IKLAN NUFFNANG

Sunday, January 16, 2011

KONVENSYEN DARI 0 SAMPAI JUTAWAN

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman...pada malam ni tepat jam 11.41pm saya ingin berkongsikan pengalaman menghadiri Konvensyen Dari 0 Sampai Jutawan yang diadakan pada 15 & 16 Januari 2011 (Sabtu & Ahad) di PWTC.

Konvensyen ini dikendalikan oleh Peoplelogy Community Sdn Bhd di mana 7 Jutawan Malaysia berkumpul berkongsikan pengalaman dan tip-tip yang berguna kepada semua usahawan yang hadir. Antara jutawannya adalah Datuk Dr. Azman Ching (Mentor Jutawan), Chef Ismail (Pakar Industri Makanan), Datuk Dr. Maznah Hamid (Pakar Industri Keselamatan), Norman KRU (Pakar Industri Hiburan), Irfan Khari (Pakar Internet), Abang Abu (Pakar Kewangan dan Billi Lim (Pakar Jualan). Rasa begitu teruja bila melihat secara live kesemua jutawan yang hadir.

Selesai sudah hari pertama konvensyen di mana pada sesi pertama Datuk Dr. Azman Ching memberikan talk motivasi bagaimana nak bina keyakinan diri dalam perniagaan. Memang cukup teruja dan bersemangat. Beliau menceritakan bagaimana beliau bermula dan menunjukkan video-video individu-individu yang berjaya yang rata-ratanya bermula dengan kesusahan. Sewaktu beliau menayangkan video insan kurang upaya yang begitu gigih menjalani hidup seharian malah tiada rungutan dan keluhan langsung membuatkan peserta yang hadir ada yan menangis..(sebenarnya aku pun mengalir gak air mata tapi tak tunjuk la...huhu).

Selesai saja sesi pertama, sesi kedua disambung dengan motivasi yang diberikan oleh Chef Li, Pakar Masakan yang tidak asing lagi kemudian disambung dengan Datuk Dr. Maznah Pengasas Securiforce yang diberi gelaran Iron Lady. Talk yang diberikan oleh beliau membuatkan peserta tak henti ketawa..memang lucu betul. Maklumlah gaya orang Kedah bagi motivasi...gaya selamber...mulut lepas. Memang bersifat motherhood, penuh dengan kasih sayang.

Di akhir sesi, agak lewat gak la lebih kurang pukul 7 baru habis, kami melakukan sesi networking dengan bertukar-tukar kad bisnes. Banyak betul networking yang aku dapat pada hari ini...tu baru hari ni belum lagi esok...

Antaranya, aku dapat kenalan yang mengasas spa di Bangi (aku bercadang nak join venture bisnes dengan dia since bisnes kami agak sama melibatkan kesihatan), ada pula yang dah memang bergelar jutawan, ada yang pengusaha kek lapis, roll cake, ada yang jadi consultant gold investment dan banyak lagi yang mana aku boleh simpulkan bahawa kesemua mereka hebat-hebat belaka dan boleh membantu aku di masa hadapan nanti. Kata madah pujangga, nak kaya dan berjaya duduklah dengan orang yang kaya dan berjaya, kita akan dapat auranya begitu juga nak jadi pandai duduklah dengan orang yang pandai-pandai, nak jadi alim bergaullah dengan orang alim-alim.

Esok awal pagi, aku kena bertolak dari sini pukul 7 lebih bagi memastikan aku sampai awal. Boleh borak-borak sambil berkongsi perniagaan...fuh teruja betul. Esok sesi Norman KRU, Irfan Khairi, Billi Lim, Abang Abu dan penutup disampaikan sekali lagi oleh Dr. Azman Ching. Yes!!!!

Nanti aku akan selitkan antara kata-kata perangsang yang aku sempat catat ketika Dr. Azman menyampaikan ceramahnya.











Hanya ini sahaja gambar yang dapat diambil kerana kamera dilarang sama sekali dibawa masuk. Esok abru nak try ambil gambar dengan Kesemua Jutawan yang hadir....kalau dapat.

Wslm

No comments :

Post a Comment