IKLAN NUFFNANG

Tuesday, March 18, 2014

KISAH KUDA DAN SEMUT

Bismillah....




Pada suatu hari, seekor kuda sedang beristirahat kerana merasa kepenatan setelah memikul barangan yang membebankan. Beban yang cuma sebesar setengah daripada punggungnya itu telah diletakkan dipunggungnya oleh majikan kuda itu.

Perjalanan yang begitu berat ditambah pula hari yang begitu panas terik, maka kuda itu pun beristirahat di bawah pohon yang rendang dengan nafas yang termengah-mengah dan mulutnya berbuih-buih.

Ketika kuda itu sedang beristirahat, tiba-tiba lalulah segerombolan semut yang kelihatan sedang bernyanyi-nyanyi dengan riang gembira sambil membawa makanannya juga.






Sambil membawa beban masing-masing, ada yang membawa bangkai, tulang-tulang binatang termasuk cebisan-cebisan ayam dan sebagainya lagi. Kuda itu berasa hairan apabila melihat segerombolan semut itu senang hati dengan riang gembira menyanyi-nyanyi. Semut juga melihat kuda terduduk dalam keadaan kepenatan.

Sebaik sahaja menghampiri kuda tersebut, ketua semut itu bertanya kepada kuda, "Hai kuda, apa yang sedang kau lakukan di sini?"

"Saya sedang berehat wahai semut," jawab kuda.

"Kenapa kau kelihatan begitu penat sekali," tanya semut lagi.

"Itulah dia saya begitu penat sekali kerana membawa beban ini, beban yang tidak sebesar badanku ini tapi sangatlah penat bagiku," jawab kuda itu lagi.

Maka semut itu pun bertanya, "Siapa punya beban yang kau bawa itu, wahai sang kuda?"

Maka kuda itu pun menjawab, "Bos aku punya yang sedang minum dan makan-makan di bawah pohon di sebelah sana tu."

"Oh begitu....," kata sang semut tersebut sambil tersenyum.

Sang kuda berkata, "Eh, kamu semua ini pula, kenapa nampak begitu gembira?" tanya sang kuda kepada sang semut tadi.

"Kami memang begini setiap hari. Kami juga membawa eban yang berat bahkan lebih berat dari badan kami tetapi kami rasa gembira sekali."

"Kenapa boleh jadi begitu ya?" tanya sang kuda dengan rasa hairan. Ketua semut itu diam sejenak lalu berkata, "Barangkali kerana kita mempunyai jurang perbezaan wahai kuda."

"Apa perbezaannya?" tanya kuda.

"Kamu membawa beban yang berat tetapi beban yang berat itu bukan kepunyaan kamu, tetapi kepunyaan majikanmu yang sedang makan minum di bawah pohon sana sedangkan kami semua membawa beban memang lebih besar daripada badan kami tetapi beban-beban ini adalah kepunyaan kami sendiri dan bukannya bos kami."

Demikian penjelasan semut.

Kuda itu termangu-mangu tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tetap seekor kuda.

Moral dari cerita ini, barangkali kita pernah mendengar, "Saya tidak pernah berhenti, saya tidak akan menyerah". Mengapa orang yang sudah punya penghasilan yang begitu besar tidak pernah berasa penat, tidak pernah menyerah kalah kerana mereka membawa beban yang dimiliki oleh mereka sendiri bukan milik orang lain.

Wallahua'lam.

Saturday, March 15, 2014

BEING RICH IS A SIN OR YOU ARE THAT SINFUL?

Bismillah...

Assalamualaikum....

I just finished attending my business class and straight away facebooking. Going through every newsfeed as usual with the hope of getting new info regarding missing flight MH370 but there's something caught my eye and made me angry! haishhhh.......

Emm...refuse to mention who is he/she and what is all about in detail but I totally disagree with his/her statement. His/her statement really opposed what has been promoted by religions especially Islam and can make Malay Muslim left behind with the kind of such 'orthodox' minded! (I feel my blood sizzling....)

Status yang dikeluarkan seolah-olah menggambarkan bahawa mencari harta dan menjadi kaya itu satu dosa besar. Golongan 'orthodox' macam dia ni la yang banyak memberi kesan negatif pada minda orang Melayu. Kita sering dimomokkan,

Kerja keras saja bermaksud kita ni terlalu kejar dunia. 

