IKLAN NUFFNANG

Sunday, October 14, 2012

SURAT UNTUK BULAN

Aku baru selesai menonton drama yang berjudul Surat Untuk Bulan..
Cerita yang berkisah tentang seorang perempuan yatim piatu yang tinggal bersama sepupu dan ibu saudaranya.

Perempuan yang bernama Seroja lakonan Sazzy Falaq bekerja di sebuah kilang. Setiap malam dia menghabiskan masanya di atas bangunan dan mengadu masalah pada bulan. Dia akan menulis surat tentang apa yang terpendam dalam hatinya, kisah suka duka yang dialaminya dalam hidup. Kemudian, dia akan melayangkan suratnya pada bulan.

 

 


Pada keesokan paginya, seorang pemuda yang bernama Amin yang bekerja menghantar surat khabar dari rumah ke rumah akan mengutip lalu membacanya. Dia sungguh tertarik dengan puisi dan luahan hati yang dikarang oleh Seroja namun dia tidak tahu siapakah Seroja yang sebenarnya.

Pada suatu hari, dia berkesempatan berjumpa dengan Seroja yang pada mulanya sangat tegas dan garang terhadap lelaki yang tidak dikenalinya. Tetapi lama-kelamaan hubungan Amin dan Seroja bertambah rapat sewaktu Seroja menceritakan kepada Amin bahawa Sang Bulan menjawab suratnya dengan menasihatinya agar terus bersabar dan bersabar menghadapi dugaan. Hanya Amin sahaja yang percaya cerita Seroja itu...kerana itu hubungan mereka bertambah rapat. Amin selalu menghantar Seroja pulang ke rumah selepas bekerja.



Hendak dijadikan cerita, sewaktu bos di tempat kerja Seroja pergi ke outstation dan tempatnya digantikan dengan anaknya yang bernama Arif, hubungan Seroja dan Arif mulai rapat setelah Seroja ditugaskan untuk membuat kerja-kerja di pejabat seperti menyusun buku dan fail serta membuat kopi untuk Arif . Bibit-bibit cinta bermula antara Seroja dan Arif dek kerana Arif sukakan puisi yang dibacakan Seroja.

Timbul perasaan cemburu dalam hati Amin kerana Amin memendam perasaan cinta terhadap Seroja tetapi Seroja tidak tahu. Oleh keranan itu, AMin menjauhkan diri daripada Seroja. Dia tidak lagi menjemput Seroja dari tempat kerja seperti kebiasaan. Seroja mulai pelik dengan sikap Amin.

Suatu nasib malang yang menimpa diri Seroja apabila sepupu Seroja mulai cemburu dengannya kerana Seroja kerap kali dihantar pulang menaiki kereta mewah oleh Arif. Jadi, sepupu Seroja berpakat dengan ibunya untuk memasang jerat mengenakan Seroja. Dengan pertolongan Seroja, sepupunya yang sekian lama menganggur berjaya mendapatkan kerja di tempat yang sama. Sepupunya cuba menggoda Arif tetapi tidak berjaya. Dia cuba memburuk-burukkan Seroja di hadapan Arif dengan mencanang bahawa Seroja merupakan seorang perempuan murahan dengan bekerja sampingan di lorong-lorong pada waktu malam.

Kerana dengki yang terlalu membara, sepupunya merancang untuk memerangkap Seroja dengan mengatakan Seroja mencuri barangan yang terdapat dalam peti pekerja yang lain. Kes kecurian semakin menjadi-jadi dan mereka mula menuduh Seroja apabila dia kebetulan tidahk hadir ke tempat kerja akibat diberi minuman yang telah diletakkan racun oleh sepupunya yang memabukkan. Akibat daripada itu, Seroja telah diberhentikan kerja.

Seroja menangis dan terus menangis. Dia mula menyalahkan nasib yang tidak adil terhadap dirinya. Pada malam tersebut dia berlari ke atas bangunan untuk mengadu kepada Sang Bulan...akan tetapi bulan pada waktu itu tidak kelihatan kerana dilindungi awan. Dia menangis teresak-esak lalu tertidur..

 


Dia kemudian terjaga apabila Sang Bulan (jelmaan bidadari) datang kepadanya. Sang Bulan menasihati Seroja supaya tabah, berani menghadapi cabaran. Sang Bulan menyuruh Seroja hadir ke pejabat untuk berdepan dengan cabaran dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Kemudia Sang Bulan mendakap erat Seroja lalu meninggalkan Seroja dengan semangat yang baru.

 

Pada keesokan harinya, Seroja pergi ke tempat kerja dan memberitahu Arif dan rakan-rakan sekerjanya yang lain tentang hal yang sebenar dan mencabar Arif supaya bawakan kes ini kepada pihak polis untuk siasatan. Mendengar saja kes ini hendak dibawakan kepada pihak polis, sepupu Seroja menjadi gelabah dan panik. Dia mula merayu supaya kes ini tidak dibawakan kepada pihak polis. Mereka mula merasa pelik kenapa sepupunya pula yang mulai panik jika tidak bersalah. Akhir sekali, dia mengaku bahawa dia yang merancang kes kecurian itu dengan menuduh Seroja yang melakukannya. Kes selesai di situ sahaja dan Seroja mulai beredar meninggalkan tempat kerja.

Arif mula mengejar Seroja yang ketika itu menaiki bas. Arif membonceng motorsikal Amin yang kebetulan lalu di situ.

Amin memberitahu Arif bahawa pada malam ini bulan akan mengambang penuh dan dia akan membawa Arif ke tempat di mana Seroja selalu berada ketika waktu malam.

Pada malam tersebut, bulan mengambang dengan cantik dan bersinar..Arif tiba untuk melamar Seroja. Arif meluahkan hasratnya untuk memperisterikan Seroja. Belum sempat Seroja membuat keputusan, Amin muncul dengan tiba-tiba. Lalu Seroja terus mendapatkan Amin dan mengatakan Aminlah cintanya yang sejati...

 

Wahh sweet gitu..(mcm harem)...touching gak la citer melayu nih..huhu. Tapi bukan itu mesej yang nak disampaikan. Daripada keseluruhan cerita ini banyak pengajaran yang aku dapat..

1. Orang kaya boleh beli cinta dengan duit tetapi orang miskin tiada duit sebaliknya dalam hatinya penuh dan sarat dengan cinta yang suci dan tulus.

2. Walaupun kita cinta pada seseorang, jangan pendam dan simpan, manalah orang tu nak tau...luahkan secara jujur pada orang yang kita cintakan itu. Setidak-tidaknya orang yang kita cinta itu tau yang kita ada hati padanya. Kalau ada jodoh tak ke mana...tengok macam Amin.

3. Kalau berdepan dengan masalah, luahkan pada sesiapa sahaja. Kalau tak dapat selesaikan, setidak-tidaknya hati kita rasa tenang, tak ada yang terbuku. Kalau manusia tak nak dengar, luahkan pada bulan, bintang, angin, langit....(orang akan kata ko giler nnt...haha). Luahkan pada Allah...Dia Maha Mendengar.

4. Kalau berdepan dengan cabaran, kena berani, kena kuat...go go go and fight fight fight! Lawan saja jangan mengalah

Akhir sekali, aku rasa cerita ini memang best. Aku bagi 4 bintang. Huh touching.....