IKLAN NUFFNANG

Wednesday, April 30, 2014

TIPS LANGSAIKAN HUTANG

Bismillah...

Anda dikelilingi hutang yang menimbun?
Rasa takut nak berhadapan dengan hutang? Hidup sentiasa murung? Buntu tak tahu bagaimana nak selesai?

Jangan risau keranan saya pun pernah mengalami perkara yang sama. Jangan lari sebaliknya face up!!
Di sini saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang saya belajar untuk anda yang mengalami masalah hutang.

Strategi #1 - Jangan Buat Hutang Lagi

Selagi boleh hidup tanpa hutang, jangan sekali-kali menambahkan lagi hutang sedia ada. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa hutang, itu bermaksud kita masih belum mampu untuk mendapatkannya. Jadi, kumpul duit dulu, bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar....sabar...sabar dan terus bersabar.

Strategi #2 - Langsaikan Hutang Yang Interest Rate Paling Tinggi Dulu

Contohnya hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3 - 5% setahun). Jadi, cuba list down semua hutang yang ada mengikut interest rate. Interest rate paling tinggi tu kena settle terlebih dahulu.

Hutang seperti housing loan perlu diselesaikan last sekali kerana ia dikategorikan sebagai "good debt" iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya!

Strategi #3 - Buka Dana "Full-settlement Hutang"

Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat daripada bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai "pokok" je, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai "pokok" + "interest"!

Strategi #4 - Gunakan Duit 'durian runtuh' seperti Bonus Tahunan Untuk Langsaikan Hutang

Yang ni kena mujahadahlah sikit..bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.

Strategi #5 - Simpan Duit Kenaikan Gaji Tahunan 100% Ke Dalam Dana Full-Settlement Hutang

Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang.

Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan jadi, masukkan lebihan RM80 sebulan ke dalam dana full-settlement hutang.

Strategi #6 - Bila Dah Settle Satu Hutang, Simpan Duit Installment Bulanan Seterusnya Ke Dalam Dana Full-Settlement Hutang

Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan (contoh), simpanlah RM600 tu masuk ke dana full-settlement hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai 'kenaikan gaji' apatah lagi untuk tukar kereta baru.

Strategi #7 - Bayar Hutang Secara Automatik

Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar Bila terlupa bayar, itu semua jadi tertunggak.






Friday, April 25, 2014

4 PRINSIP ASAS URUS KEWANGAN

Bismillah...

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menulis artikel. Sekadar berkongsi ilmu dengan pembaca sekalian. Kesemua artikel yang saya tulis, bukan niat untuk mengajar tapi artikel-artikel tersebut ada yang hasil keringat saya sendiri dan ada juga hasil carian saya dari sumber lain untuk kegunaan saya sendiri juga.

Kali ni saya nak berkongsi berkaitan 4 prinsip asas urus kewangan.

Bila anda betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin anda boleh guna Prinsip Kewangan ini. 

Harus diingat!!! Kita mencari duit lebih bukan untuk kejar dunia....tetapi untuk selesaikan segala hutang piutang kita. Saya boleh jamin dan pasti ramai di kalangan kita terutamanya yang makan gaji mesti ada hutang. Betul? Jadi buka minda dan lapangkan dada anda untuk berilmu.

Prinsip #1 : Beli Secara Tunai

Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dan sebagainya. Kalau terpaksa hutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. Jadi, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.




Prinsip #2 : Hidup Di Bawah Kemampuan, Bukan Ikut Kemampuan

Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga je dulu. Lupakanlah dulu perkataan "bergaya" dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.

Saya pakai kereta Honda Civic saya untuk jangka masa panjang. Dulu pernah terfikir untuk pakai kereta nasional je tapi bila tengok ramai yang pakai kerta nasional, maintenance dia agak tinggi jugak...selalu rosak jadi saya buat keputusan ambil Honda Civic untuk jangka masa panjang. Honda jarang rosak dan sangat tahan lasak.

Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade lifestyle buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subscribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel  tu atau terus hentikan langganan astro! Kalau sekarang gemar makan di luar, apa kata masak di rumah je atau bawa bekal ke pejabat. Pokoknya adalah hidup di bawah kemampuan.

