IKLAN NUFFNANG

Saturday, March 15, 2014

BEING RICH IS A SIN OR YOU ARE THAT SINFUL?

Bismillah...

Assalamualaikum....

I just finished attending my business class and straight away facebooking. Going through every newsfeed as usual with the hope of getting new info regarding missing flight MH370 but there's something caught my eye and made me angry! haishhhh.......

Emm...refuse to mention who is he/she and what is all about in detail but I totally disagree with his/her statement. His/her statement really opposed what has been promoted by religions especially Islam and can make Malay Muslim left behind with the kind of such 'orthodox' minded! (I feel my blood sizzling....)

Status yang dikeluarkan seolah-olah menggambarkan bahawa mencari harta dan menjadi kaya itu satu dosa besar. Golongan 'orthodox' macam dia ni la yang banyak memberi kesan negatif pada minda orang Melayu. Kita sering dimomokkan,

Kerja keras saja bermaksud kita ni terlalu kejar dunia. 

Kaya bermaksud sombong, bongkak, kedekut

Aku rasa nak tumbuk muka orang yang cakap macam ni. Aku sedih bila orang yang keluarkan statement macam ni terdiri daripada bangsa Melayu sendiri. Bagi aku orang yang macam ni mempunyai satu sifat dengki dan berhati busuk. Mereka tidak senang bila melihat orang yang sebangsa dengannya berjaya dan pantang bila lihat orang lain lebih darinya.

Yang selalu cakap berkaitan dunia ni tau ke apa maksud dunia? Sikit-sikit dunia....kerja keras sikit dunia. Berduit berharta sikit dunia....kalau miskin itu zuhud. Meminta dan beratur untuk ambil duit bantuan tu baru dikatakan akhirat.

Mari aku beritahu kamu apa maksud dunia di sisi agama.

Ad dunya (dunia) maa siwa ridhallah = Dunia itu barang yang selain dari redha Allah (terjemahan kitab)

Aku tak perlu bagitau apa nama kitabnya. Pergi cari sendiri, kalau kamu betul-betul kejar akhirat mesti dah dapat tangkap rujukan mana maksud dunia ini. Aku bukan ustaz nak ajar orang tapi hanya menyampaikan apa yang tuk guru aku ajar dahulu.

Apabila kita gunakan segala benda yang dipinjamkan oleh Allah dan kita kembali semula padaNya itu bukan dunia.

Contoh mudah aku bagi. Jika kamu bekerja keras supaya lebihan harta yang kamu ada boleh kamu guna untuk bantu orang yang berada dalam kesusahan, untuk selesaikan hutang piutang saudara mara kamu, tanggung mak ayah kamu pergi kerjakan ibadah haji, menyenangkan ibubapa kamu yang dah banyak bersusah payah untuk besarkan kamu dulu, berzakat, memberi sedekah pada anak yatim.....itu bukan dunia sayangku...

Masalahnya orang keluarkan statement tu pun hutang ptptn pun tak habis bayar lagi, hulur duit pada mak ayah pun kemut-kemut lagi, sedekah di tabung masjid pun guna duit biru lagi, nak hulur duit pada mak ayah pun berkira lagi.....so nak kata kamu tu akhirat sangat ke? Ni la yang aku katakan kamu ni 'orthodox'.

Kita selalu lupa terlalu banyak hadis-hadis nabi, cakap-cakap ulamak berkaitan muslim perlu berharta.

"Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah"

"Istanzilu rizqo bis sodaqoh = diturunkan rezeki dalam keadaan bersedekah"

"Orang kaya yang bersyukur itu lebih mulia dari orang miskin yang sabar"

"Ad dunya mazro'ul akhirah = dunia tempat menanam akhirat"

"Sebaik-baik rumah ialah rumah yang luas"

"Sebaik-baik kenderaan ialah kenderaan yang pantas"

Sekali lagi tak perlu aku beritahu kamu mana satu hadis, mana satu cakap ulamak kerana kamu sudah cukup akhirat untuk membezakannya.

#Sebab apa dikatakan tangan di atas lebih mulia dari di bawah? Tangan siapa yang selalu berada di atas? Kaya atau miskin?

Mustahil dan amat mustahil bagi orang miskin itu tangannya selalu berada di atas sebab dah dijanjikan oleh Allah, orang yang selalu bersedekah itu takkan miskin! Bersedekah takkan kurangkan harta walau sedikit! Kalau kamu miskin maknanya kamu masih kurang bersedekah dan kalau nak banyak rezeki mesti banyak bersedekah.

#Sebab apa dikatakan orang kaya yang bersyukur itu lebih mulia dari miskin yang sabar?

Perkataan bersyukur terlalu banyak Allah sebut dalam Al-Quran. "Qolilan maa tasykurun...Terlalu sedikit orang yang bersyukur". Amat susah untuk orang kaya itu bersyukur tapi jika orang kaya pun boleh bersyukur bermakna darjat mereka lebih mulia dari orang yang miskin yang selalu bersabar di atas kemiskinannya.

Jadi mana satu yang lebih utama, kaya atau miskin?

Dunia ini tempat menanam akhirat. Hanya orang bodoh saja cakap jangan kejar dunia, tapi kejar akhirat.
Sebenarnya kita kena kejar dua-dua sekali....dunia dan akhirat.

Dunia ibarat musim menanam padi dan akhirat ibarat musim menuai. Boleh ke kalau tak nak tanam tapi hanya nak menuai?

Sebab tu lah dalam setiap doa yang dibacakan, kita selalu meminta supaya berjaya dunia dan akhirat.
Robbana atina fii dunya hasanah, wa fil akhiroti hasanah......
Kenapa tak hanya mintak kebaikan akhirat saja?

Aku nak simpulkan di sini....jangan kita doktrinkan seolah-olah kaya itu satu dosa!!
Tetapi higlight kan bahawa yang dosanya adalah menyombong diri, tidak berzakat, pemalas, hanya tahu menadah saja.....

Sampai bila Melayu Islam nak maju kalau terlalu memomokkan kaya itu satu dosa.

Apa-apa pun niat kena betul jangan main hentam je. Asal tengok orang tu berharta berduit sikit kamu kata dia kejar dunia. Sedangkan kamu tak tahu, disebalik 'dunia' yang kamu label tu mungkin zakat dan sedekahnya lebih banyak dari kamu, mungkin kebaikannya terhadap ibubapanya jauh lebih hebat dari kamu, mungkin tahajudnya lebih kerap berbanding kamu, mungkin hubungan sesama manusianya lebih baik dari kamu, dan yang lebih penting mungkin hatinya lebih mulia dari kamu yang hanya tahu mengata dan tak senang duduk.

Perbetulkan niat kita. Cerminkan diri kita dahulu. Halakan jari telunjuk ke arah batang hidung kita dulu.

Segala apa yang aku kata di atas, tidak lain hanya ingin melihat Melayu Islam terus maju bukan mundur. Bukan hanya tahu bergosip. Sedarlah yang kita dah semakin ketinggalan dek kerana hati kita terlalu busuk.

Akhir kalam....aku bukan ustaz, terdapat ayat, hujah yang mungkin banyak cacat cela...

Wallahua'lam


No comments :

Post a Comment