IKLAN NUFFNANG

Friday, April 25, 2014

4 PRINSIP ASAS URUS KEWANGAN

Bismillah...

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menulis artikel. Sekadar berkongsi ilmu dengan pembaca sekalian. Kesemua artikel yang saya tulis, bukan niat untuk mengajar tapi artikel-artikel tersebut ada yang hasil keringat saya sendiri dan ada juga hasil carian saya dari sumber lain untuk kegunaan saya sendiri juga.

Kali ni saya nak berkongsi berkaitan 4 prinsip asas urus kewangan.

Bila anda betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin anda boleh guna Prinsip Kewangan ini. 

Harus diingat!!! Kita mencari duit lebih bukan untuk kejar dunia....tetapi untuk selesaikan segala hutang piutang kita. Saya boleh jamin dan pasti ramai di kalangan kita terutamanya yang makan gaji mesti ada hutang. Betul? Jadi buka minda dan lapangkan dada anda untuk berilmu.

Prinsip #1 : Beli Secara Tunai

Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dan sebagainya. Kalau terpaksa hutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. Jadi, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.




Prinsip #2 : Hidup Di Bawah Kemampuan, Bukan Ikut Kemampuan

Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga je dulu. Lupakanlah dulu perkataan "bergaya" dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.

Saya pakai kereta Honda Civic saya untuk jangka masa panjang. Dulu pernah terfikir untuk pakai kereta nasional je tapi bila tengok ramai yang pakai kerta nasional, maintenance dia agak tinggi jugak...selalu rosak jadi saya buat keputusan ambil Honda Civic untuk jangka masa panjang. Honda jarang rosak dan sangat tahan lasak.

Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade lifestyle buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subscribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel  tu atau terus hentikan langganan astro! Kalau sekarang gemar makan di luar, apa kata masak di rumah je atau bawa bekal ke pejabat. Pokoknya adalah hidup di bawah kemampuan.

Antara perkara yang boleh dipertimbangkan :

1. Jual barang yang bukan keperluan
2. Hentikan tabiat merokok (banyak boleh jimat tu!)
3. Hentikan langganan astro (atau tukar pakej lebih murah)
4. Masak sendiri, makan di rumah dan bawa bekal ke pejabat
5. Pindah rumah yang lebih kecil atau sewa rumah yang lebih murah



Prinsip #3 : Mulakan Tabiat Menyimpan Walaupun Sedikit

Sedikit tak mengapa asalkan simpan. Biasakan diri dengan menyimpan. Saya selalu menyimpan duit-duit syiling dan lebihan-lebihan duit kertas RM1. Selalunya bila saya pecahkan duit RM10/RM50 umpamanya, duit lebihan syiling dan RM1 saya tak akan guna sebaliknya saya simpan dalam tabung (mangkuk besar). Bila mangkuk tu dah penuh, kemudian saya akan pergi ke mana-mana kafe atau kedai yang perlukan syiling untuk ditukarkan kepada duit besar. Duit tersebut bank in terus ke dalam bank sebagai saving.

Percayalah....sikit-sikit lama-lama jadi gunung!




Prinsip #4 : Bina Pendapatan Kedua

Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim 'bisnes'. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasi; bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 5%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepat proses bebas hutang!!!

Pendapatan kedua penting sebagai back up income utama dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.

Itu jela rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya! Bezanya antara orang berjaya dan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!!

by Mohd Zulkifli Shafie edited by Junaidi Shukri

Jika berminat untuk tambahkan pendapatan dan mencari sumber income kedua, jom jumpa saya!!