IKLAN NUFFNANG

Tuesday, January 26, 2010

PERBANDINGAN EMPAT MAZHAB BERHUBUNG WANITA MERDEKA NISBAH PADA PANDANGAN LELAKI AJNABI

MALIKIYY
Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah
(harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya di jalan 
dan di hadapan lelaki ajnabi,tetapi dengan syarat aman 
daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup
 
HAMBALIYY
Ada dua qaul (pendapat):
1.  Semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka 
    dan dua tapak tangannya halal dilihat lelaki ajnabi,
    jika aman daripada fitnah. Tetapi wajib ditutup 
    sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah.

2.  Semua badannya, tanpa kecuali. Ini berdasarkan kepada 
    satu riwayat daripada Iman Ahmad dan inilah qaul yang 
    paling sahih.
 
SHAFI'IYY
Ada dua qaul berdasarkan dua riwayat daripada Iman Shafi'iyy:
1.  Semua badan, tanpa kecuali. Inilah qaul yang paling sahih
    atau paling nyata atau mu'tamad, sebagaimana diterangkan
    oleh Ibnu Hajar al-Haytamiyy di dalam az-Zawajir dan
    al-Baydawiyy di dalam Tafsirnya dan juga para Ulama'
    Shafi'iyyah.

2.  Semua badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Mubah 
    didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki
    ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup
    muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat,
    tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.
 
HANAFIYY
Ada dua qaul, berdasarkan dua riwayat daripada Iman Abu
Hanifah:
1.  Semua badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah di
    dedahkan muka dan dua tapak tangan di jalan dan di depan
    lelaki ajnabi dengan syarat aman dari fitnah. Jika 
    ditakuti mendatangkan fitnah atau membawa kepada fasad, 
    maka wajib ditutup.

2.  Semua badannya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua
    qadam (iaitu tapak kaki) dan pergelangannya.