IKLAN NUFFNANG

Thursday, April 24, 2014

PEMANDU VS PROFESOR

Seorang pemuda yang bekerja sebagai pemandu seorang profesor yang bijaksana sedang duduk di belakang dewan kuliah untuk menunggu tuannya itu habis menyampaikan kuliah.

Boleh dikatakan setiap hari pemandu itu mendengar setiap ilmu yang disampaikan oleh profesor itu dan boleh hafal apa yang akan diperkatakan oleh profesor. Semua soalan yang dikemukakan oleh para pelajar dijawab dengan mudah oleh profesor. Semakin hari semakin jemu untuk mendengar apa yang disampaikan oleh profesor.

Pada suatu hari si pemandu ingin menukar tempat dengan si profesor, dengan rasa hati yang terbuka mereka pun menukar tempat. Si profesor menjadi pemandu, si pemandu menjadi profesor , dalam hati kedua-dua berkata, "Sungguh seronok ya kerja macam ni".

Sampai di satu dewan kuliah yang lain si pemandu menyamar pun masuk ke dalam dewan kuliah dan menyampaikan segala apa yang patut disampaikan oleh si profesor. Si profesor yang sebenar duduk di belakang mendengar apa yang disampaikan oleh pemandu itu. Si profesor berasa bangga apa yang disampaikan oleh pemandu itu. Apabila tiba sesi bertanya semua soalan dapat dijawab dengan mudah dan lancar.

Tiba-tiba seorang pelajar yang boleh dikatakan bijak menanyakan satu soalan yang tak pernah didengari olehnya, dengan muka selamba si pemandu itu berkata "Soalan awak terlalu mudah untuk dijawab, soalan sebegitu pemandu saya pun boleh jawab....driver tolong beritahu dia apa jawapannya."

Dengan bangga si profesor yang menyamar sebagai pemandu itu menjawab soalan itu dengan mudah.