IKLAN NUFFNANG

Monday, July 26, 2010

KELEBIHAN MENGURANGKAN TIDUR

Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru dan ketua agama yang bukan islam seperti Budha, Kristian, Tao, Confucius dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti berzikir dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam sehari malah ada yang kurang daripada itu. Antara agama yang dimaksudkan adalah agama Budha, Kristian, Tao, Confusies dan Sikh.

Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : `The words are lovely, dark and deep but I have promies to keep and miles to go before I sleep.` Maksudnya, `Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikam dahulu sebelum saya tidur.` `The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwords in the night.`-Longfellow. Maksudnya, pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur.` Ini jelas menunjukan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.


Go to fullsize image

Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.

Dari segi fahaman logik, kita tidak akan faham suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajjud itu meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah maha mengetahui.

DARI segi sains perubatan pula kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara  lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakan otot dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan saliran darah, Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak akan datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak sempat merasai nikmat oksigen ini.


Go to fullsize image

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat. Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak (qiyam) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakan tangan diatas pusat, kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru kita akan merasa luas serta menggerakkan otot dikedua belah tangan. Ketika ruku`dengan badan membongkok kedepan dan kedua belah tangan diatas kepala lutut dan punggung mendatar (parallel to the ground) sekaligus ianya menggerakan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin. Waktu sujud pula seluruh berat badan terpikul sepenuhnya keatas otot-otot kedua-dua tangan . kaki, dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada ketika sujud ini berapa banyak dan persendian yang kita gerakan. Setelah itu kita bangkit dari sujud . Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakan sejumlah besar otot-otot di dada, bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah dan lain-lain otot lagi.

Go to fullsize image

Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakan tumit, pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakan otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memestikan kesihatan tubuh badan kita.


Go to fullsize image

Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.

Wallaua'lam   

2 comments :

  1. I don't believe that at all. dulu zaman nabi xprnh jadi cancer..zaman skang jadi cancer sbb ada faktor smpingan yg lain. Nabi tdo kurang wktu mlm doesnt mean dia x ckp tdo sbb wktu siang pun dia akan tdo juga walau sbntar tdo siang yg dipanggil qailulah...
    byk teori p'ubatan skang yg b'canggah dgn wktu di zaman dahulu.Cth : kalau zaman skrg bayi dlm perut ibu yg genap 9 bln trus dipecah air ketuban dan dikeluarkan bayi walau blum ada tanda bayi akan dilahirkan krn dikhuatiri bayi akan lemas. ttp dlm kitab, ulamak mngatakan bahawa makin lama seseorg dlm perut ibu, makin bijak dia krn segalanya brada dibwh p'tadbiran Allah.Imam malik berada dlm perut ibu slama 4 thn x lemas pun, imam syafie 3 thn +++ punx lemas gak. bayi skrg?? hal ini krn teori p'ubatan didalangi oleh sarjana barat yg tdk b'pandukan apa yg digarisi oleh Islam.

    Sekian. maaf m'celah

    ReplyDelete
  2. dan lg 1, teori p'ubatan skrg b'kenaan dgn haid byk yg b'canggah.darah yg bkn haid dikatakan haid.jd wanita hari ini sukar bg mereka utk meramal kesihatan mereka dan selok belok peranakan. ttpi dlm kitab sabilal muhtadin, ulamak sudah bahas scr detail b'kenaan dgn haid wanita.malangnya Doktor pd hari ini tdk mampu mnyediakan teori yg sbnar dan mana 1 haid mana 1 darah b'penyakit. mohon m'celah skali lg

    ReplyDelete