IKLAN NUFFNANG

Saturday, October 20, 2012

TAWARAN MENJADI DUTA UNIVERSITI

Kepada sesiapa yang berminat

Tawaran menjadi Duta Universiti (University Ambassador) di bawah National Blue Ocean Strategy, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)


Apakah itu Duta Universiti?
 
Duta Universiti (University Ambassador) terdiri daripada pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

  • Mereka bertindak sebagai mediator dan agen perubahan untuk menjayakan program-program berdasarkan modul yang telah dirancang.

  • Jabatan Pengajian Tinggi sebagai penyelaras program-program akan membentuk satu jalinan strategik bersama-sama Kementerian dan agensi lain bagi membantu menjayakan program yang dirancang.

  • Matlamat pelaksanaan program-program Duta Universiti ini adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat melalui usaha yang dilaksanakan Duta Universiti.

  • Membentuk pembangunan sahsiah pelajar.

  • Melatih dari segi ko-kurikulum iaitu Pengucapan Awam, Kepimpinan, Sukan, Keusahawanan, Daya Usaha dan inovasi, Kesukarelawan, Khidmat komuniti dan Kebudayaan.

Apakah fungsi dan peranan Duta Universiti?

  •  Menjadi pemimpin belia dalam masyarakat
  •  Menjadi rujukan kepada masyarakat dalam isu-isu semasa berkaitan sosial, pendidikan, ekonomi dan teknologi.
  • Menyokong dan menggerakkan aktiviti yang meningkatkan ekonomi dan pembangunan sosial serta pembangunan belia.
  • Menjadi sumber inspirasi dan teladan di kalangan masyarakat terutamanya golongan belia dengan menunjukkan perwatakan yang matang, positif dan berkeyakinan. 
 

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya dipilih untuk menjadi Duta Universiti?
  • Anda diberi peruntukan sebanyak RM20 000 dan dikehendaki merangka 1 aktiviti untuk masyarakat. Berikut merupakan contoh aktiviti :    
  1. ICT Village - memberi pendedahan tentang penggunaan ICT dan seterusnya mengajar kemahiran asas ICT (i.e. internet, e-mail, MS office) kepada masyarakat.
  2. iParents - memupuk minat dan kesedaran terhadap sains dan matematik di kalangan ibu bapa dan merapatkan jurang di antara pihak sekolah dan ibu bapa melalui program yang dijalankan.
  3. SMARTORS - kaedah pembelajaran yang menarik dan interaktif melalui permainan atau eksperimen secara berkumpulan.
  4. Mobile Siswa - dilaksanakan dengan kerjasama Perpustakaan Negara, Perpustakaan Awam Negeri dan lain-lain agensi yang berkaitan. Menggunakan kemudahan perpustakaan bergerak dengan bahan bacaan termasuk media elektronik.
  • Anda juga boleh merangka apa jua aktiviti yang anda minat yang melibatkan masyarakat sama ada berunsurkan kebajikan, kesenian, kesihatan dan lain-lain.
  • Anda juga berpeluang ke luar negara dengan merangka program khas untuk ke luar negara dengan ditaja sepenuhnya.

 


 

Apakah faedah dan kelebihan menjadi Duta Universiti? 
  • Ini merupakan satu merit besar dan selling point untuk anda mendapat tempat sebagai kakitangan kerajaan setelah anda bergraduasi nanti.
  • Anda akan mempunyai hubungan dan network yang baik di kementerian kerajaan.
  • Ini merupakan satu peluang yang tidak ternilai untuk anda menggilap bakat kepimpinan anda ketika bergelar mahasiswa.

 


Siapa yang layak memohon dan bagaimana? 

  • Hanya terbuka untuk pelajar Tahun Pertama SAHAJA yang menginap di Kolej Kediaman Keempat (kolej lain boleh rujuk pada kolej masing-masing).
  • Seramai 10 orang sahaja yang akan dipilih
  • Anda dikehendaki untuk hadir ke satu sesi temuduga saringan pertama pada hari Isnin jam 9.00 malam di dewan santapan  dan saringan kedua pada hari Selasa jam 8.30 malam di bilik VIP.
  • Pakaian smart casual (cth : seluar slack, baju t-shirt yang di tuck-in)
  • Sekiranya berminat, anda dikehendaki menghantar SMS nama penuh, no. matrik ke nombor 013-6660473.

Sekian.

Ahmad Junaidi B. Mohd Shukri
Mentor Duta Universiti KK4

No comments :

Post a Comment