Kaya bermaksud sombong, bongkak, kedekut

Aku rasa nak tumbuk muka orang yang cakap macam ni. Aku sedih bila orang yang keluarkan statement macam ni terdiri daripada bangsa Melayu sendiri. Bagi aku orang yang macam ni mempunyai satu sifat dengki dan berhati busuk. Mereka tidak senang bila melihat orang yang sebangsa dengannya berjaya dan pantang bila lihat orang lain lebih darinya.

Yang selalu cakap berkaitan dunia ni tau ke apa maksud dunia? Sikit-sikit dunia....kerja keras sikit dunia. Berduit berharta sikit dunia....kalau miskin itu zuhud. Meminta dan beratur untuk ambil duit bantuan tu baru dikatakan akhirat.

Mari aku beritahu kamu apa maksud dunia di sisi agama.

Ad dunya (dunia) maa siwa ridhallah = Dunia itu barang yang selain dari redha Allah (terjemahan kitab)

Aku tak perlu bagitau apa nama kitabnya. Pergi cari sendiri, kalau kamu betul-betul kejar akhirat mesti dah dapat tangkap rujukan mana maksud dunia ini. Aku bukan ustaz nak ajar orang tapi hanya menyampaikan apa yang tuk guru aku ajar dahulu.

Apabila kita gunakan segala benda yang dipinjamkan oleh Allah dan kita kembali semula padaNya itu bukan dunia.

Contoh mudah aku bagi. Jika kamu bekerja keras supaya lebihan harta yang kamu ada boleh kamu guna untuk bantu orang yang berada dalam kesusahan, untuk selesaikan hutang piutang saudara mara kamu, tanggung mak ayah kamu pergi kerjakan ibadah haji, menyenangkan ibubapa kamu yang dah banyak bersusah payah untuk besarkan kamu dulu, berzakat, memberi sedekah pada anak yatim.....itu bukan dunia sayangku...

Masalahnya orang keluarkan statement tu pun hutang ptptn pun tak habis bayar lagi, hulur duit pada mak ayah pun kemut-kemut lagi, sedekah di tabung masjid pun guna duit biru lagi, nak hulur duit pada mak ayah pun berkira lagi.....so nak kata kamu tu akhirat sangat ke? Ni la yang aku katakan kamu ni 'orthodox'.

Kita selalu lupa terlalu banyak hadis-hadis nabi, cakap-cakap ulamak berkaitan muslim perlu berharta.

"Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah"

"Istanzilu rizqo bis sodaqoh = diturunkan rezeki dalam keadaan bersedekah"

"Orang kaya yang bersyukur itu lebih mulia dari orang miskin yang sabar"

"Ad dunya mazro'ul akhirah = dunia tempat menanam akhirat"

"Sebaik-baik rumah ialah rumah yang luas"

"Sebaik-baik kenderaan ialah kenderaan yang pantas"

Sekali lagi tak perlu aku beritahu kamu mana satu hadis, mana satu cakap ulamak kerana kamu sudah cukup akhirat untuk membezakannya.

#Sebab apa dikatakan tangan di atas lebih mulia dari di bawah? Tangan siapa yang selalu berada di atas? Kaya atau miskin?

Mustahil dan amat mustahil bagi orang miskin itu tangannya selalu berada di atas sebab dah dijanjikan oleh Allah, orang yang selalu bersedekah itu takkan miskin! Bersedekah takkan kurangkan harta walau sedikit! Kalau kamu miskin maknanya kamu masih kurang bersedekah dan kalau nak banyak rezeki mesti banyak bersedekah.

#Sebab apa dikatakan orang kaya yang bersyukur itu lebih mulia dari miskin yang sabar?

Perkataan bersyukur terlalu banyak Allah sebut dalam Al-Quran. "Qolilan maa tasykurun...Terlalu sedikit orang yang bersyukur". Amat susah untuk orang kaya itu bersyukur tapi jika orang kaya pun boleh bersyukur bermakna darjat mereka lebih mulia dari orang yang miskin yang selalu bersabar di atas kemiskinannya.

Jadi mana satu yang lebih utama, kaya atau miskin?

Dunia ini tempat menanam akhirat. Hanya orang bodoh saja cakap jangan kejar dunia, tapi kejar akhirat.
Sebenarnya kita kena kejar dua-dua sekali....dunia dan akhirat.

