IKLAN NUFFNANG

Sunday, January 2, 2011

TAHUN BARU AZAM BARU



Go to fullsize image



Salam perjuangan...apa khabar kawan-kawan? Lama tak berborak di ruangan blog ni disebabkan kekangan masa dan jadual yang terlalu padat mengalahkan menteri. Apa boleh buat...dah nasib....=)

Hari ni 2 Januari 2011....sudah 2 hari kita menyambut tahun baru yang pastinya begitu mencabar bagi sesiapa sahaja. Korang sambut ke tahun baru ni?? Ada yang kata, kenapa nak sambut tahun baru masihi sedangkan tahun Maal Hijrah tidak disambut semeriahnya?? hehe...apa jawapannya yop?

Bagi saya kita sejak dilahirkan kedunia memang sudah didoktrin dan di'tarbiah' dalam akal fikiran kita bahawa tahun baru adalah tahun masihi sehinggakan di sekolah dahulu pun sebelum menulis dalam buku latihan atau buku nota sudah pasti di sebelah kiri atas akan ditulis hari dan disebelah kanan akan ditulis tarikh masihi. Tapi ada jugak la yang bersekolah di sekolah agama rakyat (KAFA) macam saya, akan tulis dua-dua tahun, tahun Hijriyah dan juga tahun masihi.

Apa-apa je la asalkan aqidah dan Iktiqad kita tak terpesong....

Jadi bagaimana dengan azam tahun baru? Dah tulis dan dicatatkan ke belum? Bagi sesiapa yang masih belum menulis apa azam dan matlamat yang ingin dicapai dalam tahun ini tu, segeralah menulisnya kerana matlamat akan lebih jelas dan kukuh apabila mata kita melihat dan tangan kita merasai sendiri matlamat kita. Dah tulis tu kemudian tampallah dekat dinding supaya setiap hari kita dapat lihat, rasa dan pegang matlamat kita tu.

Buat junior-junior ku, macam mana dengan keputusan peperiksaan baru-baru ni? Rata-rata yang saya tanya, mesti jawapannya kurang memuaskan. Ramai jugak la yang dapat PNGK bawah 3.0....=) Kenapa boleh jadi macam ni...haa? Ni gara-gara tak tulis matlamat la ni tahun lepas. Cuba tulis matlamat seperti mana yang saya sarankan, pasti boleh skor tahun ni.

Bagaimana nak tulis matlamat?

Go to fullsize image

Bagi saya, matlamat-matlamat yang ingin dicapai pada tahun ini, saya akan bahagikan mengikut kategori-kategori. We cannot just focus on one scope. Cara ini juga telah diajar oleh Jutawan Internet Malaysia seperti mana email dalam email yang dikirimkannya pada saya baru-baru ni.

Kalau pelajar, matlamatnya sudah tentu hendak lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan dan kalau yang dah bekerja sudah tentu hendak kumpulkan aset wang simpanan sebayak mungkin. Tapi itu hanya satu bidang je yop, kita kena kembangkan lagi.

Berikut adalah kategori yang perlu ada dalam matlamat kita tahun ini :

1. Peribadi
2. Spiritual
3. Keluarga
4. Fizikal
5. Kesihatan
6. Mental
7. Intelek
8. Pendidikan
9. Pembangunan diri
10. Kewangan
11. Material
12. Karier

Nah...ini baru betul cara tulis matlamat dan inilah yang dikatakan seimbang dunia akhirat. Mesti kena ada aspek fizikal, rohani dan mental baru boleh berjaya dalam hidup. Setiap satu kategori ni pulak mungkin dibwahnya ada 2-3 matlamat yang ingin dicapai. Contohnya dalam kategori spiritual, mungkin dibawahnya matlamat yang ingin dicapai adalah ingin menunaikan umrah, khatam Quran dan lain-lain lagi. Bagi diri saya, dalam semua kategori ini terkandung 25 matlamat yang ingin dicapai dan bukan sahaja yang 'ingin' dicapai malah yang 'realistik' dapat dicapai. Tak perlulah saya nyatakan di sini apa matlamat saya pada tahun ini. Yang pasti, tahun ini saya gelarnya sebagai "TAHUN BEKERJA KERAS'. Segala perancangan dah disusun dengan rapi, InsyaAllah mudah-mudahan tercapai.

Go to fullsize image

Bagi kawan-kawan di sana, anda jugak perlu lakukan seperti ini. Saya tak kata suruh contohi saya sebab saya pun baru nak bertapak, baru nak melangkah, baru nak bertatih. Saya sarankan ikut apa yang saya sebutkan di atas kerana tip-tip ini diajar oleh Jutawan Irfan Khairi. Kita kena ikut langkah orang yang dah berjaya. Mungkin ada di kalangan kawan-kawan yang berpendapat bahawa kenapa nak diikut Irfan Khairi ni,  ada pulak suara-suara sumbang yang kata, itu semua materialistik, duniawi. Bagi saya orang ini kuno, orthodox, narrow minded. Zaman ini no money no talks. Nak zakat guna duit, nak pergi haji guna duit (beribu tu beb!), nak bagi mak duit kena ada duit, nak mati nanti pun kena duit...pendek kata semuanya duit. kalau Irfan Khairi ni materialistik, sudah tentu beliau tak suruh kita letakkan kategori matlamat yang kedua iaitu spiritual. Ramai lagi Jutawan yang islamik dan tawaduk yang akan saya paparkan sejarahnya dalam entri akan datang.

Ok..setakat ini sahaja untuk kali ini. Kita jumpa lagi....tatata