IKLAN NUFFNANG

Saturday, November 6, 2010

INSPIRASI DARIPADA TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY

Ku tujukan kata-kata ini khas untuk bangsaku. Bukalah mata, bukalah minda. Kata-kata ini ku petik daripada kenyataan Jutawan Dermawan Melayu : Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Go to fullsize image

Tuhan memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tiada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. GIGIH, TEKUN dan TIDAK MUDAH PUTUS ASA merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tiada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya INSAF, BERISTIGHFAR dan JALAN LAGI. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya BELAJAR, MINTA TOLONG daripada orang lain. Saya TIDAK MALU. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap PEMALAS dan PEMALU ini orang Melayu kena atasi. Kita kena BERANI KERANA BENAR. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan TEKUN. Tetapi tentulah ia MEMAKAN MASA. Tiada jalan singkat.

Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu saya buat saya minta orang lain tolong tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah ja;an yang kekal.

Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain. Untuk memajukan perniagaan kena banyak SABAR dan KUAT BERUSAHA. Tiada jalan singkat. Saya pun biasa kena tipu.

Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah dalam satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa Dia boleh ambil balik. Jika ada orang koporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

Saya malu kerana bangsa asing kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya KENA KERJA KUAT TIDAK KIRA SIANG DAN MALAM. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

*************************************************

Go to fullsize image


Sumbangan sosial

1. Yayasan Al-Bukhary
2. Institut Pengajian untuk 3000 orang pelajar
3. Muzium Kesenian Islam
4. Kompleks Al-Bukhary
5. Menaja kelas tuisyen untuk orang Melayu
6. Pengindahan Masjid Negara
7. Sumbangan RM1 juta untuk tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tidak mampu untuk tunaikan haji.

Go to fullsize image

Bagaimana sumbangan sosialnya bermula

Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.


Latarbelakang Syed Mokhtar

1. Umur 53 tahun
2. Pendidikan SPM
3. Mula berniaga ketika berumur 19 tahun (jual beli lembu dan kambing)
4. Kekayaan RM1425 juta
5. Ke-7 terkaya di Malaysia
6. Ke-32 terkaya di Asia Tenggara
7. Antara syarikat miliknya ; MMC, Pelabuhan Tg, Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM, dan Bank Muamalat

**********************************************************************************
Go to fullsize image

Saya perlu terus mencari peluang an perniagaan lain supaya kita terus dapat membantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat ini untuk diri saya semat-mata.

Kalaupun kita sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, InsyaAllah boleh maju.

Lifestyle in sebenarnya satu penyakit. Saya biasanya pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

Kita tidak usahlah mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

Orang Melayu sebenarnya kena MEMBANTU DIRI SENDIRI, KENA BEKERJA KERAS dan FOKUS.

Sikap MERENDAH DIRI perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tidak mahu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa sahaja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya BERSYUKUR.

Kalau sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu, biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang lain boleh pakai.

Saya gembira dapat membatu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang pernah saya rasa. Saya tahu bagaimana perasaannya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tidak mengapa. Itu yang membuatkan hati saya seronok.

Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja, kita belum berjalan lagi.

SAYA RASA KITA TERLALU BANYAK KETINGGALAN!!

~Semoga Lebih Ramai Usahawan & Jutawan Melayu Yang Lahir Sepertinya~

1 comment :

  1. spm jer, tapi jauh lebih berjaya daripada mereka yang bertimbun2 sijil kelayakan:(

    ReplyDelete