IKLAN NUFFNANG

Thursday, October 14, 2010

USTAZ CELUP, USTAZ TAK BERTAULIAH



Assalamu’alaikum buat sahabat-sahabat pembaca yang dikasihi.

Jam menunjukkan pukul 9.33 am. Aku baru pulang daripada mengajar seorang anak murid yang baru darjah 3. Pagi ni aku mengajarnya mengaji Al-Quran, menyemak hafalan surah-surah pendek, Bahasa Arab, Sirah Nabi dan juga menyemak hafalan bacaan dalam solat.

Emm..dah jadi macam ustaz pula walaupun berlatar belakang pendidikan Sains Tulen. Ni la yang dikatakan ustaz celup dan ustaz tak bertauliah…hehe. Setakat ni aku mengajar 5 orang murid mengaji termasuk tajwid. Ada yang darjah 2, 3, 4..dan ada yang masih berumur 3 dan 4 tahun. Semua mereka ni memanggil aku ustaz…kadang-kadang malu rasanya, ya la kan..mana la layak nak bergelar ustaz dengan ketiadaan apa-apa sijil.

Semalam juga ada parent dari Taman Tun Dr. Ismail menelefon aku meminta aku mengajar anaknya mengaji dan juga Bahasa Arab. Mula-mulanya aku menolak dengan baik dengan alasan jadual aku terlalu padat (memang ye pun..) dan juga jarak dari rumahnya ke UM boleh dikatakan jauh juga la. Tapi dia bertegas nak aku ajarkan juga. So, aku carilah idea nak tolak dengan memberi alasan yang lain. Selalunya setiap murid bawah umur 12 tahun yang aku ajar, bayaran aku akan kenakan rm30 per jam per person tapi kali ni aku kenakan rm50 untuk sejam setengah dan untuk dua orang anaknya. So total dua kali seminggu bersamaan dengan rm400 sebulan dengan harapan dia akan ‘reject’ aku dan cari guru yang lain. Tapi lain jadinya, dia bersetuju dengan bayaran tersebut…so apa lagi pening la kepala aku nak menyempit dan memadatkan jadual yang sedia padat..Aduh….masalah ni. Ingatkan sampai hujung tahun ni aku nak ‘space’ kan sikit jadual supaya ada masa berehat dan bersantai tapi tak juga. Bulan depan, November ada parent dari SS2 memang dah ‘book’ awal suruh ajar anak dia yang bakal duduki UPSR next year…memang sardin la lepas ni.

Tak tergamak pula nak tolak ajar mengaji Al-Quran. Pahala jariah tu….alhamdulillah setakat ni banyak improvement pada murid yang diajar. Contohnya, murid aku yang berumur 4 tahun ni..mula-mula tak reti apa so aku start dengan ajar Iqra’ 1. Sambil ajar, dia cerita bab Ultraman pula…”ustaz nak jadi Ultraman ke spiderman?” So aku layan la…”dua-dua tak nak..ustaz nak jadi Doraemon..”, jawab aku. Tu la yang penatnya. Penat layan telatah mereka..tapi bagus juga la…persediaan menjadi bapa..hehe. Tak sampai 8 kali mengajar dah masuk Iqra’ dua..huh bangga juga la. Yang penatnya bila nak kena layan budak-budak ni. Kita tak boleh marah. Nak grab their attention saja satu hal. Kadang-kadang belajar sambil baring-baring la, nak berak la, duduk atas peha aku…huh penat. Ramai juga yang dah naik Al-Quran. Bagus la…bila mati nanti ada juga la saham aku nanti.

Ada juga suara-suara yang persoalkan, kenapa kenakan bayaran mengajar mengaji. Sepatutnya free je la…ikhlas. Aku terdiam. Jawapan aku ringkas je…Kenapa imam dan bilal di masjid-masjid dibayar gaji setiap bulan? Mereka tak ikhlas ke? Pensyarah-pensyarah yang memberi ilmu dibayar gaji ada yang hampir rm10 000, mereka tak ikhlas ke?

Ikhlas sebenarnya pada hati bukan pada bayaran. Jangan tengok pada bayaran. Aku pernah mengajar pelajar universiti…straight forward la budak Kolej Empat mengaji Al-Quran setiap minggu dua kali sekali dengan tajwid secara percuma. Tapi yang jadi masalahnya mereka tak hargai. Mula-mula penuh lepas tu masuk minggu kedua, ketiga tinggal dua orang. Rasa-rasanya sebab apa ek?? Memang ikhlas sangat la dah percuma..tapi tak ada kesungguhan nak belajar sebab ilmu yang diterima jika free orang takkan hargai. Tunggu la nanti anak-anak mereka bila tak reti nak baca Quran, waktu tu pasti mereka akan terfikir..”..ruginya dulu aku tak belajar mengaji kelas free hari tu, kalau tak, tak perlu susah payah nak menggajikan orang untuk ajar anak aku, aku sendiri yang ajar lagi bagus..”. Mereka muda lagi masih tak mengerti betapa pentingnya ilmu agama. Bila dewasa nanti kau akan faham…

Setiap murid yang aku kenakan bayaran, aku pasti akan berikan yang terbaik untuk mereka. Tidak terlintas nak kenakan bayaran semata-mata nak mengajar ilmu dan ayat Tuhan tapi dek kerana kekangan masa, kena rush here and there, kena korbankan waktu rehat, kerahan tenaga, minyak motor lagi tu la terpaksa kenakan juga. Lagi pun, segala wang yang dilaburkan ke arah itu akan jadi saham buat ibu bapa di akhirat nanti.

Aku dah ambil keputusan untuk berhenti mengajar Feqah di surau Kolej Kediaman Keempat. Rasa diri ni perlu menuntut lebih lagi la…kerdil sangat. Nanti bila ajar, orang akan panggil kita ustaz, bila dah ustaz perangai kena baik, mata-mata akan sentiasa perhatikan gerak-geri kita. Susah tu…selesa dengan sekarang. Jemaah solat still commit, serban still pakai but when people ask who you are…I will say, I’m a scientist ever!

Wallahualam