IKLAN NUFFNANG

Sunday, October 7, 2012

NILAI TAMBAH SEORANG GRADUAN

Salam to all..
 
Semalam merupakan hari terakhir Minggu Konvokesyen di Universiti Malaya yang menyaksikan graduan Fakulti Perubatan menerima ijazah mereka. Sungguh gah bunyinya bukan?
 
Mungkin bukan rezeki aku untuk menerima Ijazah Sarjana (master) pada tahun ini akibat kelewatan sebulan menghantar thesis yang sepatutnya perlu dihantar 4 bulan lebih awal, namun apakan daya tiada rezeki. Tapi tak mengapa asalkan transkrip dan pengesahan tamat belajar aku dah boleh dapat..it's more than enough..graduation is just a symbolic!
 
 
Apa yang aku ingin coretkan di sini adalah ke mana hala tuju graduan selesai saja bergraduasi? Rata-ratanya menarik nafas lega, tidak kurang juga melahirkan rasa bangga dan mempamerkan wajah keriangan sebagai tanda tamat sudah perjuangan. Tidak semudah itu...your life just begins.......it's just a first step.
 
My personal advice to all graduates, cuba kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan, ke mana hala tuju kita selepas ini? Selalu tanya pada diri sendiri..what's next? Adakah anda akan bekerja? Planting grapes (menganggur)? Menyambung study? Kahwin? Melakukan pekerjaan sendiri?
 
Inilah sebenarnya titik tolak bermulanya kehidupan yang sebenar. Bagi saya, sepatutnya graduan mewujudkan nilai tambah (leverage) dalam diri dan meningkatkan selling point...this is the time!
 
Nilai Tambah (Leverage)
 
Can I say degree is nothing?
 
 
Apalah maknanya segulung ijazah bila kebanyakan graduan bakal menganggur sebaik sahaja turun dari pentas konvokesyen...
 
Apalah sangat nilai segulung ijazah bila graduan memohon kerja yang menjaminkan pendapatan bawah RM3K sebulan? Nampak macam banyak tapi harus diingat pada tahun 2011 kerajaan baru isytihar, penduduk bandar yang berpendapatan bawah paras RM3000 digelar miskin bandar...
 
Apalah ertinya segulung ijazah bila graduan automatically berhutang dengan PTPTN dan terpaksa menanggung hutang sebaik sahaja menggenggam segulung ijazah....
 
This is not a killing statement, this is true...I'm talking the truth what we are facing now.
 
Jadi, saya sarankan, adik-adik graduan atau masih bergelar mahasiswa mewujudkan nilai tambah (leverage) dalam diri dengan belajar apa sahaja bagi membantu anda di masa depan kelak.
 
Belajarlah...timbalah pengalaman. Ilmu itu bukan sahaja diperolehi dalam dewan kuliah semata tetapi dari pengalaman. Pengalaman itu didapati daripada hasil kerja yang dilakukan (hands on). Sertailah sebarang aktiviti yang ada di dalam universiti yang anda rasa mampu membantu anda di hari kemudian. Selaku orang yang lebih tua sikit dari anda (umur 25 dianggap tua dah la ye...=), saya sarankan anda kutip dan cari ilmu-ilmu yang disebutkan di sini :
 
1. Pengurusan organisasi
 
Ilmu kepimpinan sangat dicari, bila didapati, sangat bernilai...untuk kepimpinan saya sarankan anda aktiflah di kolej kediaman terlebih dahulu. Cuba menonjolkan diri dan cuba jadi orang yang bertanggungjawab. Bermula dengan Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK), kemudian menjadi leader dalam projek dan aktiviti yang dijalankan, dan akhirnya bila pengalaman setahun dua dalam kolej sudah ada, anda boleh sertai kepimpinan pelajar di peringkat universiti dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mahupun persatuan.
 
Ini semua banyak mengajar saya selok belok kepimpinan dan memberi banyak impak dalam hidup seterusnya mematangkan tingkah laku.
 
 
 
2. Networking dan komunikasi
 
Universiti adalah tempat yang paling sesuai untuk membina hubungan dengan pelbagai pihak, baik dari golongan profesional yang bertaraf vip mahupun korporat. Jika anda aktif di peringkat kepimpinan organisasi, anda berpeluang untuk berurusan dengan golongan seperti ini seterusnya dapat mematangkan lagi komunikasi kita. Manalah tahukan, anda baik dengan CEO sesebuah company kemudian mereka tawarkan anda peluang pekerjaan di company mereka, tak untung namanya tu?
 
 
 
Selling Point 
 
 Bila sebut saja selling point, apa yang anda bayangkan? Dulu, ada seorang hamba Allah ni selalu ingatkan saya. Pesan beliau, kita tak perlulah risau pasal jodoh. Tak perlulah sibuk mencari jodoh. Yang penting tingkatkan selling point kita dulu then barulah jodoh yang berkualiti dan mahal sifatnya akan kita peroleh. Faham maksud statement ni? Maksudnya, kita kena sedaya upaya tingkatkan market kita, kebolehpasaran diri kita seperti ada pendidikan, akhlak baik, ada harta, ada rupa, pandai memasak, pandai menjahit dan lain-lain. Agak-agak la kalaulah ada orang yang memiliki kesemua ciri di atas dengan siapa jodohnya? Mestilah yang setaraf dengannya! Inilah yang dikatakan selling point!
 
Di universiti juga anda kena tingkatkan selling point anda. Akademik of course berada di tempat pertama, seterusnya carilah point yang lain seperti belajar berbisnes di universiti, belajar menjahit, belajar mengarang buku, belajar menjadi pengacara majlis, selalu jadi imam dan bilal di surau. Ini semua kalau anda ada semestinya sebaik sahaja bergelar graduan nanti anda tak akan menganggur. Percayalah...sebab anda dah tau apa yang anda suka dan apa yang anda mampu buat. Paling kurang kalau tak kerja makan gaji, anda boleh buka company sendiri dan jual perkhidmatan anda.
 
Akhir kata, saya seru rakan-rakan pembaca supaya mari kita buka minda kita, cungkil apa bakat dan kebolehan yang kita ada. Terokai, selongkar dan gunakan. Cuba anda duduk berseorangan di tempat yang sunyi dan berfikir. Apakah kehidupan yang bakal aku tempuh 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun dari sekarang? Adakah kehidupan yang sama dan yang membosankan? Adakah anda menjalani kehidupan atau menikmati kehidupan? You gotta choose! Heyy...anda boleh pilih! Jangan bagi orang tentukan hidup anda. Buatlah apa yang anda suka...hidup ini sekali jadi jangan sia-siakannya.
 
Selamat maju jaya!