Dunia ibarat musim menanam padi dan akhirat ibarat musim menuai. Boleh ke kalau tak nak tanam tapi hanya nak menuai?

Sebab tu lah dalam setiap doa yang dibacakan, kita selalu meminta supaya berjaya dunia dan akhirat.
Robbana atina fii dunya hasanah, wa fil akhiroti hasanah......
Kenapa tak hanya mintak kebaikan akhirat saja?

Aku nak simpulkan di sini....jangan kita doktrinkan seolah-olah kaya itu satu dosa!!
Tetapi higlight kan bahawa yang dosanya adalah menyombong diri, tidak berzakat, pemalas, hanya tahu menadah saja.....

Sampai bila Melayu Islam nak maju kalau terlalu memomokkan kaya itu satu dosa.

Apa-apa pun niat kena betul jangan main hentam je. Asal tengok orang tu berharta berduit sikit kamu kata dia kejar dunia. Sedangkan kamu tak tahu, disebalik 'dunia' yang kamu label tu mungkin zakat dan sedekahnya lebih banyak dari kamu, mungkin kebaikannya terhadap ibubapanya jauh lebih hebat dari kamu, mungkin tahajudnya lebih kerap berbanding kamu, mungkin hubungan sesama manusianya lebih baik dari kamu, dan yang lebih penting mungkin hatinya lebih mulia dari kamu yang hanya tahu mengata dan tak senang duduk.

Perbetulkan niat kita. Cerminkan diri kita dahulu. Halakan jari telunjuk ke arah batang hidung kita dulu.

Segala apa yang aku kata di atas, tidak lain hanya ingin melihat Melayu Islam terus maju bukan mundur. Bukan hanya tahu bergosip. Sedarlah yang kita dah semakin ketinggalan dek kerana hati kita terlalu busuk.

Akhir kalam....aku bukan ustaz, terdapat ayat, hujah yang mungkin banyak cacat cela...

Wallahua'lam


Thursday, March 13, 2014

SECEBIS KATA SEMANGAT DARI DIA

Bismillah...



Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang yang asing".

Kata-kata yang membuat aku tersentap. Kadang-kadang bila selalu termakan kata-kata orang lain, kita tak sedar bahawa kita semakin hilang jati diri dan pegangan dek kerana terlalu endah kata-kata orang.

Buat apa yang Allah suka.
Jangan segan menjadi asing.
Jangan takut menjadikan Islam sebagai cara hidup.
Jangan rasa bersalah apabila kita lain dari yang lain.
Sebab bukan pandangan manusia yang kita cari.

Tak semua lelaki itu kuat kalau tiada tunjang sokongan di belakang. 

Menjadi imam belum tentu sempurna. Perlu juga ada makmum yang mampu menegur di belakang.

Lelaki sifatnya membimbing. Perlu menjadi kuat dahulu sebelum menguatkan orang lain.

Apa-apa pun terima kasih aku ucapkan kepada Si dia kerana mengingatkan aku.

Ku doakan agar engkau diberkati selalu....
Aku hormati prinsipmu...
Moga kita berada dalam landasan yang betul....
Moga ku jadi hamba dagang yang asing...
Moga jodoh kita sampai ke syurga....
Amin...








KELAS TERAPI PERUBATAN CINA GUASA PERCUMA




Bismillah...

Nak belajar terpai perubatan cina urutan guasa secara PERCUMA?

Dengan Terapi Guasa Seni Urutan Cina yang unik dapat memberikan anda satu ilmu yang luarbiasa!

Dengan kaedah urutan tradisional ini anda boleh melegakan pelbagai penyakit dan dapat memberi kesan kesegaran tubuh badan serta merta.

Seni urutan guasa ini boleh mengeluarkan toksin dari badan sama seperti akupuntur dan bekam tanpa menggunakan jarum dan tanpa mengeluarkan darah.

Untuk mengetahu bagaimana seni ini dikendalikan, sila luangkan masa untuk hadirkan diri untuk belajar bersama-sama.



Sabda Nabi saw, "Sampaikanlah ilmu yang bermanfaat walau sepotong ayat".

Jadi datanglah beramai-ramai ke majlis ilmu terapi yang boleh merawat 400 jenis penyakit yang sudah dikenal pasti dan telah dibukukan oleh Prof. Lu, Pakar Guasa dari negara China.