Antara perkara yang boleh dipertimbangkan :

1. Jual barang yang bukan keperluan
2. Hentikan tabiat merokok (banyak boleh jimat tu!)
3. Hentikan langganan astro (atau tukar pakej lebih murah)
4. Masak sendiri, makan di rumah dan bawa bekal ke pejabat
5. Pindah rumah yang lebih kecil atau sewa rumah yang lebih murah



Prinsip #3 : Mulakan Tabiat Menyimpan Walaupun Sedikit

Sedikit tak mengapa asalkan simpan. Biasakan diri dengan menyimpan. Saya selalu menyimpan duit-duit syiling dan lebihan-lebihan duit kertas RM1. Selalunya bila saya pecahkan duit RM10/RM50 umpamanya, duit lebihan syiling dan RM1 saya tak akan guna sebaliknya saya simpan dalam tabung (mangkuk besar). Bila mangkuk tu dah penuh, kemudian saya akan pergi ke mana-mana kafe atau kedai yang perlukan syiling untuk ditukarkan kepada duit besar. Duit tersebut bank in terus ke dalam bank sebagai saving.

Percayalah....sikit-sikit lama-lama jadi gunung!




Prinsip #4 : Bina Pendapatan Kedua

Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim 'bisnes'. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasi; bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 5%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepat proses bebas hutang!!!

Pendapatan kedua penting sebagai back up income utama dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.

Itu jela rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya! Bezanya antara orang berjaya dan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!!

by Mohd Zulkifli Shafie edited by Junaidi Shukri

Jika berminat untuk tambahkan pendapatan dan mencari sumber income kedua, jom jumpa saya!!



ENAM FITNAH TERBESAR DAJJAL

Tidak ada keraguan bagi orang yang beriman terhadap segala berita yang datang dari Rasulullah saw masuk akal atau pun tidak kerana mereka meyakini bahawa segala yang diberitakan oleh Rasulullah saw sepanjang riwayatnya sahih merupakan wahyu daripada Allah swt.

Segala perkara yang disebutkan oleh Rasulullah saw yang berkaitan dengan dajjal seperti sifat-sifatnya, kejadian-kejadian luar biasa yang berlaku, masa tinggalnya di atas dunia, para pengikutnya, tempat turunnya, siapa yang akan membunuhnya dan sebagainya. Bagi orang yang beriman bukanlah sebuah khurafat dan tahayul yang menjajah akal serta hati mereka.

Fitnah yang dilakukan dajjal adalah banyak sekali di antaranya ialah :

1. Bersamanya ada syurga dan neraka

Dari Hudzaifah ra, Rasulullah saw bersabda :

"Dajjal cacat matanya yang kiri, keriting rambutnya, bersamanya syurga dan neraka. Nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka." (HR. Muslim, no.2934)

2. Membunuh satu jiwa kemudian menghidupkannya kembali

Rasulullah saw bersabda :

"Keluarlah pada hari itu seorang yang terbaik atau di antara orang terbaik. Dia berkata : "Aku bersaksi engkau adalah dajjal yang telah disampaikan kepada kami oleh Rasulullah saw." Dajjal berkata (kepada pengikutnya) :

"Apa pendapat kalian jika aku bunuh dia dan aku hidupkan kembali apakah kalian masih ragu kepadaku?"
Mereka berkata : "Tidak. Maka dajjal membunuhnya dan menghidupkannya kembali." (HR. Muslim no. 2938).

3. Menggergaji seseorang kemudian membangkitkannya kembali. (HR. Muslim, 2938/113).

4. Memerintahkanlangit untuk menurunkan hujan lalu turunlah hujan.

Dari An-Nawwas bin Sam'an ra : Rasulullah saw bersabda :
"...Dia datang kepada satu kaum mendakwahi mereka. Mereka pun beriman kepadanya menerima dakwahnya. Maka dajjal memerintahkan langit untuk hujan dan memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tanaman, maka turunlah hujan dan tumbuhlah tanaman..." (HR. Muslim no.2937)

Adapun kaum yang tidak beriman dan tidak menerima dakwah dajjal, tidak ada sedikit harta pun tersisa pada mereka.

