IKLAN NUFFNANG

Saturday, October 16, 2010

TIPS PEMAKANAN

1. JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya pelbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan. 
Jangan makan SUSU bersama DAGING 
Jangan makan DAGING bersama IKAN 
Jangan makan IKAN bersama SUSU 
Jangan makan AYAM bersama SUSU 
Jangan makan IKAN bersama TELUR 
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD 
Jangan makan SUSU bersama CUKA 
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL 
2. CARA MAKAN

1. Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi. 

2. Tidur 1 jam setelah makan tengah hari. 

3. Jangan sesekali makan malam. Barang siapa yang amalkan makan malam, dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. 

4. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nampak memang sulit..tapi, kalau tak percaya...cubalah...Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek. Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+
sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus.    
Al-Quran juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan antara lain: 

1. Mandi pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita 
boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit). 

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang- kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala 
atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang 
udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut. 

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzyme banyak terkandung 
di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)