IKLAN NUFFNANG

Monday, April 21, 2014

ROTAN DIDIKAN YANG TERBAIK

Bismillah....

Assalamualaikum kawan2!

Entri kali ni aku nak cerita berkaitan rotan.



Aku anak kedua daripada empat orang adik-beradik dan kesemuanya lelaki. Jadi, bila dah semuanya lelaki, waktu kecil dulu aku selalu bergaduh dengan abang aku (sekarang dia dah jadi Ustaz Tentera). Selalunya kami akan bergaduh waktu tengahari la, lebih kurang lepas zuhur time tidur tengahari. Time ni mak aku akan tidur dan paling sesuai untuk aku bergaduh...haha. Selalunya bila kami bergaduh, aku la yang akan menangis dulu..huhu. Dan mak aku akan terjaga bila dengar suara kami bising-bising yang mengganggu tidurnya. Apa lagi....mak aku akan capai dia punya rotan terus cari kami dalam bilik. Bila dapat tau yang mak dah bangun, abang aku akan berlari menyorok dalam jamban kemudian kunci pintu. Pintu jamban kayu dan bila nak bukak memangla susah kalau kunci dari dalam. Yang aku plak agak bodoh sikit pergi menyorok belakang pintu bilik atau dalam almari. Mak aku apa lagi, senang la nak cari...bila dah dapat, lauk la aku. Memang berbirat la badan . Pernah sekali tu, aku menyorok dalam bilik air kemudian kunci dari dalam, oleh kerana pintu bilik air, pintunya plastik, mak aku dengan rakusnya tendang bilik air sampai pecah kuncinya dan capai paip getah lalu hinggap di badan aku dengan penuh kasih sayang....tragis betul bila terkenang balik zaman tu. Ni cerita hampir 20 tahun yang lepas la...last aku kena pukul waktu darjah 3 lepas tu sampai sekarang dah tak pernah merasa kena pukul.

Mak aku waktu tu tersangatlah garang dan bengis...aku rasa harimau pun takut. Kesannya, kami berempat jadi budak baik...cewah! Abang aku dah jadi ustaz, kini dah ada anak 2 orang. Yang no.3 plak bakal guru dan bongsu tingkatan 5 di MRSM...dan aku macam ni la....kekalkan hensem!! ;)

Ayah aku polis PGA (kini dah bersara) dan selalu beroperasi berbulan-bulan meninggalkan kami. Kadang-kadang raya pun tak sempat bersama kami. Jadi, kami berempat ni mak didik kami dan train kami ala-ala tentera. Kami diajar buat kerja rumah dari menyapu sampah, basuh baju, sidai baju, memasak dan segalanya! Apa yang orang perempuan pandai buat, kami pun pandai (dengan nada bangga...haha).

Aku pandai memasak dan kesemua adik beradik aku pandai memasak. Bukan yang simple-simple je tau....masakan yang 'ganas-ganas' pun kami tau...haha. Tapi rasanya yang paling pandai memasak ialah adik bawah aku (anak ketiga). Kalau dia balik rumah, mak aku rileks sikit la tak perlu ke dapur atau hanya perlu touch up sikit-sikit je. Dia aku rasa benda apa yang dia tak reti masak...dari western sampai eastern semuanya pandai. Aku rasa masakan dia lagi better kot berbanding mak aku...I guess. Sebab mak aku pun kadang-kadang tanya dia. Kek, aiskrim, segala bagai yang pelik-pelik.

Aku tak ada la expert sangat....setakat nak buat laksa, mi kari, masak lemak, sup, asam pedas yang tu biasa la..tapi aku ni jenis malas skit nak masak-masak ni melainkan benda tu memang aku nak makan dan aku tak perlu mengharapkan orang lain buat.

Berbalik cerita rotan tadi. Aku rasa budak zaman sekarang terlalu dimanjakan. Cikgu rotan sikit di sekolah report mak ayah. Mak ayah pun terlalu manjakan sangat sebab tu anak-anak perangai macam setan. Bukan didik namanya kalau tak boleh dirotan.

Kes yang terbaru di Sweden pun sama jugak tapi kes ni bagus sikit la sebab mak ayah rotan cuma anak ni yang pergi mengadu pada cikgu dan cikgu pulak buat report polis. Terbalik namanya.

Nabi dah mengajar umatnya jika anak sampai umur akil baligh tak solat maka wajib dipukul. Pukul untuk mendidik dan pukul untuk mendera tak sama. Aku ingat lagi, mak aku pernah tibai aku dengan paip getah sebab lambat solat...bukan tak solat tapi lambat! Tapi alhamdulillah...sejak dari tu aku tak pernah tinggalkan solat secara sengaja.

Dalam hal ni aku rasa banyak pihak perlu menggalas tanggungjawab jika serius nak membendung akhlak generasi muda zaman sekarang. Kerajaan perlu juga kuatkuasakan undang-undang bagi membolehkan guru-guru merotan pelajar yang bermasalah.

Harus diingat, merotan dan memukul lain maksudnya. Aku pun tak galakkan untuk cikgu menampar atau memukul tapi aku sangat setuju kalau cikgu-cikgu merotan. Merotan pulak bahagian yang paling sesuai pada aku hanyalah tapak tangan dan kaki sahaja. Ini baru nampak mendidik.

Selagi mana kerajaan tak pandang ni secara serius selagi tu la akhlak muda mudi jauh terpesong dari landasan. Mak ayah pulak kena faham, nak didik anak bukan perkara mudah. Di sekolah ramai anak-anak yang perlu dididik bukan seorang dua.

Aku nanti kalau ada anak, memang aku akan didik dengan rotan. Tak cukup dengan tu, aku sendiri akan bagi cikgu rotan khas untuk merotan anak aku kalau degil sangat.

Adakah anda juga berpendapat seperti saya?

No comments :

Post a Comment