5. Akan diikuti perbendaharaan harta

Dalam hadith An-Nawwas bin Sam'an ra disebutkan, Rasulullah saw bersabda :
"...Dia mendatangi runtuhan dan berkata : 'Keluarkanlah perbendaharaanmu. 'Maka keluarlah perbendaharaannya mengikuti dajjal seperti sekelompok lebah." (HR. Muslim no.2937)

6. Bersamanya air, sungai dan gunung roti dan air

Rasulullah saw bersabda :

"...Sesungguhnya bersama dia ada syurga dan nerakanya, sungai dan air, serta gunung roti. Sesungguhnya syurganya dajjal adalah neraka dan nerakanya dajjal adalah syurga.." (HR. Ahmad. Asy-Syaikh AL-ALbani rahimahullah berkata : Lihat Qishshatu Masih Dajjal)

Dari 'Uqbah bin 'Amr ra berkata, AKu mendengar Rasulullah saw bersabda tentang dajjal :

"Sungguh dajjal akan keluar dan bersamanya ada air dan api. Apa yang dilihat manusia air sebenarnya adalah api yang membakar. Apa yang dilihat manusia api sesungguhnya adalah air minum sejuk yang segar. Barangsiapa di antara kalian yang mendapatinya hendak memilih yang dilihatnya api, kerana itu adalah air segar yang baik." (HR. Muslim no.2935)

Jika seorang mukmin telah mengetahui dan beriman akan keluarnya dajjal dengan membawa fitnah yang demikian dahsyat, hendaknya dia mengamalkan beberapa sebab untuk menjaga dirinya dari dajjal dan fitnahnya.

TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN MENCUCI USUS

Bismillah...

Entri kali ini saya nak cerita berkaitan usus. Nabi saw ada menyebut dalam hadith baginda, segala penyakit berpunca daripada usus. Orang kita terjemah perkataan "ma'iddah" perut tapi yang sebenarnya membawa maksud usus. Perut dalam bahasa Arab "bathnun". 

Jadi, anda perlu luangkan sedikit masa untuk membaca entri ini sehingga habis dan pasti anda akan dapat sedikit sebanyak manfaat daripadanya. 

Ramai di kalangan kita memandang remeh berkaitan usus hingga ramai yang tak sedari segala penyakit berpunca daripada tabiat pemakanan kita dan seterusnya menjadikan usus kita melonggok segala penyakit.

Saya ingin bertanya kepada anda, sejauh mana anda prihatin terhadap usus anda?



Menurut pakar perubatan di Amerika Syarikat, antara 22 000 pesakit yang telah dibedah siasat, didapati tiada seorang pun yang mempunyai usus yang sihat!!!



Kolon adalah punca segala penyakit. 

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, 6000 orang menghidapi kanser kolon setiap tahun!

Sesetengah rakyat Malaysia selalu mengambil makanan yang berlemak tinggi seperti sup daging, satay. bbq dan lain-lain yang akan meningkatkan risiko kanser kolon. Pengambilan daging yang berlebihan menggalakkan pertumbuhan bakteria berbahaya yang akan mengubah cecair hempedu kepada bahan bertoksin.

Adakah anda tahu, panjang usus kita adalah 6 kali ketinggian kita???



Sisa makanan akan menghasilkan 22 jenis bahan bertoksin dalam kolon.
Najis terlonggok = sisa makanan dalam kolon. Walaupun kita mempunyai pembuangan najis setiap hari, tetapi kajian perubatan di Jepun mendapati bahawa masih terdapat 6-10 Ibs najis terlonggok dalam kolon.

Najis terlonggok >>> melekat pada dinding usus >>> toksin diserap balik oleh badan >>> mengalir balik ke hati

dan ini akan melemahkan keupayaan detoksifikasi dan menurunkan metabolisme sel serta autointoksifikasi.

Pernahkah anda mengalami simptom berikut?

1. Letih
2 Perut berangin
3. Mulut berbau
4. Kemurungan
5. Sakit tulang belakang
6. Daya ingatan lemah
7. Berat badan berlebihan
8. Masalah kulit
9. Sembelit
10. Arterioselorosis
11. Tekanan darah tinggi
12. Penyakit jantung
13. Kanser kolon
14. Penyakit hati
15. Penyakit ginjal
16. Penyakit kencing manis
17. Daya pertahanan lemah

Ini merupakan penyakit akibat usus yang bertoksin.

Kajian mendapati apabila toksin daripada najis melebihi 3 hari disuntikkan ke dalam tubuh tikus, ia dapat membunuh tikus tersebut dalam sekelip mata!!

Najis terlonggok menggalakkan pertumbuhan bakteria berbahaya yang menyebabkan kanser.

Bagaimana untuk mengetahui sama ada usus kita sihat atau tidak? Kita boleh mengetahui sama ada usus kita sihat atau tidak berdasarkan pemerhatian terhadap najis kita.

1. Warna dan bau
2. Bentuk
3. Kekerasan
4. Masa
5. Kuantiti

Warna dan Bau

Jika usus anda sihat, najis anda berwarna perang kekuningan dan tidak berbau. Contohnya, anda pernah melihat najis kanak-kanak seawal usia 1-2 tahun? Begitulah warnanya jika usus anda sihat!!