Tarikh    : 15 Mac 2014
Hari       : Sabtu
Tempat  : Dewan Diamond 1, Tingkat 3, No.20, Jalan 1/136C, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
Masa     : 1 - 5pm
Yuran    : PERCUMA
Info lanjut : Guasa via fb

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya, Junaidi (013-6660473)





THE ROAD NOT TAKEN



Assalamualaikum...
Hi everyone! Hope you're in a good mood! Always be happy and try to force to be happy! or else pretend to be happy...huh can you?

Do you still remember the poem when we were in a secondary school long time ago. I think it is form four poem in English literature if I'm not mistaken. This is the poem that I like the most . It gives me a lesson and it is really significant to my life! It sounds....

Two roads diverged in a yellow wood
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth

Then look the other, as just as fair
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence
Two roads diverged in a wood, 
and I took the one less traveled by
And that has made all the difference



I dont mean to define every single word of this poem and also not to describe what is all about since we have learnt this before. Go back to your school! hehe

What does attract me is the leasson it gives...it seeps into my heart,,fuh!

Do you realize, the importance of taking a rare decision in our life? How do you realize that and how do you implement it in our life?

I still remember when I was form four in Kolej Islam, I did participate in a choral speaking competition represented my school. At that time, we were the only group where all boys! A bit proud..hehe =)

So, to make it short, our first text of choral speaking (we created by our own) had been rejected by teachers. Maybe it's too simple and childish! So, the teacher gave us a new text which was too long and too difficult to present. Everybody showed a sour face to express their feeling. We disagreed actually but we got no choice..the competition was less than one week to go to prepare everything! But the most memorable word I remember when  our teacher said, there's something good beyond every difficulty.

Finally, we managed to present our performance excellently with an ovation from the audience. Eventhough we did not win, we managed to attract the audience attention by our Titanic Song in the middle of the script. Our group was quite unique, the only boys so called Islamic (Sekolah agama) performed choral speaking...can you imagine that? At last, out teacher congratulated us and treated us with ice-cream...haha.

In reality, we should train ourselve taking a decision which normal people won't. Try to make a difference.

I have made a decision for not being employed eventhough I have a degree and master. I have burnt my bridge so I cannot turn back! I do what I believe. I don't want to do what common people do. This is just an example...I'm not opposing anyone. People do something by their own reason I believe.

What makes us different from others is a principle. Don't break your principle. The powerful strength comes from within. We got our giant in our body...summon it!

Last but not least, no matter what we do...believe me we are actually seeking for a happiness. We're moving towards happiness. The only is that the happiness depends on how you define it.

Good luck in your life!


DIA AWAL DIA AKHIR (DADA)

Bismillah...
Assalamualaikum sahabat semua...
Salam ceria...salam kenal-kenal

Alhamdulillah...sebenarnya susah jugak nak ber'blogging' ni since laptop dah rosak! Sebelum ni kalau nak blogging terpaksa pinjam laptop junior...kalau facebook cukup sekadar guna phone. Tapi kini alhamdulillah syukur banyak-banyak sebab komputer yang ada dalam makmal, dah boleh ber'online'....oh yes!!!! Boleh online sampai pagi....banyak kerja boleh buat! hehe

Sekarang ni heboh memperkatakan mengenai tragedi pesawat MH370 yang hilang. Sangat sedih...hanya Tuhan saja yang tahu. Sebenarnya, jauh di sudut hati masih merasakan yang mereka masih hidup. Cuma hari kedua tu emosi agak terusik bila ada orang mengatakan pesawat sememangnya terhempas...malam tu memang tak boleh tidur dan frankly speaking memang mengalir air mata jugak la. Sebab aku pernah naik flight for several times and cannot imagine apa yang bakal dirasai sekiranya flight tu terhempas....nauzubillah.

Tapi bila mana ramai orang memberi pelbagai macam spekulasi...dan banyak andaian yang diberi oleh pihak media, hati aku lebih berat mengatakan yang pesawat MH370 di hijacked and all passengers are still alive!
I hope so.....and will pray harder!

Ingin sekali aku petik ayat Allah yang berbunyi :

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka lalu berkata Innalillah wa inna ilahi roji'un - sesungguhnya kami milik Allah, dan kepadaNya lah kami kembali. Mereka itulah orang yang memperoleh rahmat daripada TuhanNya, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk".

