IKLAN NUFFNANG

Monday, November 1, 2010

ORANG BODOH

Suatu hari adalah dua orang tauke secara kebetulan bertemu di sebuah hotel. Mereka pun minum-minumlah. Kebetulan mereka kenalan waktu sekolah dulu.

Tengah borak-borak, teringatlah tauke pertama tentang orang bodoh di sekelilingnya termasuklah pemandu. "Awak nak tau betapa bodohnya pemandu saya?" tanya tauke pertama. "Biar saya buktikan."

Dia pun panggillah pemandunya bernama Muo. "Muo, ambil sepuluh ringgit ni pergi beli kereta Mercedes."
"Baik tuan," jawab Muo, terus pergi.
"Hah, tengok betapa bodohnya dia," kata tauke pertama. "Sepuluh ringgit mana boleh beli kereta Mercedes."

"Oh itu belum teruk," kata tauke kedua. "Pemandu saya lagi bodoh. Biar saya buktikan." Lalu dia memanggil Let. "Let, kau pergi balik check aku ada kat rumah tak."
"Baik tuan," jawab Let terus pergi.
"Tengok t, bodohnya dia," kata tauke kedua pula.

Tapi di luar hotel tu, secara tak sengaja bertemulah dua orang pemandu tadi. Masing-masing mengeluh. Kata Muo, "Bodohnya tauke aku. Ada ke dia suruh aku beli kereta Merceds. Hari ni kan hari minggu. Mana ada kedai yang bukak."

Jawab Let, "Huh, itu belumlah bodoh. Tauke aku lagi bengap. Dia di dalam hotel tu, tapi suruh aku tengok dia ada tak kat rumah, padahal dia boelh check diri dia di mana dengan handphonenya."