IKLAN NUFFNANG

Sunday, October 31, 2010

WARKAH PERINGATAN BAGI YANG BERFIKIR

Setiap orang mampu berfikir..namun tidak semua orang mampu berfikir dalam erti kata yang akan membuahkan peringatan atau zikir dalam kehidupan.

1. Fikir Mencari Hikmah

Setiap peristiwa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Keupayaan fikiran kita tidak mampu untuk mengetahui hikmah sebenar setiap peritiwa yang berlaku. Namun, kita mampu untuk mengambil iktibar yang baik sebagai pengalaman, pengajaran dan semangat atau prinsip hidup kita dalam kehidupan.

Harta benda, kekayaan, pangkat kedudukan,isteri & anak, kesihatan, tubuh badan, pancaindera, masa kehidupan merupakan pinjaman dan ujian daripada Allah untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran kita. Hanya hati yang tenang dapat melalui ujian tersebut dengan baik. Ingatlah, tidaklah kaya itu dengan kaya harta, tetapi yang dinamakan kaya itu ialah kaya jiwa.

Friman Allah : "ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"-Ar-Ra'd: 28


2. Fikir Mencari Prinsip

a. Memberilah,nescaya hatimu akan tenang..

Memberilah apa yang kau miliki..harta, ilmu, kepakaran, masa dan tenaga bahkan senyuman dan kata-kata doa yang baik..nescaya hatimu akan tenang dan gembira..jadikanlah prinsip hidupmu : "Erti hidup pada memberi"..nescaya kau akan dikasihi penduduk di langit dan di bumi. InsyaAllah.

b. Berubahlah..paksa dirimu berubah lebih baik

Orang berjaya ialah orang yang berjaya mengawal dirinya..halakan dirimu ke arah kejayaan..kejayaan dalam pelajaran, bisnes, pekerjaan dan sebagainya. Tetapkan target sasaran dan matlamat, kemudian paksa dirimu bekerja ke arahnya.

"orang beruntung ialah yang hari ini lebih baik dari semalam.."

"berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"

"kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya"

"memulakan sesuatu itu adalah hebat, tetapi menyelesaikannya adalah lebih hebat"

"cara yang terbaik untuk menggerakkan diri anda ialah dengan memberikan tugas kepada diri sendiri"

c. Kawallah kemudimu..bukannya arah angin

Kita mampu untuk mengawal diri kita kemana kita ingin tuju. Sekiranya kita ditimpa musibah atau kekalahan, kita mampu untuk terus menangis, bersedih sepanjang masa dan berputus asa atas rahmat Tuhan..namun kita juga mampu untuk terus bangkit daripada kekalahan, mencari kekuatan diri dan membina kehidupan baru yang lebih baik..renungkanlah sahabatku...

" seorang yang pesimis akan merungut tentang arah angin. Seorang yang optimis akan menjangka bahawa arah angin itu akan berubah. Seorang pemimpin pula akan memperbetulkan layarnya.- John Maxwell.

Akhir kata, Fikirlah mencari Zikir. Semoga kita temuinya. InsyaAllah.
Sekian..

Sumber : perkongsianbuku.blogspot.com