IKLAN NUFFNANG

Saturday, October 13, 2012

JOM BERUBAH!

Salam motivasi...

Sekarang ni aku berada di kampung halaman, di Pengkalan Hulu, Perak. Sengaja ambil cuti sehingga hari Isnin untuk uruskan bisnes aku di sini dan bantu adik aku yang akan habiskan exam PMR pada hari Isnin.

Seronok berada di kampung walaupun sekejap. Banyak idea yang datang. Well, kalau idea semata-mata tanpa pelaksanaan pun tak efektif juga, kena ada draf dan perancangan yang rapi on paper. So, rough idea dah di design, tinggal lagi malam ni baru nak bersengkang mata untuk siapkan proposal. Yang pasti sebanyak 4 proposal projek akan dihasilkan yang mana setiap satunya dapat menjana incomem!! Siapa nak join aku jom..PM me!!

Sebenarnya banyak perkara yang bermain di fikiran aku, terutamanya tentang masa depan anak Melayu yang entah ke mana. Anak-anak muda Melayu banyak menghabiskan masa tanpa memikirkan apa nasib mereka selepas ini. Boleh aku katakan nasib bangsa Melayu ni banyak bergantung pada faktor politik. Kalau pemerintah Malaysia pada hari ini bukan di kalangan Melayu, alamat entah apa yang terjadi..mungkin statement ini agak pedas tapi ada kebenaran. Kebenaran inilah yang terlalu pahit untuk ditelan.





Cuba tengok, anak-anak muda Melayu yang berada di universiti. Try pergi tanya mereka, apa yang bakal mereka jadi selepas graduate. Boleh katakan 80% tak punyai matlamat dan tak tau secara spesifik, lepas grad nak jadi apa. Yang mereka tau, lepas ni nak mohon kerja...apa-apa kerja pun tak mengapa asalkan kerja. Lebih menyedihkan, kalau berkesempatan menjengah ke bilik mereka, rata-ratanya masa terluang banyak dihabiskan dengan bermain game. Hanya pada minggu-minggu exam, test dan assignment saja mereka ini akan pulun, itu pun hasil kerja tak memuaskan.

 

Aiyoo, gerun.....bila fikir seimbas lalu. Jadi, aku ambil inisiatif tersendiri untuk rangka satu projek ekonomi untuk bantu apa yang boleh aku bantu. Projek ni aku bawa khas untuk siapa yang berminat. Selesai saja proposal, aku nak bentang pada pihak yang berkenaan dan jika diluluskan aku akan open pada siapa yang berminat nak join. Nanti aku uar-uarkan, insyaAllah kalau ikut perancangan, anything should be ok...

Jom, aku mengajak rakan-rakan semua kita sama-sama berubah ke arah lebih baik. Banyakkan diri berfikir....berfikir tentang mati, berfikir tentang masa depan, bukan sahaja masa depan diri sendiri, tapi juga masa depan keluarga dan juga bangsa kita.

Percayakah kita, perubahan yang sedikit itu akan memberi satu impak yang sangat dan maha dahsyat hebat? Tak percaya? Cuba anda buat! Caranya begini...cuba anda fikir apa keburukan dan tabiat buruk anda?

Katakan, anda ni orangnya selalu bangun lambat, liat nak bangun pagi. Cuba malam ini anda tidur awal dan anda bangun awal pada esok hari dan terus melakukan kerja harian anda dan amalkan selama 44 hari berturut-turut. Tengok apa yang akan terjadi!

Ataupun tabiat buruk anda, anda ni selalu mengadap laptop terlalu lama. Kalau dah mengadap paling kurang pun 2 jam. Itupun bukan siapkan kerja tapi asyik ber'facebook', main game dan tengok movie. Cuba pada hari ini anda kurangkan masa mengadap laptop daripada 2 jam anda kurangkan 1 jam sahaja dan amalkan selama 44 hari berturut-turut. Apakah kesannya? Anda pasti teruja dengan perubahan yang maha dahsyat yang akan berlaku pada diri anda.

Kita berubah dari yang buruk kepada yang baik walaupun sedikit, walaupun perubahan tersebut anda rasa tak terlalu terkesan pada diri anda, tapi harus diingat, sedikit itu akan memberi impak yang besar jika diamalkan selalu. Jom berubah!


1 comment :

  1. saya suka baca perkongsian ini.. terima kasih.. walaupun penulis menulis dan menyatakan kepada umum, saya yang membaca saya terasa penulis menujukan kata-kata ini buat saya. Jom berubah.

    ReplyDelete