Bentuk

Sekiranya usus anda sihat, najis yang keluar berbentuk pisang, berdiameter 3cm dan panjang lebih kurang 6cm. Nah!! sampai macam tu sekali.....kalau bentuk melekit selonggok, berketul-ketul atau cirit birit, itu tandanya usus anda memang confirm, sah, pasti tak sihat!!!

Kekerasan

Biasanya jika usus sihat, najis yang keluar mempunyai 75-80% kelembapan. Jika > 90% (najis berair) dan < 70%  (najis keras) bermakna usus anda tidak sihat. 

Bagaimana nak tahu kelembapannya? Jangan pulak anda pergi pegang dan ramas...tak ada kerja...hehe. Cukup dengan melihat sama ada najis tu terapung atau tidak. Kalau terapung tu maknanya sihatlah usus anda!

Masa

Seterusnya, usus yang sihat boleh diketahui dengan mencatat tempoh masa. Tempoh masa apa??? Tempoh masa anda meneran hingga najis tu keluar!! hehe...Selalunya masa yang diambil sekitar 2-3 minit. Jika anda mengambil masa terlalu lama di tandas untuk buang air, ini bermakna usus anda tanpa diragui tidak sihat!

Kuantiti

Kita juga boleh mengetahui, sama ada usus kita sihat atau tidak dengan cara melihat pada kuantiti najis yang dihasilkan. Jika najis yang keluar lebih kurang 1kg bermakna usus anda sihat..tahniah!! Tapi saya yakin, jarang orang keluar sampai 1kg.

Bagaimana nak tahu? Adakah dengan mengambil najis tersebut kemudian timbang?? Please....jangan buat kerja tak senonoh. Mudah saja caranya, anda perlu timbang berat badan anda sebelum dan selepas buang air.

Inilah yang saya katakan, jika anda nak turunkan berat badan anda sekurang-kurangnya 1kg dalam masa HANYA 3 HARI sahaja, anda gunakan cara saya. Malah, boleh lebih daripada itu. Saya ada caranya!

Hubungi saya secepat mungkin!!!



Thursday, April 24, 2014

PEMANDU VS PROFESOR

Seorang pemuda yang bekerja sebagai pemandu seorang profesor yang bijaksana sedang duduk di belakang dewan kuliah untuk menunggu tuannya itu habis menyampaikan kuliah.

Boleh dikatakan setiap hari pemandu itu mendengar setiap ilmu yang disampaikan oleh profesor itu dan boleh hafal apa yang akan diperkatakan oleh profesor. Semua soalan yang dikemukakan oleh para pelajar dijawab dengan mudah oleh profesor. Semakin hari semakin jemu untuk mendengar apa yang disampaikan oleh profesor.

Pada suatu hari si pemandu ingin menukar tempat dengan si profesor, dengan rasa hati yang terbuka mereka pun menukar tempat. Si profesor menjadi pemandu, si pemandu menjadi profesor , dalam hati kedua-dua berkata, "Sungguh seronok ya kerja macam ni".

Sampai di satu dewan kuliah yang lain si pemandu menyamar pun masuk ke dalam dewan kuliah dan menyampaikan segala apa yang patut disampaikan oleh si profesor. Si profesor yang sebenar duduk di belakang mendengar apa yang disampaikan oleh pemandu itu. Si profesor berasa bangga apa yang disampaikan oleh pemandu itu. Apabila tiba sesi bertanya semua soalan dapat dijawab dengan mudah dan lancar.

Tiba-tiba seorang pelajar yang boleh dikatakan bijak menanyakan satu soalan yang tak pernah didengari olehnya, dengan muka selamba si pemandu itu berkata "Soalan awak terlalu mudah untuk dijawab, soalan sebegitu pemandu saya pun boleh jawab....driver tolong beritahu dia apa jawapannya."

Dengan bangga si profesor yang menyamar sebagai pemandu itu menjawab soalan itu dengan mudah.

