IKLAN NUFFNANG

Saturday, July 17, 2010

JOM TAMBAH ILMU...JOM PINJAM BUKU

Salam sejahtera buat teman-teman yang dikasihi kerana Allah.

Alhamdulillah, dengan izin Tuhan kita masih lagi dapat meneruskan perjuangan dalam menongkah arus hidup. Pada ruangan kali ini, saya ingin berkongsi hobi dengan pembaca yang setia. Minat saya dalam membaca sangat menebal. Semua bahan bacaan saya gemar daripada buku, majalah sehingga surat khabar, malah pamplet dan blog tulisan tangan pun saya suka baca dan tatap. For me, life is nothing and life is not interesting without reading. Namun, bukan semua bahan bacaan saya suka. Terdapat juga bahan bacaan yang kurang digemari seperti majalah hiburan, komik (kecuali komik doraemon..hehe) dan novel Melayu yang ada unsur percintaan (kecuali English novel). Ketiga-tiga bacaan ini saya kurang gemar dan saya akan meletakkannya sebagai pilihan yang terakhir.

Antara buku yang paling saya minati adalah buku yang berkaitan dengan perniagaan, motivasi, kisah bibiliografi orang kenamaan dan juga any english novel written by Enid Blyton (novel kanak-kanak). Buku-buku ini ada yang saya sudah baca puluhan kali namun tidak pernah bosan.



Justeru, saya ingin membuat sedikit promosi untuk sahabat sekalian. Mulai saat ini, saya akan membuat satu perkhidmatan pinjaman buku milik saya. Sahabat-sahabat yang berminat boleh memohon untuk meminjam daripada saya dengan menghantar satu pesanan ringkas melalui RUANGAN KOMEN dalam blog ini dengan meninggalkan nama, tarikh pinjaman dan tempat untuk mengambil buku tersebut (komen anda tidak akan dipaparkan dan akan dipadamkan sebaik sahaja pesanan diterima).

Setiap pinjaman yang dibuat, saya akan kenakan bayaran RM0.50 satu hari. Ini kerana terdapat buku yang berharga hampir RM100, jadi saya terpaksa kenakan bayaran.

Selain daripada itu, sahabat-sahabat juga boleh memesan sebarang buku yang berada di pasaran untuk saya beli. Contohnya, sekiranya sahabat-sahabat ingin memesan buku yang ditulis oleh Dato' Dr. Hj Fadzilah Kamsah misalnya tetapi harga buku tersebut sangat mahal dan tidak mampu untuk dibeli, sahabat-sahabat bolehlah memesan buku tersebut melalui saya dan saya akan membeli buku tersebut kemudian meminjamkannya kepada sahabat dengan bayaran seperti yang tersebut di atas.

Mudah-mudahan perkhidmatan yang saya sediakan ini dapat membantu sahabat-sahabat dalam menambah ilmu pengetahuan sedia ada di samping memupuk budaya membaca dalam diri sahabat.

Ingat...jahilnya seseorang jika malas menuntut ilmu. Membaca merupakan satu cara untuk menuntut ilmu kerana surah pertama diturunkan Allah adalah suruhan untuk kita membaca.

Sekian Salam Sayang