IKLAN NUFFNANG

Friday, October 29, 2010

PERGINYA SEORANG TUK GURU

Salam ukhwah buat pembaca yang budiman. Entri kali ini saya akan memaparkan gambar-gambar Tuk Guru saya, Tuan Guru Haji Abdul Latif B. Abdul Rahman yang telah kembali ke rahmatullah pada 30 September 2010.

Di saat berita disampaikan, saya sedang mengajar mengaji di Petaling Jaya. Tidak berkesempatan untuk pulang menatap wajah insan yang banyak mencurahkan ilmu agama. Gambar dan video rakaman ini diberikan oleh Ustaz saya seminggu selepas meninggalnya arwah.

Arwah seorang yang begitu alim yang tidak jemu menyampaikan dakwah dan ilmu agama. Arwah membuka pondok sekitar umur 27 tahun, pondok Madrasah Al-Latifiah Ad-Dinniah, Pengkalan Hulu, Perak.

Terlalu banyak contoh tauladan yang baik yang ditonjolkan arwah. Sebak rasanya nak ceritakan di sini. Saya memasuki pondok selepas sahaja tamat SPM. Setelah mendapat tawaran memasuki Pusat Asasi Sains, saya berhenti seketika sehingga sekarang apabila cuti sahaja saya kembali semula belajar di pondok.

Diceritakan sewaktu arwah meninggal sekitar jam 1 pagi, arwah banyak berbual dengan anak muridnya. Malam tersebut ketika mengajar di surau arwah sempat membuat jenaka perihal manusia berkahwin dengan jin. Selepas itu, arwah makan malam kemudian solat sunat. Kali ini arwah solat tanpa henti sehingga jam lebih kurang 12 lebih arwah berbaring. Ketika baring arwah masih berbual dengan anak murid dan mengadu bahawa dirinya berpeluh banyak. Anak murid arwah membuka baju arwah untuk menghilangkan rasa panas. Ketika itu, arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan anak murid.

Ramai juga figure-figure besar yang datang berkunjung melawat jenazah. Antaranya, Timbalan Raja Muda Perak, mufti Perak Datuk Seri Harusani, Ustaz Taib Azamuddin Penerangan PAS dan lain-lain. Orang datang berpusu-pusu menziarahi jenazah arwah dianggarkan sekitar 10 000 orang. Di surau solat jenazah diimami oleh Ustaz Taib Azamuddin dan di masjid solat diimami oleh Tuan Guru Haji Salleh iaitu pengasas pondok Sik, Kedah.











Ini di antara video yang sempat dirakamkan ketika hari kejadian.










Pak Teh dalam kenangan...Al-Fatihah

No comments :

Post a Comment