FAKTA YANG TIDAK DAPAT DIPERTIKAIKAN

Fakta #1
Seramai 76 200 siswazah menganggur tiada pekerjaan

Fakta #2
10 300 siswazah pendidikan menganggur tidak ditempatkan di mana-mana sekolah

Fakta #3
69 573 orang peminjam PTPTN kena saman kerana tidak membayar hutang mereka sedangkan ramai di antara mereka tiada pekerjaan

Fakta #4
40% dari rakyat Malaysia berada dalam lingkungan isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM1500 sebulan, menjadikan mereka golongan paling miskin di Malaysia

Fakta #5
3 daripada 4 keluarga yang berada dalam kategori ini (paling miskin) adalah keluarga Melayu/Bumiputera

Fakta #6
77% siswazah baru bekerja tiada wang simpanan. Gaji bulanan RM2500 tidak mencukupi untuk tampung kehidupan

Fakta #7
Kebanyakan orang muda berkahwin dengan membuat PINAJAMAN BANK!!!

"Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba, datang tidak menentu masa, datang di saat kita kesempitan atau kesusahah. Nilailah peluang itu secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu keranan peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan 1000 alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!" (Prof. Hamka)

"If someone offers you an amazing opportunity and you're not sure you can do it, say yes - then learn how to do it later." (Richard Branson)








4 TAHAP KEWANGAN

Terdapat 4 tahap kewangan bagi sesiapa sahaja. Untuk mencapai kejayaan dari segi kewangan, kita perlu ketahui di manakah keadaan kewangan kita kini. Sama seperti dalam mencapai apa sahaja matlamat, kita perlu ketahui di manakah kedudukan kita kini untuk mencapai matlamat tersebut. Dalam kata lain, untuk mencapai ke point B, kita perlu ketahui point A.

Di manakah tahap kewangan anda, adakah ianya pada tahap selamat ataupun tidak selamat? Pastinya semua orang mengimpikan untuk mencapai keadaan bebas kewangan ataupun lebih daripada itu!

Artikel kali ini adalah untuk anda cerminkan kedudukan anda sendiri dari segi kewangan.

Berikut adalah 4 tahap kewangan tersebut. Di manakah tahap kewangan anda?

#1 Kewangan Tidak Selamat (Financially not secure)

Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan, anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup tanpa mengubah gaya hidup dengan wang simpanan yang ada.

Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapa pun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang! Zaman moden ini seumpama kais bulan ni, makan bulan ni, kasi bulan depan makan bulan depan!

Masalahnya ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat. Bayangkan sekiranya tempat anda kerja terpaksa melepaskan anda esok. Cukupkah simpanan yang anda ada untuk menyara hidup anda dan keluarga selama satu bulan? Sekiranya tidak, maka perlu bunyikan siren amaran bahawa tahap kewangan anda tidak selamat!

#2. Kewangan Selamat (Financially secure)

Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya anda berhenti kerja atau diberhentikan, anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! Kerana tidak ramai yang berada di sini.

Enam bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. Matlamat utama anda sekiranya anda berada di tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini! Cukupkah simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga tanpa perlu bekerja!

Bagaimana hendak mencapai keadaan ini? Dengan mengamalkan tabiat menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan anda. Sekiranya anda merasakan ianya sukar untuk anda menyimpan 10% daripada simpanan anda, tidak mengapa. Mulakan dengan 2%. Pastinya anda boleh simpan 2% daripada pendapatan anda bukan?

Dengan bermula pada hanya 2%, anda akan menanam tabiat menyimpan dan merasakan ianya mudah untuk menyimpan 2%. Apabila selesa dengan 2%, tambahkan simpanan kepada 4% sehingga rasa selesa dan seterusnya 6%, 8% sehingga 10%.

#3. Bebas Kewangan/Mandiri Kewangan (Financially free)

Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila! Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). Namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa tetapi dengan sukarela.

Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan internet) atau membina perniagaan berangkaian (networking business).

#4. Tahap Tersangat Kaya (Ultra Rich)

Tahap ini lagi la sangat sedikit yang capai. Teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Mereka boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta kepada badan-badan kebajikan yang dipilih. Nama-nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan adalah tokoh-tokoh perniagaan yang berada di dalam tahap ini.

Mereka sering memiliki perniagaan besar-besaran yang dikendaikan oleh beribu-ribu pekerja. Sering kali wang yang dimiliki adalah berlebihan dan tidak berbelanja sehingga akhir hayat. Walaubagaimanapun, keadaan ini tidak membuatkan mereka berhenti melakukan kerja dan menjalankan perniagaan oleh kerana seringkali bagi mereka yang berada di dalam keadaan kewangan ini, melakukan kerja kerana cintakan kerja dan bukan wang!

Di manakah tahap kewangan anda dan ke manakah hala tuju matlamat kewangan anda? Tepuk dada tanya selera!

By Irfan Khairi