(Al-Baqarah 2 : 155-157)

Sebenarnya Allah sentiasa menguji hambaNya sebagai tanda peringatan dan sayangnya Dia pada kita. Ujian pula tidak bermakna masalah yang kita hadapi baru dikatakan ujian. Ujian juga boleh jadi nikmat yang melimpah ruah dan Allah sengaja menguji sama ada kita benar-benar bersyukur atau tidak.

Semua makhluk selagi bergelar manusia akan diuji. Ujian diberi untuk meningkatkan darjat kita. Tapi sejauh mana kita bertindakbalas terhadap ujian itu yang lebih utama.

*****************************************************************************************************

PROBLEM + RESPONSE = RESULT/OUTCOME

Mari kita lihat formula ini. Suka aku bagi contoh di sini.

1. Masalah kewangan (PROBLEM) + bersyukur, berfikir, mencari kerja part time, terpaksa kreatif memerah otak mencari idea (RESPONSE) = berubah jadi rajin, rezeki sentiasa datang, hati senang (RESULT/OUTCOME)

2. Masalah kewangan (PROBLEM) + merungut, blame people, berhutang (RESPONSE) = kekal miskin, suami isteri bergaduh, hati sentiasa resah (RESULT/OUTCOME)

Ini contoh bagi masalah kewangan. Banyak lagi masalah yang kita boleh match in the formula. So jika berhadapan dengan apa jua masalah, sentiasa kena anggapkan diri kita sebagai kaunselor yang tolong selesaikan masalah. Anggapkan masalah itu bukan masalah kita tapi masalah orang lain dan orang yang bermasalah itu datang jumpa kita minta solution. Pendek kata, kita kena get out of the problem and look at the problem from outside.

Cuma apa yang aku ingin berkongsi di sini ialah apa lagi cara untuk kita selesaikan masalah? Kadang-kadang kita buntu. Kita tak dapat lari dari keep on repeating the same mistake and keep on doing the same thing. Kita rasa seperti rezeki tu tak menyebelahi kita. Kita rasa orang sekeliling kita ni tak membantu dan tak memahami. Kita rasa kawan-kawan kita tak ambil tahu tentang diri kita sama ada kita sedang hadapi masalah ke dan lain-lain. So in this situation what to do? What does it take to solve the problem?

Aku pun pernah mengalami situasi seperti ni. At that time, aku rasa dah tak berguna, dah berputus asa....masalah datang bertalu-talu...nak mengadu pada family takut diorang risau, nak mengadu kat kawan-kawan, ada ke yang sudi mendengar? Sebenarnya banyak cabaran dan masalah yang pernah aku alami tapi belum tiba masanya untuk aku berkongsi kerana aku belum lagi berjaya dan belum lagi berada di puncak...masih merangkak dan masih lagi start from zero.

Aku pernah review dengan mentor aku yang juga seorang motivator. Beliau banyak mengajar aku tentang attitude aku bila berhadapan dengan masalah. Salah satu ilmu yang ingin aku kongsikan di sini ialah ilmu DADA - Dia Awal Dia Akhir.

Apa yang dimaksudkan dengan Dia Awal Dia Akhir?

Pertama sekali, jika kita mengalami apa jua masalah harus diingat dan sentiasa kena ingat bahawa masalah tersebut hanya diberi pada Insan yang Terpilih saja....lagi sekali HANYA INSAN YANG TERPILIH SAHAJA! Insan terpilih itu ialah KITA! dan kita haruslah bersyukur kerana terpilih!

Kedua, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian dan pasti ada hikmah di sebaliknya. Masalah hadir untuk diselesaikan. Jalan penyelesaian dan hikmah itu bergantung pada sejauh mana kita mencari dan bertindakbalas terhadapnya.

Ketiga, do not try to be number One! The Number One is only HIM! Jadi tak perlu meratap, menangis pada orang lain untuk orang bantu kita...tambahan pula Islam tak anjurkan kita meminta bantuan sehingga menjatuhkan air muka kita. Dari segi syarak pun ada hukumnya tapi aku tak ingat sama ada makruh atau haram meminta pertolongan manusia sehingga jatuh air muka kita.

