keadaan dirinya ketika itu,huru-haranya,mabuknya dan perasaannya ketika itu. Berapa lamakah umurnya yang masih ada, dengan apakah amalan dan pekerjaan yang hendak dilakukan ketika hendak mati nanti. Bagaimanakah cara kematian sahabat handai, rakan taulan dan saudara mara yang lebih dulu menghadapi mati.

Dan akhir sekali berkata setengah orang salaf “Fikirkanlah setiap apa yang kamu suka untuk kematian, kamu sediakanlah dan apa-apa yang kamu benci pada kematian itu kamu hindarkan.

Sabda Nabi S.A.W “Sentiasalah kamu beribadah malam, ianya menjadi kebiasaan orang soleh-soleh dahulu kala, ia menghampirkan dirimu kepada tuhan, mengkifarahkan segala dosa mencegah dosa dan menghindar segala penyakit….

Wallahua'lam