IKLAN NUFFNANG

Thursday, January 6, 2011

JOM MANTOP



Alahai...hujan turun tak reda-reda. Kerja di luar sana masih banyak nak kena siapkan dengan kadar segera. Memang tak boleh ke mana. Jadi, aku stay je la kat bilik sambil habiskan baca buku yang aku beli di MPH 2 minggu lepas. Buku uni bertajuk Jom Mantop karangan Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj, seorang pakar motivasi yang tidak asing lagi.

Apa yang menarik yang ingin dikongsikan bersama dalam buku ini ialah bahasa santai yang digunakan yang membuatkan kita selesa dan terus membaca dengan khusyk seolah-olah Dr. Hm Tuah bercakap dengan kita.

Tajuk-tajuk dan hasil kupasan yang menarik dapat membangkitkan lagi semangat motivasi di samping pengalaman yang luas dalam pengembaraan dan penjelajahan di seluruh dunia oleh Dr. Hm Tuah dapat membuka minda setiap pembaca.

Antara tajuk yang menarik dalam buku ini ialah Tragedi di Jerman, Tupai di Amerika, Kisah 5 Sahabat, Don't Be So Gatal, Cerita Aneh di Cambridge, Wanita Kimia Melayu Pertama dan banyak lagi yang mana kesemua cerita ini dapat membuatkan kita berfikir tentang kehidupan.

Dalam buku ini juga terkandung cerita-cerita orang Melayu yang telah berjaya setanding malah melebihi orang barat yang mana kita sendiri pun tak pernah kenal mereka itu. Dengan membaca buku ini, kita dapat ukur diri kita berada di tahap yang mana dan jadikan parameter untuk kita berubah dengan lebih maju ke hadapan. Jangan ketinggalan membaca buku ini!

Dapatkan segera.. Sewa Rm3 seminggu (7 hari)