Jadi mentor aku ni berpesan pada aku, setiap masalah yang datang mesti kena mulakan dengan mengadu pada Allah terlebih dahulu....Dia yang Awal.

Jarang kita mengadu sehingga menangis teresak-esak pada Allah bukan?
Jarang kita bermanja-manja dengan Allah dalam doa kita seperti seorang anak kecil merayu memintakan sesuatu daripada ibunya bukan?
Jarang kita ungkapkan lafaz I love you Allah dalam doa kita bukan?
Jarang kita meminta-minta mendambakan sesuatu dengan cara bersungguh-sungguh pada Allah bukan?

Semua ini jarang sekali kita lakukan kerana keyakinan kita pada Allah hanya sekadar Allah untuk disembah. Ketauhidan kita pada Allah hanya sekadar Allah itu Maha Pengampun, Maha Besar tetapi kita sudah lupa Dia juga Maha Memberi, Maha Penyayang, Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Kaya.....kekayaan Dia tak terbatas dan infiniti! Tetapi kita tak mintak...BR1M (contoh) jugak yang kita mintak, lepas tu kalau tak dapat merungut dan blame kerajaan....sebab kita dah tak nampak duit BR1M tu pada hakikatnya Allah yang bagi bukan pakcik Najib. Ini sekadar contoh yang aku bagi. So aku relate kan dengan Ilmu Tauhid yang ramai di kalangan kita pandang enteng. Jangan kita jatuh dalam golongan orang yang kufur disebabkan kejahilan kita.

Sentuh pasal BR1M sebenarnya aku pun mintak jugak...tapi tak dapat sebab salah bagi nombor akaun. Boleh je kalau nak buat aduan tapi rasanya macam bukan rezeki aku, ramai yang lebih memerlukan.

Seterusnya, setelah kita bermanja-manja, merintih, meminta-minta dengan penuh rasa kehambaan, kita perlu berusaha mencari jalan penyelesaian. Kita boleh minta pertolongan orang lain tapi mesti qasadkan (niatkan) dalam hati jika ada orang yang membantu itu hakikatnya Allah yang bantu dengan cara menghantarkan somebody kepada kita.

Dia yang Akhir bermaksud selesai segala usaha dan doa, kita mesti menutup dengan tawakal..berserah diri padaNya. Surrender to Him! Dari situ bila kita dah berjaya kelak, kita tak akan angkuh dan sombong sebab kita tahu Dia yang merancang segalanya dan kita tak ubah macam puppet saja di dunia ni.

Semua yang di atas ini aku tujukan khas buat diriku sebagai muhasabah untuk diri sendiri. Tak ada niat untuk perbetulkan orang lain sedangkan diri sendiri pun masih terkontang-kanting lagi.

Segala yang baik datangnya dari Allah yang buruk bersandarkan pada kelemahan aku sendiri.

Wallahua'lam




Saturday, March 8, 2014

GEMBIRAKAN HATI ORANG LAIN ITU SATU BENTUK SEDEKAH

Seorang guru yang separuh  umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.

Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut.

Mereka kelihatan sebagai kawan yang sangat akrab walaupun dengan perbezaan usia yang sangat zahir. Inilah keistimewaan seorang murabbi yang ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yang usang.

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul :

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut...jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! Hehe...".

Guru yang alim dan bijak itu menjawab :

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yang susah. Kamukan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang itu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun itu?"

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan untuk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon.

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40an, bajunya basah dengan peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun. Ada beberapa keping dalamnya!!

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir-hampir pucat melihat wang yang lebih banyak!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang di sekitarnya..mungkin nak bertanyakan sesuatu.

Beliau mendapati dirinya keseorangan.

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar-Razzaq (Pemberi rezeki).

"Aku bersyukur kepadaMu, Ya Allah, Tuhanku.

Wahai Yang Maha Mengetahui, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa-apa pun hari ini.

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri-isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara :

"Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yang kehilangan barangan?"

Pemuda itu segera menjawab,

"Hari ini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang baru aku faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku :

"Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil".

Gurunya melanjutkan :

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam :

1. Memafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas dendam, adalah suatu pemberian.

2. Mendoakan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

3. Berusaha untuk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

4. Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya adalah satu pemberian lagi.

Ini semua adalah pemberian dari Allah supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang berada sahaja. Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai anakku!.

Semoga bermanfaat.